39 - Hmm..

14.1K 830 27
                                    

Majlis perkahwinan mereka lagi dua minggu dari sekarang. Puteri Kasih tidak habis-habis call dan membebel pada Adelia kerana sibuk memanjang.

"Mom , nanti Lia cari lah dengan Syariff." kata Adelia pada Puteri Kasih yang berada di hujung talian. Memang tangan kat dahilah mendengar Puteri Kasih membebel. Mahu cair taik telinganya dengar !

"Berapa kali dah mommy cakap , tu jelah jawapan Lia. Bilanya !? Majlis lagi dua minggu. Takkan tak nak kahwin pula ? Balik Lusia sekarang." arah Puteri Kasih.

"Mom , Lia ada shoot esok lusa. Tak boleh balik lagi."

"Habis tu , bila nak beli barang hantarannya ? Dah berbuih dah mulut mom pesan Adelia Humaira." marah Puteri Kasih.

"Soon , okay. Soon."

"Bila !?"

Adelia melepaskan keluhan berat. "Mommy , Lia akan beli juga." kata Adelia.

Vince yang turut berada di ruang tamu pada malam itu melihat sahaja Adelia yang berkeluh kesah. Mana tak kena bebel , lagi dua minggu nak kahwin masih sibuk dengan kerjayanya. Dia pun dah macam Puteri Kasih duk membebel pada Puteri Adelia.

"Mom nak Lia balik Lusia sekarang. Ni Syariff macam mana ? Dia ada dekat Lusia ke or dekat Pulau Khazanah ?" soal Puteri Kasih.

"Lia call dia , dia kata dia busy dekat pulau dia."

"Bagus sangatlah tu ! Masing-masing busy ! Semua benda orang tua yang uruskan !? Macam mana seri pengantin tu nak wujud !?" kata Puteri Kasih dengan geram.

"Adelia Humaira , mommy tak kira. You and Syariff balik Lusia. Esok !" kata Puteri Kasih muktamad. Adelia tahu dah , if Puan Kasih dah ber-you dengannya puteri kesayangan dia ni tandanya dah marah sangatlah tu.

"Tengok macam mana." balas Adelia.

"I said tomorrow means tomorrow ! You must be here before 3 p.m. Adelia Humaira. If not , I will be there !" kata Puteri Kasih dengan tegas. Ya Allah , dah speaking lah pula. Marah sangat ni !!

"Okay , mom. Okay. Lia akan call Syariff and suruh dia balik." putus Adelia.

"Good. We will wait for you. Good night." ucap Puteri Kasih.

"Good night. Love you."

"Love you too." panggilan terus ditamatkan.

Adelia melepaskan satu keluhan berat. Terangkat kening Vince apabila terdengar. "Puteri marahkan tuanku ?" soal Vince.

"Hmm.. Dia paksa saya balik juga esok. Before pukul 3 petang." kata Adelia.

"Kira saya kena bagitau agensi and also crew filem In Time untuk postpone scene tuanku selama sebulan ?" soal Vince.

"Lamanya sebulan !? Dua minggu je lah." kata Adelia.

"Takkan lepas wedding terus balik Malaysia pula ?" tegur Vince.

"Masalahnya saya nak bagi alasan apa ambil cuti sampai sebulan ?" soal Adelia.

"Alasan kahwin lah."

"Masalahnya nak kahwin tu Adelia Humaira bukan Ira Adelia." balas Adelia.

"Tuanku nak rahsiakan hal ni ke ?" soal Vince.

"Saya tak sedia lagi lah nak bagitahu fans saya yang saya ni Adelia Humaira." jawab Adelia.

"Ya Allah , tuanku ! Kesianlah tuan Syariff. Mahu makan hati kerja dia bila tengok artis lelaki cuba mengayat isteri dia nanti." tegur Vince.

"Siapa berani nak ngayat saya ? Cuba awak tengok , Fariz dah tak mengayat saya lagi dah kan sejak dia tahu siapa saya. Siapa lagi nak try tackle saya ?" soal Adelia.

Vince rasa macam nak ketuk je kepala Adelia. Apa tuanku lupa ke , hadiah yang sering mereka dapat jika di set pengambaran ? Setiap kali di set , ada je secret admire yang hantar bunga lah , coklat lah dan seangkatan dengannya. Boleh dia kata tak ada siapa nak tackle.

Lagi satu , love rival tuan muda Syariff yang semua orang tahu , Rayden Amar. Tu bukan lelaki yang try tackle tuanku ke !? Bebel Vince dalam hati.

"Vince , cakap fasal Fariz , nanti hantarkan surat jemputan saya ke dia erh ? Dia je satu-satunya rakan artis yang boleh saya bawa. Sedih pula tak dapat nak jemput yang lain." Luah Adelia.

"Sebab tu lah saya kata bagitahu lah yang lain." balas Vince.

Adelia laju sahaja menggeleng.
Vince memutarkan biji matanya tanda menyampah , dah tu tak payah lah bising tuan puteri Adelia.

Adelia memikirkan semula kata-kata Vince. Ada betulnya juga.

"Vince , saya dah fikir yang saya akan bagitahu perihal perkahwinan saya." kata Adelia secara tiba-tiba.

Vince terkejut !

Apa dia salah dengar ke !?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Malam itu , setelah lama berbual dengan Vince di ruang tamu. Barulah Adelia masuk ke dalam bilik. Dia menghubungi Syariff.

"Hello." tegur Adelia apabila panggilan diangkat.

"Tak tidur lagi , Lia ?" tegur Syariff.

"Baru nak tidur. Awak pula tengah buat apa ? Dekat dalam lab lagi ke ?" soal Adelia.

"Tak adalah , tengah kat cafeteria. Baru nak dinner. Lepas ni saya masuk lab balik." terang Syariff.

"Awak ni , cuba makan tu ikut time sikit !" marah Adelia.

"Baiklah tuanku." balas Syariff.

Adelia diam buat seketika. Macam mana nak cakap dengan Syariff ni , lelaki ni macam busy jer.

"Awak call saya setakat nak tanya saya buat apa je ke ? Tak pernah-pernah macam ni. Buang tabiat ke ?" soal Syariff.

"Awak perli saya erh ? Saya tahulah saya suka call awak bila ada benda penting je nak cakap. Ni memang saya call sebab ada penting nak bagitahu ni."

"Saya tak ada niat nak perli. Saya tahu awak sibuk , saya pun sibuk juga. Apa dia yang penting sangat tu ?" soal Syariff.

"Mommy saya dah bising. Kita ni nama je lagi dua minggu nak kahwin tapi barang hantarannya tak ada lagi." cerita Adelia.

"Kan kita dah janji nak cari next week." balas Syariff.

"Saya dah cakap dah dekat mommy tapi dia bebel kat saya balik. Dia nak kita balik Lusia esok , sebelum pukul 3 juga. Dia nak kita buat keputusan fasal majlis kita." cerita Adelia lagi.

"Tapi saya busy lah this week." kata Syariff.

"Awak tak boleh postpone ke ?" soal Adelia dengan sedikit kecewa. Dia faham Syariff busy , dia pun busy tapi dia masih mampu untuk postpone semua ni.

"Tengok lah macam mana." putus Syariff.

Adelia terdiam seketika. "Lia.." panggil Syariff.

"Apa ?" soal Adelia.

"Saya minta maaf. Awak jangan lah merajuk." ucap Syariff , bila Adelia tiba-tiba diam ni tahulah dia gadis itu merajuk.

"Tak. Okaylah , saya nak tidur. Dah ngantuk. Esok saya balik Lusia." kata Adelia.

"Pukul berapa ?"

"Flight pukul 11 pagi. Dalam pukul 2 petang sampai lah." balas Adelia.

"Owh.. Dah naik flight whatsapp , sampai Lusia pun whatsapp saya okay. Take care." ucap Syariff.

"Hmm.."

"I love you.."

"Hmm.."

Panggilan terus ditamatkan. Adelia sebenarnya daripada tadi dia tahan diri dari menangis. Tetapi apabila panggilan mereka sudah ditamatkan laju sahaja air matanya tumpah. Sumpah dia terasa hati walaupun dia tahu Syariff bukan sengaja.

Sepanjang malam dia menangis sehingga dia terlelap tanpa sedar.









×××
Jadi kahwin ke tak dorang ni ?

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now