7 - Kau suka aku ke ?

19.1K 1K 11
                                    

Sudah sebulan berlalu sejak dia bersekolah di Magistic Kejora International School. Seperti hari-hari yang lepas setiap kali dia tiba di sekolah kelibat seseorang yang dia kenal sudah menantinya di muka pintu sekolah. Sebaik sahaja kelibat Maybach hilang pasti Syariff akan mendekatinya.

"Good Morning , tuanku !" ucap Syariff.

"Morning , nerd."balas Adelia. Hubungan dia dan Syariff juga semakin rapat. Sudah sebulan dia di sini , Syariff lah satu-satunya rakan dia. Sekurangnya mamat ni tak bocohkan identitinya.

"Tuanku , petang ni jom tengok wayang. Ada movie baru yang best aku nak tengok." Ajak Syariff.

"Movie ?? cerita apa ? comedy aku tak nak." kata Adelia. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah. Makin hari mereka menjadi bualan pelajar di sekolah gara-gara Adelia berkawan rapat dengan budak nerd itu sedangkan selama ini mana pernah sesiapa berkawan dengan nerd tu.

"Tuanku , ni Syariff lah. Mana layan cerita yang tak ada kualiti." balas Syariff.

"Aku tak ada niat nak hina hasil kerja orang. Kau je erh , yang kata tak ada kualiti." kata Adelia. Syariff mebuat muka menyampah.

"Yela yang buruk , yang jahat semua aku." balas Syariff.

"Tau tak apa."

Baru sahaja mereka hendak melangkah masuk ke dalam lif yang sudah terbuka seseorang menarik kolar baju Syariff dengan kasar sehingga terdorong jatuh. Terkejut Adelia saat melihat Syariff terjatuh.

"Kau siapa nak cari gaduh dengan nerd !?" Tengking Adelia.

"erh , perempuan kau jangan nak masuk campur. Ni masalah aku dan budak skema ni." Kata lelaki yang menarik kolar baju Syariff dengan kasar. Tidak lama selepas itu , salah seorang rakannya menarik kolar baju Syariff sehingga dia terseret di lantai. Syariff boleh buat muka selamba sahaja walaupun dia dilayan sebegitu sekali oleh sekumpulan pelajar lelaki itu.

Adelia tidak mengambil peduli dengan ugutan lelaki tadi. Dia mengikut ke mana sahaja kumpulan itu pergi. Mereka tiba di kawasan lengang. Adelia memerhati dari jauh , dia tak tahu nak buat apa. Telefonnya dikeluarkan dan dia mendail nombor Intan. Dia memberitahu Intan dia berada di mana dan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya dan Intan membalas yang dia akan cari cikgu dan meminta dia dan Syariff bersabar.

"Bro , cantik awek kau sekarang !?" kata salah seorang lelaki yang paling tinggi dengan sinis ke arah Syariff tanpa sebarang kata lelaki itu menumbuk wajah Syariff. Terkedu Adelia melihatnya.

"Macam mana budak skema macam kau boleh kawan dengan minah cun tu !? apa kau dah buat kat dia ha !!?" tengking lelaki yang berambut blonde.

Syariff tidak menjawab sebaliknya dia tiba-tiba sahaja ketawa dengan kuat.

"kau gila ke ha !?" tengking lelaki yang paling pendek dalam kumpulan itu. Tidak semena-mena perut Syariff ditumbuk oleh salah seorang daripada mereka. Syariff mengerang kesakitan sebelum sekali lagi dia melepaskan ketawa kuat.

"bodoh !!" pekik lelaki blonde itu. Dia menendang tubuh Syariff tanpa belas kasihan.

"korang yang bodoh." kata Syariff dengan berani.

Adelia yang melihat dari jauh sudah berasa ketakutan yang amat. Bengang dia mendengar kelancangan mulut si nerd itu. Dalam-dalam kena berlasah mulut dia itu aktif betul. Memang tempah maut betul ! Aku memang dah agak dah yang mamat ni IQ je tinggi tapi EQ rendah. bebel Adelia dalam hati.

"Apa kau cakap , bodoh !?" Tengking lelaki yang paling tinggi.

"Aku kata kau orang bodoh !!" kata Syariff lagi.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now