64 - Birthday Party

13.3K 726 10
                                    

3 tahun kemudian.

Adelia melepaskan keluhan kecil , dia tak percaya yang Syariff tidak akan balik untuk hari jadi anak mereka yang ketiga tahun. Suasana rumah mereka di Malaysia sangat meriah , hampir kesemua rakan artis yang rapat dengannya dijemput hadir. Keluarga mereka di Lusia juga turut hadir even papa yang sekarang adalah Sultan Lusia pun ada masa untuk datang ke Malaysia sempena hari jadi Tariff Mikael.

"Tuanku , jangan macam ni tuanku. Nanti Tariff nampak keadaan tuanku macam ni , apa tuanku nak jawab." tegur Vince. Tariff itu nama sahaja budak tiga tahun tapi dia sangat bijak , mungkin ikut gene tuan Syariff.

"Vince , semua tetamu yang saya jemput dah hadir ke ?" soal Adelia dengan lemah. Mood dia dah rosak sejak dia dapat panggilan daripada Syariff yang dia tidak akan balik dari Pulau Khazanah.

"Semua sudah ada tuanku." balas Vince. Dia juga tumpang simpati dengan Puteri Adelia , sejak dua menjak ini Tuan Syariff sangat sibuk sampaikan ada sekali tu sebulan tuan Syariff tak balik tapi siapa dia untuk bergossip mengenai hal ini.

Bunyi ketukan di pintu bilik membuatkan mereka berdua menoleh. Terjengul wajah Hazreeq. "Kak , semua orang dah ready nak potong kek." kata Hazreeq.

"Hmm.."

"Kenapa ni ?" soal Hazreeq apabila perasan yang mood Adelia seperti tidak baik. Dia memandang ke arah Vince meminta agar Vince terangkan kepadanya.

"Vince , awak keluar dulu. Nanti saya turun." Arah Adelia. Vince terus meminta diri manakala Hazreeq mendekati Adelia yang masih senyap tidak bersuara.

"Kakak , kenapa ni ? Ni mesti sebab abang Syariff kan ?" teka Hazreeq.

Adelia tidak menjawab.

"Akak , abang Syariff tahun ni dia busy sikit—"

"Haz kerja dengan dia jugakan ? Tapi kenapa Haz ada masa untuk datang Malaysia dan kenapa tak dia ?" soal Adelia dengan bengang. "Kalau betul dia busy , kenapa sampai tak ada masa nak balik ? Even teruk sekali pun kenapa dia tak cuba untuk balik hari ni ?" soal Adelia bertalu-talu tanpa sedar air matanya gugur juga.

Hazreeq hanya mampu berdiam diri. Dia sendiri tahu macam mana nak gilanya abang ipar dia cuba mencipta alatan tentera baru tapi apa yang kakaknya katakan betul juga. Takkan abang Syariff tak boleh balik harini.

Dia menarik Adelia ke dalam pelukannya , tubuh belakang kakaknya digosok sebagai tanda memujuk. "Akak jangan lah macam ni." pujuk Hazreeq.

"Jom kita turun erh ? Kesian Tariff." pujuk Hazreeq lagi. Mereka berdua melangkah ke tingkat bawah. Baru sahaja dia menjejakan kaki di tingkat bawah , Tariff terus meluru ke arahnya.

"Mamma !" panggil Tariff dengan teruja. Kaki Adelia dipeluk erat sebelum dia mendepakan tangan meminta Adelia untuk memeluknya.

"Happy birthday , anak mamma ni." ucap Adelia sebelum tubuh si kecil itu didukung. Tariff mencium pipi Adelia kedua-dua belah sebelum dia menyatukan dahi mereka. "Sayang mamma." ucap Tariff.

"Sayang Tariff." balas Adelia. Dia mencium dahi Tariff sebelum mereka mula menghampiri meja kek ,semua tetamu yang hadir bersorak riang saat melihat Tariff.

"Tariff , stand infront of the cake cepat." tegur salah seorang tetamu yang hadir. Tariff terus berdiri di tempatnya.

"Okay , kids you guys stand beside Tariff. Smile kayy smile."

Mereka mula menyanyikan 3 jenis lagu happy birthday. Bahasa Melayu , English dan Allah selamatkan kamu.

"Blow the canddles , Tariff."

"YEAHHH!!" semua orang mula bersorak dan ketawa saat melihat telatah kanak-kanak yang lain. Ada juga yang turut meniup lilin nombor 3 atas kek hari jadi Tariff.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now