25 - Nak lepaskan rindu

15K 836 19
                                    

Adelia dan Syariff keluar dari pawagam secara berasingan tetapi ketika di tempat letak kereta , Adelia tidak masuk ke dalam kereta Vince sebaliknya dia berjalan ke mengukuti Syariff dan akhinya masuk ke dalam kereta Syariff.

"Rasa macam spy la pula." kata Adelia dengan teruja.

Syariff memandang Adelia dengan tidak percaya. "Seronok ke macam ni ? Tak boleh show to the public hubungan kita ?" soal Syariff.

"Hmm.. Sekali sekala best lah.." balas Adelia.

Kereta Syariff akhirnya bergerak meninggalkan bangunan shopping complex ini. "Kita nak pergi mana ni ?" soal Syariff.

"Kau dah makan ?"

Syariff menggeleng. "Kita lepak makan nak ?" jak Adelia.

"Makan kat mana ?"

"Mamak nak ? Rindu lah nak makan nasi goreng mamak. Bila dengan Vince dia tak bagi makan." adu Adelia.

"Kenapa ?"

"Dia suruh aku diet. Aku dah gemuk ke ?"   kata Adelia. Syariff tak sengaja terketawa saat mendengar soalan Adelia.

"Aku tengok kau sama je. Kau cakap lah kat Vince , tak payah nak diet sangat. Perempuan kalau tinggal tulang je nanti laki lari." kata Syariff. Adelia menjeling tajam ke arah Syariff.

Syariff dapat merasakan aura maut hadir di sekelilingnya. Dia memandang Adelia sekilas , wajah serius Adelia membuatkan dia terdiam.

"Habis kau nak tinggalkan aku lah ?" soal Adelia.

Syariff tidak menjawab.

"Fine.  Aku makan banyak-banyak biar sampai gemuk !" kata Adelia dengan bengang.

"Tuanku , tuanku sihat dah cukup untuk patik. Tak payah lah nak diet lebih-lebih , makan and bersenam pun dah cukup. Lepastu , maintain-kan berat badan normal." terang Syariff.

"Hmm.."

"Kau cantik bila kau sihat." kata Syariff lagi. "Tak , kau sentiasa cantik. Tapi aku tak nak lah kau diet semata-mata nak cantik." sambung Syariff lagi.

"Okay.."

"Adelia Humaira." panggil Syariff. Adelia memandang ke arah Syariff. Sebaik sahaja kereta Syariff terparkir cantik , Syariff menoleh ke arah Adelia.

"Aku datang sini jumpa kau , nak lepaskan rindu. Tak nak marah-marah , merajuk-merajuk semua. Kau tahukan , aku tak ada bakat nak memujuk." kata Syariff dengan lembut.

Adelia menarik nafas dalam-dalam. "Sorry , jom lah makan. Aku lapar." kata Adelia. Dia melakarkan senyuman manis kepada Syariff. Kesian Syariff , penat-penat dia sampai Malaysia , aku buat perangai pula.

Ketika Adelia dan Syariff mengambil tempat di meja luar mamak. Syariff perasan akan mata-mata yang mengusha Adelia. Dia membukakan jaketnya dan menutup bahu Adelia yang terbuka. Terkejut juga Adelia tetapi dia hanya beriak biasa.

"Nak makan apa ?" soal Adelia.

"Aku makan roti nan je kut. Kau , nasi goreng ayam mamak ?" soal Syariff. Adelia mengangguk.

Bila dah lepak dekat mamak lewat malam , biasalah , banyak lah manusia yang berasap dekat luar ni. Syariff melirikan matanya ke arah Adelia.

"Kau selesa tak ?" soal Syariff.

"Aku okay je."

"Mana tahu kau tak selesa dengan asap-asap ni semua." balas Syariff.

"Well , kalau macam tu tak baik tak yah lepak mamak. Ni , kau berapa lama dekat Malaysia ?" soal Adelia.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now