60 - Thank you , my love

14.3K 761 16
                                    

Syariff terjaga dari tidurnya , Dia cuba bangun tetapi dia seperti dapat merasakan yang badannya seperti ditindih dan lengannya juga agak lenguh. Seseorang sedang baring di atas dadanya sambil memeluk pinggangnya.

Syariff melakarkan senyuman kecil saat dia sedar siapa yang memeluk dia. Tak lain tak bukan , si Adelia kesayangan dia. Syariff turut membalas pelukan Adelia.
Adelia mula terjaga apabila terasa gerakan dari Syariff.

"Hey , dah bangun ?" soal Adelia dengan suara serak. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat raut wajah Syariff sebelum melentokan kembali kepalanya di dada Syariff.

"Macam mana sayang boleh ada kat sini ?" soal Syariff. Mereka bukannya di istana atau di rumah keluarga Syariff tetapi di Markas tentera.

"Saya kan Puteri Diraja Lusia." balas Adelia dengan mata terpejam.

"Bukan saya kata jangan balik Lusia ke ?" soal Syariff dengan serius. Kali ini hilang senyuman di wajahnya. Dia gembira yang Adelia ada dengannya tapi dia tak suka Adelia tinggalkan keluarga mereka sebegitu sahaja di rumah walaupun ada butler dan chef untuk melayan mereka.

"Nenda papa mommy abah and mama tak kisah pun saya balik sini." kata Adelia.

"Masalahnya saya kisah." balas Syariff.

"Saya tak tinggalkan pun mereka kat Malaysia sebaliknya mereka ikut saya balik ke Lusia." terang Adelia.

"Good girl." kali ini Syariff tidak marah lagi. "Syariff saya lapar lah." adu Adelia pada Syariff.

"Jom , kita keluar lunch." ajak Syariff.

"Okay." balas Adelia. Syariff terus berlalu ke tandas untuk mandi dan bersiap keluar. Adelia tersenyum senang melihat Syariff baik-baik sahaja dengan kedatangan dia di Lusia.

Ketika mereka berdua berjalan berpegangan tangan ke cafeteria , Syariff perasan yang banyak mata sedang memandang ke arah mereka nak pula dekat sini memang ramai lelaki. Makin  dieratkan pegangan tangan mereka , Adelia pula seperti langsung tidak perasan akan cemburu Syariff.

"Tu bukan tuan puteri ke ?"

"Sampai sekarang aku tak percaya yang Syariff dah berkahwin dengan cucu kesayangan Sultan Amirullah."

"Cantik betul Puteri Adelia. Aku rasa dia makin cantik lah sekarang."

"Aku pun setuju dia dah makin cantik."

"Untung la bini cantik."

Syariff makin tidak senang duduk duk dengar orang puji Adelia. Tergugat wey !

"SAYANG !"

Terkejut Adelia apabila Syariff tiba-tiba sahaja menjerkah dia dengan kuat. "Awak ni dah kenapa ?" Soal Adelia dengan muka terkejut.

"Saya rasa saya nak makan sushi lah lunch ni." kata Syariff dengan penuh mengharap.

"Sushi ?? Aik !? Awak makan ke sushi ? Bukan awak kata hanyir ke ??" soal Adelia , dia memandang Syariff dengan pelik. "Saya mengidam." Kata Syariff dengan bersungguh-sungguh.

"Saya tak kisah , lagipun saya lapar." balas Adelia. Akhirnya mereka keluar dari markas tentera. Baru lega sedikit hati Syariff , mana tak nya dekat markas itu penuh dengan lelaki. Dah nama pun tentera kan ? Tapi rasa diri tu bodoh lah pula , banyak benda dia boleh kata mengidam , boleh pula dia sebut sushi !? Ni , macam mana nak telan ??

Masuk sahaja ke dalam restoran sushi , Syariff sudah terbuat muka loya. Adelia menoleh ke arah Syariff tetapi laju sahaja dia menayangkan muka selambanya. Sumpah dia tak boleh tahan duduk dalam restaurant ni. Ketika mereka sudah mengambil tempat di meja , benda pertama dia minta pada Adelia adalah pilihkan dia sushi yang bukan ikan mentah !

"Syariff , awak betul okay ni ??" soal Adelia apabila perasan wajah berkerut Syariff saat makanan yang mereka pesan tiba di meja. "Ni semua yang awak order ke ?" soal Syariff untuk kepastian.

"Yup."

Syariff pandang dengan tidak percaya. Kenapa bau ikan makin kuat bila makanan yang sudah mereka pesan tiba ? Adelia mesti dah order sushi yang bukan ikan mentah. Syariff memandang kosong sushi di depan mata.

"Makanlah , buat apa tengok jer ?" soal Adelia apabila Syariff masih tenung sushi yang berada di depan mata.

"hanyir tak ?" soal Syariff.

"Tak. Mana ada hanyir."

"Kenapa kuat sangat bau ikannya ? Sayang tak orderkan yang mentah ?" soal Syariff.

"Awak tak nak , saya tak ada lah nak order. Makan lah , tadi kata mengidam." balas Adelia.

"Awak makan lah , saya tak lapar. Putus Syariff."

"Awak ni , awak yang ajak makan sini tadikan ?" soal Adelia dengan kecewa. Syariff memandang Adelia yang macam dah nak merajuk. Alahai sayang , jangan lah merajuk sekarang , suami awak betul-betul tak lalu nak telan !

Syariff merenung lama sushi di depan mata. Bau sushi yang hanyir kerana bau ikan buatkan dia loya. Tak boleh nak telan !!

Syariff mengambil sushi di hadapannya dengan lambat dia mengangkat untuk masuk ke mulut baru nak masuk dengan slow-motion , seseorang menolak masuk sushi masuk ke dalam mulutnya. Saat dia dengan terpaksanya mengunyah sushi tersebut , terasa kuat betul bau hanyir. Rasa nak menangis sahaja di sini. Dia memandang ke arah Adelia yang menayangkan muka tak bersalah , lagi rasa nak menangis Syariff. Dengan lambat-lambat dia mengunyah habis sushi di dalam mulutnya.

"Sedap ?" soal Adelia.

"Rasa nak menangis." Tergelak Adelia mendengar jawapan Syariff. Dah tahu diri sendiri tu memang kurang gemar makan ikan sebab hanyir apa semua ada hati nak makan sushi , laki siapa lah ni ? Padan muka !

"Sedap sampai nak menangis ?" soal Adelia.

Baru Syariff nak menjawab , dia terasa seperti hendak muntah. Berlari dia mencari tandas atau sinki. Terkejut Adelia apabila Syariff tiba-tiba bangun. Adelia tergelak kecil sebelum mengambil sushi yang terhidang di hadapan Syariff dan makan.

"How ? Okay ?" soal Adelia apabila Syariff tiba di meja.

"Tak boleh telan." luah Syariff.

"Tunggu kat luar." Arah Adelia.

Syariff tidak pula menolak. Dia tak kisah if Adelia nak teruskan makan , dia boleh tunggu di luar sahaja. Lagi selesa. Putus Syariff.

Tidak berapa lama Syariff menanti di luar , Adelia melangkah keluar dari restaurant dengan bungkusan makanan. "Kenapa tak makan sini je ?" soal Syariff dengan rasa serba-salah. "No way saya nak makan sorang." balas Adelia.

"Sayang sorry." Ucap Syariff.

Adelia tidak pula bising , dia mengusap lembut pipi Syariff.

"Syariff Iman, saya mungkin nampak macam ambik tak kisah je apa yang berlaku sekeliling saya bila dengan awak tapi setiap perubahan awak ,  saya peka. So bila awak berubah tiba-tiba saya sedar ada yang tak kena. Awak jeleskan bila pegawai kat markas cakap fasal saya ?" teka Adelia.

Syariff terkejut.

"Awak suami saya , saya kenal awak Syariff. Sebelum awak suami saya , awak kawan baik saya. Saya kenal awak lebih dari apa yang awak sangkakan. Awak orang yang saya sentiasa peka untuk setiap perubahan. Nak pula sejak saya mengandung ni awak cepat merajuk and kadang-kadang mood swing so saya bagi perhatian yang sepenuhnya pada mood awak. Jangan jeles tau , saya sayang awak. Sayang sangat-sangat." terang Adelia dengan bersungguh-sungguh. Dia kemudian memandang kiri dan kanan sebelum menjengketkan kakinya untuk mencium sekilas pipi Syariff.

Syariff terharu sangat-sangat. Dia mengambil tangan Adelia dan dicium belakang tapak tangan Adelia dengan penuh sayang. "Thank you , my love."








×××
Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now