19 - Tuankulah yang terbaik !!

16.3K 826 9
                                    

Bunyi ketukan di pintu bilik menggangu tidur Adelia. Adelia masih terbaring di atas katil mencapai bantal dan menutup rapat telinganya. Lama dia dalam keadaan seperti itu tetapi bunyi ketukan di pintu langsung tidak berhenti.

"VINCE !!" Pekik Adelia dari dalam bilik.

"Tuanku , pagi ni kita ada audition untuk watak jahat." kata Vince disebalik pintu kayu. Malam semalam Adelia berjaga lewat kerana sibuk praktis untuk audition-nya pada pagi ini. Sejak dia mengikut serta Puteri Adelia ke Malaysia , bekerja sebagai manager Adelia tidak sekali dalam sehari mereka tidak busy. Dia akan busy mencari skrip untuk Adelia dan Adelia akan praktis sehingga hari audition tiba tetapi sampai sekarang nak dekat dua bulan masih tiada satu watak utama atau pelakon pembantu pun dia berjaya dapat. Kebanyakan adalah cameo sahaja.

Naib baiklah rumah teres yang mereka tinggal ditanggung sepenuhnya oleh keluarga diraja. Jika tak , merempatlah mereka berdua di Malaysia.

Adelia membuka pintu biliknya. Terkejut Vince melihat wajah baru bangun tidur Adelia. "Tuanku tidur pukul berapa malam semalam ? kan kita ada audition pagi ni." kata Vince.

"Saya tak rasa saya dapat Vince. Nampaknya balik ke Lusia sahaja lah kita malam ni." kata Adelia dengan nada tawakal habis.

Vince mengaru kepalanya yang tidak gatal. Nak kata Adelia tak ada bakat , ada je. Setiap kali melihat Adelia praktis dia dapat rasakan watak yang dibawa oleh Adelia. Mungkin Adelia sukar mendapat watak kerana tiada latar belakang yang support dia seperti artis yang lain.

"Jangan lah macam tu , Tuanku. Patik pasti kali ni tuanku berjaya dapatkan watak ni. Lagipun patik dah periksa latar belakang pengarah ni yang dia memang sangat memilih dalam pemilihan pelakon. Mana tahu dia nampak bakat tuanku , dia pun tertarik untuk berikan watak ni pada tuanku." kata Vince panjang lebar.

"Ni last." kata Adelia.

"Baik , tuanku."

.

.

.

.

.

.

.

Mereka berdua tiba awal di sebuah hotel dimana audition diadakan. Tidak lama selepas itu , seorang - seorang pelakon tiba bersama manager masing-masing. Kebanyakan yang datang ke audition ini terdiri daripada pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam beberapa drama popular Malaysia.

"Macam tak akan dapat je , Vince." Bisik Adelia pada Vince yang duduk di sisinya.

"Tuanku , mana hilangnya keyakinan tuanku yang tinggi melangit ?" balas Vince secara berbisik. Walaupun Adelia datang awal ke tempat audition tetapi bukan dia yang pertama. Beberapa artis yang biasa dilihat di dalam kaca televisyen terlebih dahulu masuk untuk uji bakat.

"Buang masa je datang awal." Bisik Adelia.

"Tak apa , tak apa. Datang awal tanda kita bersedia." Pujuk Vince. Salah seorang artis memandang sinis ke arah Adelia sebelum dia masuk ke dalam bilik uji bakat.

"Apasal kerek sangat minah tu ?" Soal Adelia dengan bengang. Vince memandang pelik ke arah Adelia.

"kerek tu apa tuanku ?" soal Vince.

"Vince kamukan manager saya. Takkan slang Malaysia tak tahu ? Mulai hari ni buat account twitter. Belajar kat twitter tu slang-slang Malaysia.Kamu mesti kena sentiasa up to date nanti kena panggil ketinggalan zaman pula." kata Adelia. Tiba-tiba Adelia memandang Vince dengan muka sedih.

"tak payah lah Vince , kita dah sepakat untuk balik Lusia kan malam ni." kata Adelia. Vince memandang Puteri Adelia dengan tidak percaya. Puteri betul-betul serius ke nak give up ?

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now