3 - Mentor

20K 1K 12
                                    

Setibanya di tingkat 3 sekali lagi Adelia hilang arah. Dia cuba mengingati peta tadi tapi tetap juga tak ingat. "Memang otak ikan betulah aku ni. Sekolah ni pun satu , besar sangat apasal !?" bebel Adelia.

"Kau !!"

Terkejut Adelia saat seseorang menjerit kuat. Dia menoleh ke arah suara itu. Sekumpulan perempuan berjalan ke arahnya dengan muka garang bak singa seperti sudah bersiap sedia untuk menyerangnya.

"Aku ke ?" soal Adelia sambil melihat ke arah kumpulan pelajar itu. Confirm cari aku , sebab muka sama macam pelajar perempuan yang cuba cari gaduh tadi je ? Bisik Adelia dalam hati.

Tanpa menunggu lama dia terus berlari selaju yang boleh tanpa hala tuju.

"Woi !!"

"Kau jangan nak lari !!!"

"Tunggu !!"

Pekik kumpulan itu.

"Gila ke aku nak tunggu !" jerit Adelia pula.

Adelia melihat kiri dan kanannya. Mana nak lari ni ??? Baru sahaja dia hendak lari ke kiri , seseorang menariknya masuk ke sebuah bilik kawalan elektrik.

"Apa kau—" bibirnya ditutup oleh tangan lelaki itu. "Shhh.." bisik lelaki itu.

Adelia melihat wajah lelaki itu dalam samar-samar melalui lampu LED di mesin kawalan elektrik.

"Jangan bergerak. Bahaya , kita dalam bilik elektrik ni." Pesan lelaki itu. Adelia hanya menurut tanpa banyak bunyi. Mata mereka berdua berlaga pandangan. "Budak , kau cari gaduh dengan orang yang salah tau tak ?" Tegur lelaki itu. Adelia menjeling tajam ke arah lelaki itu. Budak dia panggil aku ? Eeee.. budak nerd ni , tak padan dengan cermin mata tebal ! Bebel Adelia dalam hati.

" Bukannya aku yang cari gaduh , budak perempuan tu semua yang start dulu." balas Adelia. "Kau budak baru ke ?" soal lelaki itu.

"ha'a"

"Padanlah bodoh sangat cari pasal dengan geng tadi." kata lelaki itu.

"Woi budak nerd , berani kau panggil aku bodoh ?" soal Adelia dengan bengang.

"Memang bodoh pun cari gaduh dengan dorang. Dekat sini kau nak cari gaduh dengan sesiapa kau nak silakan but bukan dorang." Pesan lelaki itu , pintu bilik kawalan elektrik dibukanya.

"Dorang tu siapa sampai student kat sini tak boleh cari fasal dengan dorang !? Macam lah ni sekolah bapak dorang." Soal Adelia dengan tidak puas hati sebaik sahaja keluar dari bilik kawalan tadi.

"Memang sekolah ni salah seorang bapak geng tadi pun." balas lelaki itu. Terdiam Adelia.

"Cerh , baru setakat anak pemilik sekolah, bukannya anak raja." balas Adelia dengan perlahan.

"Apa kau cakap ?"soal lelaki itu.

"Nothing. Aku , Adelia. kau ?" Adelia menghulurkan salam perkenalannya.

"Syariff Iman." sambut Syariff. "Kau tahu tak kelas 5 Costa dekat mana ?" soal Adelia.

"Sesat ? jom , aku bawa kau ke kelas kau." putus Syariff.

"Thank you." ucap Adelia.

"No hal , just perlu berlanja aku makan." balas Syariff.

.

.

.

.

.

.

.

.

" Ni kelas aku , tu kelas kau." Syariff menunjukan kelas yang bertentangan dengan kelasnya. " Thank you , Syariff. Nanti aku berlanja kau makan."kata Adelia sebelum berlari anak ke kelasnya.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now