66 - Bye , babah

12.1K 734 10
                                    

1 tahun 2 Bulan berlalu..

Sebaik tiba di Lusia , semua mangsa di bawa ke Hospital Militari Lusia. Sejak dari hari kejadian , doktor ada memberikan sedikit harapan kepada mereka sekeluarga , dalam masa tiga bulan jika Syariff bangun , ada harapan dia akan selamat dari sebarang kesan koma tapi sehingga ke hari ini Syariff masih di dalam vegetative state. Seorang daripada 3 orang yang dimasukan ke dalam ICU pada hari kejadian telah meninggal dunia di dalam bilik bedah. Seorang lagi telah sedar daripada komanya dalam masa 3 bulan awal tetapi Syariff sampai sekarang tidak sedarkan diri.

Kecederaan dia pada malam tu amat teruk. Syariff dihempap oleh syiling bangunan. Keadaan dia memang menyayat hati pada malam itu. Berbulan-bulan Syariff berada di wad ICU.

Mesin pernafas masih berfungsi dengan baik , boleh dikatakan walaupun Syariff tidak bernafas dengan normal dan masih memerlukam mesin pernafasan tetapi dia tidak lah bergantung sepenuhnya pada mesin. Ahli keluarga hanya mampu menanti sehingga Syariff mula sedar.

Ada masa apabila keadaan Syariff mengizinkan Adelia akan membawa Syariff yang duduk di kerusi roda berjalan di taman hospital bersama Tariff.

Petang itu , selepas menjemput Tariff daripada tadika , mereka anak beranak akan melawat Syariff yang masih tidak sedarkan diri.

"Babah , babah ! Tadikan Tariff belajar lukis and color dengan cikgu." cerita Tariff sebaik sahaja masuk ke dalam wad Syariff.

"Sayang , buka beg tu dulu." tegur Adelia. Tariff terus mencampakan begnya di atas sofa di ruang rehat ahli keluarga. "Tariff." tegur Adelia.

Tariff terus berlari ke arah begnya dan meletakkan begnya dengan baik. Tergelak Adelia melihat telatah Tariff. Adelia mengambil tempat di sisi katil Syariff. Sepanjang suaminya terbaring di atas katil , urusan membersihkan suami semua dilakukan oleh dia sendiri.

Tariff memerhati Adelia yang membawa sebesan air dari tandas. "Mamma , babah dah tak hensem dah kan ?" soal Tariff pada Adelia.

"Tak hensem ?" soal Adelia.

Tariff menunjukan ke arah misai dan janggut suaminya yang mula tumbuh. "Nanti mamma cukur." Adelia mula membasahkan tuala bersih untuk mengelap tubub Syariff.

Tariff turut membantu Adelia , dia membuka butang baju babah dia. Dia melihat tanpa banyak bunyi sepanjang Adelia mengelap tubuh Syariff. Sesekali dia membantu Adelia dengan apa yang patut.

"Mamma nak try !" pinta Tariff apabila Adelia baru nak letak cream shiver pada sekeliling mulut Syariff.

"Nah , letak elok-elok." pesan Adelia.

Tariff menyapu disekeliling mulut Syariff , dia dengan nakalnya mula membuat bentuk senyum dengan cream shiver tu. "Mamma tengok , babah senyum lah." kata Tariff dengan teruja.

Tergelak Adelia melihat hasil seni Tariff. Lagi makin kuat Adelia gelak apabila Tariff mengambil telefon miliknya dan mengambil swafoto. "Anak mamma ni kan , degilah. Kalau babah tahu ni dia mesti gigit-gigit pipi gebu Tariff ni." tegur Adelia.

Terus berubah air muka Tariff.

"Mamma , janganlah bagitahu babah. Mamma kan geng dengan Tariff." pinta Tariff , terus dia buat betul-betul dengan meratakan cream tadi.

"Tahu takut erh ?" usik Adelia. Dia mula mencukur misai dan janggut yang mula hendak tubuh di muka handsome Syariff.

"Mamma." panggil Tariff dengan mendayu.

"Ya , sayang."

"Bila babah nak bangun ?" terhenti aktiviti Adelia saat mendengar soalan Tariff.

"Lepas ni Tariff takkan minta apa - apa dari babah selain untuk hidup dengan sihat." kata Tariff lagi.

Adelia mengelap wajah Syariff dengan tuala basah. Kemudian , dia mencuci muka Syariff dengan air suam. Seterusnya , dia meletakan bedak pada wajah Syariff.

"Babah dah handsome dah." kata Adelia pada Tariff.

Tariff terus memanjat sisi katil dan mencium pipi Syariff. "Babah dah wangi."

Adelia tersenyum melihat Tariff yang tidak lengkang dengan senyuman dia. Nasib baiklah Allah bermudahkan dia untuk menerangkan perkara sebenar kepada Tariff.

Pada hari mereka berangkat ke Lusia , sebelum masuk ke dalam wad , dia menerangkan semuanya pada Tariff , reaksi Tariff sama sepertinya kaku dan tidak bersuara.

"Tariff , Mamma ada dekat sini. Mamma tak kisah kalau Tariff pendam apa yang Tariff rasa pada orang lain tapi bukan mamma sayang." pujuk Adelia ketika hanya mereka berdua sahaja di tempat menunggu.

Tariff memandangnya dengan pandangan kosong.

"Mamma pun akan buat yang sama pada Tariff. Mamma tak akan pernah menangis depan orang lain kecuali babah dan Tariff. Tariff jangan lah diam macam ni , jangan lah buat mamma risau. If Tariff nak nangis , nangislah. Mamma ada." rayu Adelia dalam tangisan.

Tariff memandang wajah Adelia , perlahan-lahan dia lap air mata Adelia. Pipi Adelia turut dipegangnya.

"Mamma , Tariff takut babah tinggalkan kita." luah Tariff dengan air mata berguguran.

Terkejut Adelia saat Tariff mula bersuara. Dia terus menarik Tariff ke dalam pelukannya. "Apapun yang berlaku , kita berdua kena kuat tapi Tariff jangan sesekali pendam apa yang Tariff rasa lagi-lagi pada mamma. If Tariff nak nangis nak luahkan apa yang Tariff rasa , mamma akan dengar." pesan Adelia.

Terangguk-angguk Tariff mendengar kata-kata Adelia. Lama mereka anak beranak berpelukan.

"Mamma !" suara Tariff memanggilnya menyedarkan dia yang teringat kejadian mereka tiba di hospital ini buat kali pertama.

"Ya , sayang." sahut Adelia.

"Tariff rasa jari babah bergerak la ma. Tadi Tariff pegang tangan babah , jari babah bengkok sikit." kata Tariff dengan bersungguh-sungguh.

Tanpa menunggu cerita lebih daripada Tariff Adelia terus menekan butang merah untuk memanggil doktor.

"Mamma , babah akan sedar ke ?" soal Tariff lagi.

"Mamma tak tahu." balas Adelia dengan lemah , ni bukan kali pertama Syariff bergerak seperti ini.

Doktor melangkah masuk ke dalam wad bersama jururawat. Mendengar penerangan Adelia , doktor mula memeriksa mata Syariff. Doktor itu menggeleng kepalanya menandakan itu bukan isyarat yang Syariff akan sedar. Tiada rangsangan balas daripada pesakit.

Doktor dan jururawat tidak menunggu lama di situ , selesai memeriksa mereka meminta diri untuk beredar.

Tariff melepaskan keluhan kecil.

"Mamma , sorry." ucap Tariff.

"Tak apa , sayang." balas Adelia.

Tariff mengambil Yasin yang terletak di atas meja kecil di sisi katil. Tariff mula melakukan aktiviti sehariannya dengan membaca Yasin dengan mamma apabila mereka di bilik babah.

Adelia tersenyum senang melihat bertapa kentalnya anak dia yang seorang ini. "Syariff , sudah setahun dia tak merasa kasih sayang seorang ayah. Bila awak nak sedar ?" soal Adelia dalam hati. 

Hari sudah semakin gelap , dia dan Tariff perlu pulang sebelum maghrib. "Jom , balik." ajak Adelia.

"Okay , ma." Tariff mengambil beg sekolahnya dan berlari ke arah Syariff , tangan Syariff dicium serta dia memanjat sedikit katil Syariff untuk mencium kedua-dua belah pipi Syariff.

"Mamma pula." kata Tariff. Adelia mendekati katil Syariff , dia mencium tangan lelaki itu dan kemudian mencium pipi Syariff.

"Abang , kami balik dulu. Esok , kami datang lagi." bisik Adelia lembut di telinga Syariff.

"Bye , babah ! Assalamualaikum !" ucap Tariff sebelum melangkah keluar dari wad.

Adelia tersenyum kecil sebelum dia turut sama mengekori tubuh si kecil itu.











×××
Tabah.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now