16 - Kecuali Dia

18.3K 1K 14
                                    

Maybach hitam berhenti di hadapan bangunan sekolah. Selama ini pelajar di sekolah itu tidak pernah ambil peduli pun dengan pelajar perempuan yang melangkah keluar dari kereta itu tetapi selepas majlis di istana semalam. Perubahan mereka sangat ketara.

Mereka mula mendekati kereta hitam itu. Vince yang melangkah keluar untuk membukakan pintu buat Adelia terkejut melihat apa yang berlaku.

Sebaik sahaja dia membuka pintu untuk Adelia. Adelia juga turut terkejut melihat perubahan pelajar di sekelilingnya. Mereka semua melihat dia seperti dia orang yang berbeza hari ini.

"Dah kenapa semua pandang aku macam ni ?" soal Adelia pada mereka semua.

"Selamat pagi , Tuanku." tegur satu suara halus. Kemudian semua orang mengucapkan selamat pagi kepadanya.

Terasa pelik saat pelajar lain memanggilnya tuanku sedangkan selama ini hanya Syariff sahaja. Adelia melihat ke arah pintu masuk , kelibat Syariff tidak kelihatan.

Dia melihat ke sekelilingnya. Terkejut dia saat melihat gerangan seseorang yang sangat dikenali tanpa spek mata tebal. Syariff !?

Lelaki itu berjalan ke arahnya. Adelia perasan akan mata-mata perempuan yang cair melihat Syariff. Dia mengenggam kuat penumbuknya.

"Tuanku." panggil Vince.

Adelia menoleh.

"Tuanku nak patik mengiringi tuanku sehingga ke kelas ke ?" soal Vince.

"Tak perlu. Kamu boleh pergi." arah Adelia. Vince teragak-agak untuk meninggalkan Adelia tetapi melihat wajah masam Adelia , dia memutuskan untuk pergi juga.

Mata Adelia tidak lepas dari memandang ke arah Syariff. Sekejap sahaja Syariff sudah di kelilingi oleh pelajar perempuan. Ada juga yang Adelia perasan mencuri ambil gambar Syariff. Makin panas hatinya !

Syariff mula tersedar yang dia turut dikelilingi oleh orang ramai saat dia cuba mendekati Adelia.

"Tuanku !" panggil Syariff , mata mereka bertentangan tetapi sekejap sahaja kerana Adelia mula berlalu pergi. Disebabkan mereka berdua dikelilingi pelajar sekolah menyukarkan Syariff untuk mendekati Adelia.

Dia merenung tajam ke arah setiap seorang pelajar perempuan yang mengelilinginya.

"Blah !!" tengking Syariff. Terpinga-pinga semua yang berada di situ sebelum mereka mula melarikan diri.

Syariff terus berlari ke arah Adelia. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan lif , Adelia sudah masuk ke dalam lif dan orang ramai turut masuk ke dalam lif bersama Adelia.

Syariff menekan butang lif untuk tahan pintu lif.

"Semua blah !! Tinggalkan aku dengan tuan puteri je !" arah Syariff. Baik pelajar lelaki dan perempuan memandang ke arah Syariff dengan tidak puas hati.

"Ingat kau sorang je ke nak berkawan dengan tuan puteri ?" soal salah seorang pelajar di dalam dengan sinis. Syariff merenung tajam ke arah lelaki itu.

"Kau tak payah nak hipokrit sangat lah. Macam selama ni tuan puteri tak tahu macam mana layanan semua pada dia." kata Syariff.

Terdiam semua yang berada di dalam lif.

"Semua keluar." tiba-tiba seseorang bersuara. Suaranya halus tetapi tegas. Masing-masing memandang ke arah satu sama lain sebelum memandang ke arah Syariff dengan tidak puas hati.

"Muka kau je handsome tapi hati busuk !" luah salah seorang lelaki.

Syariff tidak ambil pusing. Sebaik sahaja semua keluar , dia melangkah masuk ke dalam lif.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now