12 - Jemputan Istana

18K 1K 12
                                    

Hari berganti hari , bulan berganti bulan. Siapa sangka pejam celik , pejam celik , sekejap sahaja hubungan mereka mencecah tiga bulan.

Adelia tersenyum saat melangkah keluar dari kelasnya. Mana tak tersenyum , Syariff dengan cermin mata tebalnya sudah menanti dia di luar kelas.

"Hari ni kau nak makan apa ?" soal Syariff ketika mereka berjalan untuk ke cafeteria. Sengaja mereka berdua turun ke tingkat satu dengan menggunakan tangga. Sesekali Syariff menarik Adelia dekat dengannya apabila beberapa orang pelajar berlari turun tangga.

"Aku puasa."

"Puasa ? Ala macam tu kita lepak tempat lain la." ajak Syariff.

"Kau tak nak makan ke ?" soal Adelia.

"Aku tak apa." balas Syariff.

"Aku tak kisah laa if kau nak makan." kata Adelia lagi. Syariff tetap menolak tetapi bila Adelia masih tetap memaksa dia mengalah juga. Lagipun dia memang lapar pun tapi sebab Adelia puasa tak sampai hati pula nak makan seorang.

Syariff membeli sekeping roti sosej dari bakery sekolah , cukup untuk alas perut. Mereka berdua berlalu ke taman yang tidak jauh dari cafeteria.

Selang dua bangku dari tempat mereka duduk. Boleh dengar dengan jelas perbualan sekumpulan pelajar perempuan.

"Bulan depan saya pergi istana." Sebaik sahaja Adelia terdengar kata-kata perempuan itu , Adelia menoleh ke arah kumpulan itu.

"Istana ? Best-nya. Ada apa kat istana ?" soal rakan yang lain.

"Entah. Tak silap saya , daddy saya ada cakap yang istana akan adakan majlis tahlil dan juga doa selamat." cerita pelajar itu.

Syariff memandang ke arah Adelia yang sibuk mencuri dengar perbualan orang. "Tak baiklah curi dengar." tegur Syariff. Adelia langsung tidak menghiraukan teguran Syariff.

"Owh , patutlah. Daddy awakan menteri memang lah dapat jemputan. Erh , awak tak boleh bawa kawan ke nanti ? Saya nak ikut." kata kawan yang lain.

"Saya pun." rakan yang lain turut menyapuk.

"Tak boleh la wak. Kawalan dekat istana kan ketat , so bukan sebarangan orang boleh masuk." balas pelajar itu. Rakan-rakannya tidak pula melenting kerana ada betulnya apa yang dikatakan oleh budak perempuan itu.

"Alah , jangan lah sedih. Nanti dekat sana saya tangkaplah gambar dengan prince." kata pelajar itu lagi.

Syariff menarik rambut Adelia sehingga gadis itu terdongak. "Sakitlah nerd !" marah Adelia.

"Apa curi dengar perbualan orang." tegur Syariff lagi. Adelia memandang Syariff dengan muka tanda tanya. "Istana ada buat majlis bulan depan ?" soal Adelia.

Syariff mengangguk.

"Abah aku ada dapat surat jemputan istana semalam." kata Syariff. Dia memandang pelik ke arah Adelia. "Tuanku tak tahu ke ?" soal Syariff.

"Papa tak ada pula cakap fasal nak buat doa selamat or majlis tahlil." kata Adelia , bibirnya sudah muncung tanda merajuk dengan Tuan Putera Wafiq.

"Ala , lambat lagi kan majlis tu. Kalau bagitahu awal pun bukannya esok kau dah prepare untuk majlis. Paling awal pun kau prepare untuk majlis nanti dua hari sebelum." kata Syariff dengan niat untuk memujuk Adelia yang mula hilang mood.

"Istana bagi surat jemputan awal-awal pada tetamu sebab kenalah awal nanti last minute , ada yang tak boleh datang pula. Betul tak ?" kata Syariff lagi. Adelia hanya mengangguk sahaja. Ada betulnya juga.

"Saya dengar cerita family Linda pun dijemput and dengar cerita Linda siap boleh ajak kawan-kawan dia untuk hadir ke majlis tu nanti." tiba-tiba salah seorang daripada geng tadi bersuara. Daripada tadi , hanya dia seorang sahaja yang berdiam diri saat semua rakannya berbual dengan teruja.

Adelia dengan tidak rasa bersalah mencuri dengar perbualan mereka lagi.

"Linda ? Untung betul siapa kawan dia. Saya ada juga dengar cerita yang Linda tu rapat dengan keluarga diraja. Tak silap saya dia berkawan dengan Puteri Intan and dengar cerita dia kenal Putera Hazreeq dan Putera Thaqeef." kata rakan yang lain pula.

Adelia menoleh ke arah Syariff. "Siapa Linda ?" soal Adelia.

"Minah yang kejar kau masa hari first kau sekolah tu la.." balas Syariff.

"Owh , yang sampai kita menyorok dalam control room ?" soal Adelia lagi.

"Sejak bila Haz reti bersosial ? Lagi-lagi dengan perempuan ?" Soal Adelia pada Syariff. Syariff memandang ke arah Adelia dengan tidak percaya.

"Haz tu adik aku ke adik kau ?" soal Syariff.

"Adik aku."

"Dah tu tanya aku apasal ?" soal Syariff sambil tergeleng-geleng kepala melihat gelagat Adelia.

"Lupa dia adik aku. Yela , sekarang ni bila dia jumpa aku je sikit-sikit tanya fasal kau." balas Adelia dengan mata yang sengaja di roll-kan ke atas tanda menyampah. Tergelak Syariff dibuaatnya. Boleh dikatakan sejak malam itu , hubungan Syariff dengan Hazreeq semakin rapat. Nak pula , hampir setiap minggu Hazreeq akan ke kelab menembak keluarga Syariff.

"Dari cerita mereka , mereka kata Linda tu berkawan dengan Intan. Kenal Haz dan Thaqeef tapi kenapa aku tak kenal Linda ?" soal Adelia.

"Manalah patik tahu , tuanku. Tanyalah Puteri Intan , tak pun Putera Hazreeq." balas Syariff. Adelia terangguk-angguk mendengar cadangan Syariff.

"Tak terfikir pula." balas Adelia. Dia terus menghubungi Intan. Sebaik sahaja Intan mengangkat panggilan , terus soalan dikemukakan kepada Intan.

"Intan kau kenal Linda tak ?" soal Adelia. Syariff mengambil peluang ini untuk makan rotinya. Sesekali dia menjeling ke arah Adelia yang senyap mendengar apa yang dikatakan oleh Intan.

"Linda mana pula ni ?" soal Intan dengan malas di hujung sana.

"Linda.. Entah , Linda yang popular ?" soal Adelia lagi. Dia sendiri pun tak kenal Linda mana.

"Tuanku , patik belikan tuanku roti favourite tuanku." tiba-tiba satu suara asing muncul di hujung sana. Terangkat kening Adelia mendengarnya.

"Siapa tu ?" soal Adelia.

Terdengar keluhan berat di bibir Intan.

"Aku rasa aku kenal sangat Linda mana yang kau maksudkan." kata Intan dengan penuh makna.

"Apa maksud kau ?" soal Adelia lagi.

"Minah ni dari dulu sampai sekarang selalu try nak berkawan dengan aku. Masalahnya nampak sangat plastik wey. Dia selalu sangat guna nama aku untuk buli student. Menyampah aku !" kata Intan secara berbisik , dia menjeling tajam ke arah Linda yang berdiri tidak jauh darinya.

"Plastik ?"

"Yes ! Hidup aku tak pernah aman kau tahu tak. Everyday suara annoying dia akan panggil aku , tuanku tuanku tuanku. Sampai aku rasa nak termuntah setiap kali dengar 'tuanku'." kata Intan lagi.

Tergelak Adelia mendengar luahan hati Intan.

Tidak lama lepas itu panggilan dimatikan. Syariff memandang ke arah Adelia yang tiba-tiba tersenyum. Kalau senyum ikhlas tak apalah ni tak. "Dah kenapa senyum macam tu ?" soal Syariff.

"Aku ada idea macam mana nak kenakan si Linda tu." kata Adelia dengan yakin.

Syariff hanya mampu menggeleng sahaja melihat gelagat Adelia.







×××

Happy Reading.
Dont forget to Vote & Komen ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now