34 - Aku nak Adel

14.8K 855 36
                                    

Belum pun jam menunjukan pukul 8.00 malam. Dewan press conference sudah penuh dengan wartawan. Mereka semua hadir bersama laptop masing-masing.

Bayang Ira Adelia masih tidak kelihatan. Setiap detik yang berlalu seakan-akan sangat lama bergerak.

Pintu dewan terbuka luas membuatkan semua wartawan menoleh. Seorang lelaki berpakaian suit lengkap melangkah masuk dengan ditemani beberapa orang bodyguard. Bayangan Adelia tetap tidak kelihatan.

Wajah serius lelaki itu membuatkan wartawan perhati tanpa bunyi.

Lelaki itu duduk di tengah-tengah meja atas pentas , membuatkan semua wartawa tertanya-tanya sebab kehadiran lelaki itu. Rupa paras dia sahaja sudah cukup untuk mencairkan hati wartawan wanita yang hadir. Mata mereka tidak lepas dari melihat lelaki itu.

"Assalamualaikum." ucap lelaki itu.

Semua wartawan mula berubah serius.

"Encik ni siapa ?"

"Apa hubungan encik dengan Ira Adelia ?"

Soal wartawan-wartawan yang hadir.

"Saya , Syariff Iman. Hadirnya saya di sini adalah untuk menjelaskan perkara sebenar." kata Syariff dengan serius.

"Perkara sebenar ? adakah gossip Ira Adelia dengan seorang 'dato' ?"

"Adelia bukan perempuan simpanan ?"

"Adakah encik dibayar berlakon untuk menutup malu bagi pihak Adelia ?"

Syariff menggenggam erat penumbuknya.

"Saya minta agar semua wartawan yang hadir minta maaf pada Adelia. Semua itu tidak benar sama sekali !" kata Syariff dengan tegas.

"Lelaki yang ada bersama dengan Adelia pada malam itu adalah -"

"Saya."

"-saya."

Syariff terkejut. Selain daripada dia , ada juga orang lain yang berkata saya dengan serentak.

Semua wartawan menoleh ke arah suara tadi. Lelaki yang berambut blonde , hingga ke paras bahu melangkah masuk bersama senyuman yang mampu melemahkan iman para wanita.

Terkedu semua yang melihat.

"Tu..tu bukan ke Rayden Amar !?"

"CEO HISTORY BUAT APA DEKAT SINI !?"

"God bless me ! 1st guy tadi eventhough tak senyum tapi dah cukup untuk I teraliur tengok dia. Now , Rayden Amar pula.. Ya Allah , I malam ni mimpi sampai ke bulan lah jawabnya !"

"Wait wait wait ! Dua-dua kata saya. Mana satu yang betul !!?"

Rayden Amar berjalan menghampiri pentas , dia mengambil tempat di sebelah Syariff. Dia menghadiahkan senyuman sinis ke arah Syariff.

Syariff memandang lelaki itu dengan renungan tajam. Dia tahu siapa lelaki tu , ceo kepada syarikat Adelia.

"Saya lelaki yang bersama dengan Adel pada malam tu." kata Rayden Amar.

Berapi telinga Syariff mendengar penipu Rayden.

"Apa yang encik CEO mengarutkan ni ? Saya yang bersama dengan Lia pada malam tu." balas Syariff.

Masing-masing mula bertukar renungan.

Wartawan yang lain terkaku. Mana satu yang betul ?

"Rayden panggil Ira Adelia , Adel. Syariff panggil Adelia , Lia. Dua-dua ada nama manja. Apa semua ni ?"

"Adelia main kayu tiga ?"

"Adelia curang !?"

'TUK TUK TUK' Syariff mengetuk meja beberapa kali. Wartawan semua mula menumpukan perhatian mereka pada Syariff.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now