67 - Adelia curang

13.9K 773 42
                                    

Note:-

Syariff bukan dalam keadaan koma tetapi dalam keadaan vegetatif tetap. Maksudnya , Keadaan vegetatif berterusan (Inggeris: Persistent vegetative state) merupakan sejenis gangguan ketaksedaran dimana pesakit dengan kerosakan otak yang teruk berada dalam keadaan bangkitan separa dan bukannya dalam keadaan sedar. Ia adalah diagnosis daripada beberapa ketidakpastian yang berhubung dengan sesuatu sindrom. Selepas empat minggu berada dalam keadaan vegetatif (VS), pesakit dikelaskan sebagai dalam keadaan vegetatif berterusan. Diagnosis ini pula dikelaskan sebagai keadaan vegetatif tetap(PVS) selepas kira-kira satu tahun berada dalam keadaan vegetatif.[1]

Saya mohon maaf tersalah menggunakan istilah koma sebelum ni.

....




Adelia bergegas ke hospital lewat malam itu bersama Hazreeq sebagai driver saat dia mendapat panggilan daripada pihak hospital.

Tiba sahaja di hospital , dia terus berlari ke wad Syariff.

"Kakak !" panggil Hazreeq , tidak sempat dia hendak mengejar langkah Adelia.

Apbila Adelia tiba di pintu wad, terkaku tubuhnya di muka pintu saat melihat orang yang selama ini terbaring di atas katil akhirnya telah sedar dan sedang bersandar di kepala katil.

"Tuanku." tegur doktor yang baru sahaja selesai memeriksa keadaan Syariff.

Adelia menghampiri mereka. Syariff tersenyum lemah sambil memandang ke arah Adelia. "Keadaan Tuan Syariff semuanya okay , dia masih boleh melihat dan menggerakkan tubuh badannya cuba pergerakannya terbatas dan dia memerlukan rawatan fisioterapi untuk tubuh badan dia biasa semula untuk melakukan aktiviti harian." terang doktor secara ringkas kepasa Adelia.

"Berapa lama saya tak sedar doktor ?"soal Syariff. Sesekali dia terbatuk kecil , tekaknya terasa kering. Adelia segera menghulurkan air masak yang memang sentiasa terletak cantik di atas meja sisi katil.

"Thank you." ucap Syariff , menggigil tangannya memegang air yang dihulurkan oleh Adelia. Laju sahaja Adelia membantu Syariff untuk minum.

"Setahun lebih , tuan Syariff. Buat masa ni , tuan Syariff dan tuanku berehat lah dulu , saya dah minta nurse untuk bawakan bubur untuk tuan Syariff sekarang. Awal pagi kami akan memeriksa keadaan tuan Syariff sekali lagi. Buat masa ni , kami akan berikan tuan Syariff bubur untuk setiap waktu makan." kata doktor itu lagi tanpa berlengah-lengah mereka meninggalkan wad Syariff.

"Setahun aku tak sedarkan diri ?" soal Syariff perlahan. Adelia menoleh ke arah  Syariff yang seperti masih lagi terkejut dengan maklumat yang baru dia dapat.

"Abang , jangan risaukan sangatlah hal itu. Abang rest je okay ?" kata Adelia. Syariff memandangnya dengan muka tak percaya. Adelia mengambil tempat di sisi katil. Pipi Syariff diusapnya lembut.

"Rest okay , nanti nurse bawa bubur , Adelia suap abang makan." kata Adelia , dia mencium dahi Syariff. Macam tak percaya suami dia dah sedar.

"Tuanku." panggil Syariff.

Tergelak Adelia mendengar Syariff memanggilnya tuanku. "Ya , nerd. Nak apa ?" soal Adelia.

"Kenapa kau yang datang dan bukan family aku ?" soal Syariff dengan pelik. Adelia tergamam.

"Lia tak call and inform keluarga yang lain lagi. Esok pagi Lia call. Abang rest , okay ?" Adelia tersenyum kecil , dia cuba memujuk hatinya dengan mengatakan yang semuanya okay. Syariff baik-baik sahaja.

"Sejak bila kau panggil aku abang ?" soal Syariff lagi.

Adelia tergamam.

Hazreeq yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad memandang pelik ke arah Adelia yang berdiri kaku di tepi katil abang iparnya. "Abang Syariff dah sedar ?" soal Hazreeq.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now