26 - surprise

14.8K 788 16
                                    

Hari ini Vince tidak bersamanya sepanjang di set pengambaran kerana demam. Tanpa pengetahuan Vince, Adelia pergi ke shopping complex seorang diri. Ni kalau Vince tahu mahu bising dia.

Adelia masuk ke dalam sebuah kedai kasut. Rambang mata dia dibuatnya apabila melihat kasut-kasut yang dipamerkan. Nak-nak pula tengah sale , lagi lah !

"Yang ni the latest one." kata staff kedai itu saat melihat Adelia memegang kasut yang menarik perhatiannya.

"Cantik. Ringan pun ringan. Yang ni ada sale ke ?" soal Adelia. Dia memandang ke arah Staff yang berdiri di sebelahnya.

"Sebabkan dia new arrival so tak ada sale. But yeah , ringan. Nak buat jogging pun boleh sebab dia kategori sport shoes." terang staff itu.

Mata dia sesekali mencuri pandang ke arah Adelia. Dia memegang dadanya tanpa sedar. Gila , kenapa dengan aku ni !?

Adelia memandang pelik ke arah staff itu. "Awak okay ke ?" soal Adelia. Staff itu mengggeleng dan kemudiannya mengangguk.

Staff dihadapan Adelia kelihatan cantik ala-ala minah hipster , dengan jaket hot pinknya , rambut yang blonde dihujung diikat kuda. Spek mata tebalnya membuatkan dia nampak lebih menarik. Suara dia pun lembut. Tapi sayang...

Mata Adelia menangkap sesuatu yang lain pada staff itu. Sekilas pandang sahaja dia tahu dihadapannya bukan perempuan tapi lelaki. "Cantik memang cantik but if jadi lelaki ni mesti handsome gila." puji Adelia dalam hati.

"Betul ni awak , okay ?" soal Adelia lagi.

"S..saya okay" jawab staff itu dengan lembut , lembut yang dia maksudkan adalah lembut bukan macam mamat sotong bersuara tetapi seperti seorang lelaki yang gentleman bercakap lembut dengan girlfriend dia.

Adelia tersentak. Apa yang aku fikir ni ?

Adelia kembali melihat kasut yang dipegangnya. Dia meletakan semula kasutnya dan melihat kasut lain.

"If nak kasut yang ada sale , di bahagian sini." kata staff itu.

Adelia melihat kasut-kasut yang ditunjukan oleh pekerja itu. "Cantik." kata Adelia sambil mengambil salah satu kasut yang dipamerkan. Tersenyum staff itu melihat Adelia.

"Saya nak yang ni." kata Adelia.

"Size ?"

"Erm.. 7 ? 8 ??" kata Adelia pun tak pasti. Kakinya panjang.

Staff itu hanya mengangguk dan berlalu pergi ke bahagian store. Tidak lama kemudian dia kembali dengan wajah sedikit hampa.

"Size 8 tak ada. Size 7 je tu pun , not black but navy." kata staff itu.

"Navy ?" soal Adelia. Staff itu menunjukan kasut yang berada dalam kotak itu kepada Adelia.

"Navy blue." katanya lagi.

"Owhh, tak apa. Saya tak kisah pun." balas Adelia. Dia mengambil dan mencuba kasut itu pada kakinya. Agak seksa lah jugak sebab dia nak kena bukak tali kasut dulu.

Melihat Adelia begitu , staff tadi membukakan tali buat Adelia sebelum dihulurkan kepada Adelia.

"Terima kasih." ucap Adelia.

Terpana staff itu melihat senyuman Adelia tetapi Adelia tak perasan pun semua itu.

Habis sahaja mencuba , Adelia membuat pembayaran. Saat dia ingin melangkah pergi , staff itu menegurnya.

"Boleh saya tahu nama awak ?" soal staff itu. Soalan dia membuatkan rakan sekerja yang mendengar terkejut. Kebanyakan staff di situ adalah lelaki tulen hanya dia seorang sahaja yang berpakaian perempuan.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now