11 - Best brother-in-law

17.9K 1K 41
                                    

Selesai sahaja membeli-belah , Syariff membawa mereka dua beradik ke sebuah kelab menembak. Tempat yang dibawa oleh Syariff merupakan sebuah kelab menembak khas dan hanya orang tentu sahaja dibenarkan masuk. Selain daripada itu perlu mendapatkan kebenaran ahli keluarga Syariff . Memandang Syariff  ada bersama mereka , dia dan Hazreeq dibenarkan untuk masuk ke kawasan menembak ini.

"This place special sebab dia lain dari kelab menembak yang lain. Shooting range sini adalah paling luas di Lusia iaitu 120 meter panjang." Terang Syariff.

"kau reti guna pistol ?" soal Adelia.

"Of course , if aku tak reti bukan anak Panglima lah namanya." balas Syariff.

"nak tengok kau shoot !" kata Adelia dengan teruja.

Syariff tersenyum kecil melihat reaksi Adelia. Dia mengambil tempat untuk membuat tembakan. Adelia tersenyum lebar saat melihat Syariff mula memakai alatan safety untuk menembak. Dia nampak cool sangat ! Bisik Adelia dalam hati.

'BANG'

"10 point !" suara computer berbunyi saat tembakan Syariff mengena tepat pada sasarannya.

'BANG'

" Double 10 Point !"

'BANG' tembakan set terakhir.

"Triple 10 Point !"

Terbeliak besar Adelia melihat kehebatan Syariff menembak. Untuk Hazreeq dan Adelia yang tidak faham mereka hanya tahu Syariff pandai menembak tetapi bagi penembak yang berada di situ , masing-masing ternganga tidak percaya melihat ke arah remaja lelaki itu. Jarak dia dan target adalah jarak maximum iaitu 120 meter. Tidak cukup itu , ketiga-tiga shoot adalah 10 point ! siapa budak lelaki itu ?

Penembak mula berbual sesama mereka. Masing-masing tertanya-tanya identity Syariff.

"korang nak try ?" soal Syariff pada Adelia dan Hazreeq.

"Nak !" laju sahaja Hazreeq menjawab.

Syariff tersenyum kecil melihat reaksi adik Adelia. Dia mula set-kan jarak target sesuai untuk beginner. Dia memerhatikan Hazreeq memakai pelindung mata dan telinga sebelum menyerahkan pistol kepada Hazreeq.

"nak try masukkan peluru sendiri tak ?" soal Syariff pada Hazreeq. Laju sahaja Hazreeq mengangguk. Syariff menunjukan cara-caranya dengan pistol lain kemudian barulah diikuti oleh Hazreeq. Syariff juga mengajarnya untuk menarik picu serta mensasarkan target. Adelia hanya perhatikan sahaja Syariff yang tekun mengajar dan Hazreeq yang tekun mendengar.

"Ready ?" soal Syariff pada Hazreeq.

"Ready." kata Hazreeq dengan yakin.

'BANG' tembakan pertama berjaya.

"8.5 Point !"

"Nice shoot for beginner !" Sorak Syariff.

Riak wajah Hazreeq tidak sedikit pun berubah, dia sekali lagi mensasarkan ke arah targetnya.

' BANG '

"9.2 Point !"

"Nice job Hazreeq !" sorak Adelia pula. Riak wajah Hazreeq tetap tidak berubah.

' BANG ' tembakan terakhir dilepaskan olehnya.

"10 point !" Hazreeq tersenyum puas saat dia berjaya mensasarkan 10 point.

Syariff dan Adelia mendekati Hazreeq , Hazreeq yang teruja terus menarik picu dan menembak target tiga kali berturut-turut.

' BANG ' Terkejut Adelia dibuatnya , Syariff hanya tersenyum sinis melihat gelagat Hazreeq.

"10 poin-'

' BANG '

" doub-"

' BANG '

" Triple 10 Point !" kata computer. Hazreeq memandang ke arah Syariff bersama senyuman penuh bangga.

"Nice shoot dude tapi-" Syariff merampas pistol ditangan Hazreeq dan mula menyasarkan kepada targetnya tanpa melihat.

'BANG'

'BANG'

'BANG'

"Triple 10 points !" kata computer.

Syariff tersenyum sinis. "You can do better than this Hazreeq , from now on aku benarkan kau masuk ke sini untuk improve tembakan kau. Guna je nama aku untuk masuk sini." kata Syariff.

Hazreeq memandang Syariff dengan tidak percaya.

"Bro , you're the best brother-in-law ever !" Puji Hazreeq gara-gara teruja. Syariff tergelak kecil melihat gelagat Hazreeq , begitu juga dengan Adelia. Adelia menoleh ke arah Syariff , terasa panas pula mukanya saat Hazreeq memanggil Syariff 'brother-in-law'.

Hazreeq kemudianya menaikan level kesukaran sasarannya. Melihat Hazreeq boleh melakukannya dengan sendiri , Syariff menoleh ke arah Adelia yang setia di sisinya.

"Nak try ? Aku tolong kau." tawar Syariff.

"Boleh jugak." balas Adelia.

"Sini.." Syariff memanggil Adelia untuk ke mengambil tempat menembak di selang satu dari Hazreeq. Syariff memakaikan Adelia penutup telinga , dia juga membantu Adelia memakai eyes safety.

"Thank you." ucap Adelia. Syariff membalas dengan senyuman kecilnya. Dia membetulkan kedudukan Adelia supaya menghadap sasaran mereka. Adelia terdiam , dia dapat merasakan Syariff begitu dekat dengannya. Tubuh belakangnya bersandar pada dada Syariff. Syariff mengangkat pistolnya , Adelia memegang pistol itu dan Syariff membetulkan kedudukan tangannya. Posture badan Adelia juga dibetulkan olehnya.

Adelia mendongakan kepalanya sedikit untuk melihat wajah Syariff. Syariff memegang dagunya agar dia melihat hadapan.

"Fokus." kata Syariff.

"Pull the trigger." bisik Syariff. Adelia hanya menurut seperti yang diajar oleh Syariff.

Syariff melangkah setapak ke belakang saat melihat kedudukan Adelia sudah betul.
Tanpa menunggu arahan Syariff , picu pistol ditarik dan satu tembakan dilepaskan.

'BANG'

"7 point."

Terkejut Syariff tetapi tidak lama , sebuah senyuman terukir di bibirnya.

'BANG'

"9 Point."

'BANG'

"9.2 Point"

"Not bad." puji Syariff. Adelia tersenyum mekar mendengar pujian Syariff.

Syariff mencapai pistol yang diletakkan oleh Adelia sebentar tadi. Picu ditarik dan dia menyasarkan ke arah sasarannya.

"5 Point"

"6 Point"

"7 point"

"8 Point"...

Tembakan terus berbunyi. Adelia perhatikan sahaja Syariff yang menembak tanpa memakai safety.

Tidak lama selepas itu , Syariff menekan salah sebuah button pada alat kawalan. Sasaran yang ditembaknya tadi dibawa dekat ke arah mereka.

Terkejut Adelia saat melihat tembakan tadi meninggalkan bentuk 'heart' pada sasaran.

"Aku tak tahu pun kau boleh jadi sweet macam ni." kata Adelia dengan terharu.

Hazreeq yang mendengar bunyi tembakan bertubi-tubi tadi mendekati tempat Adelia menembak. Saat melihat apa yang 'sebenar'-nya sedang berlaku , membuatkan Hazreeq rasa nak termuntah hijau je sekarang.

"Ya Allah , mata aku !" kata Hazreeq dengan kuat. Adelia dan Syariff menoleh ke arah Hazreeq. Adelia menjelir lidah kepada Hazreeq. Padan lah muka , siapa suruh tengok bila aku dan Syariff nak ber-sweet. Kutuk Adelia dalam hati.









×××

Do vote & komen ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now