9 - aku suka kau , kau suka aku

18.1K 1.1K 48
                                    

"Aku ingat kau tak datang sekolah sebab mengelak dari aku." kata Adelia.

Syariff tersentak. Lama dia memandang kosong buku latihannya. Adelia menoleh ke arah Syariff yang masih membisu. Bunyi pintu dibuka dari luar menyedarkan mereka. Orang gaji melangkah masuk dengan tray berisi dua buah gelas air.

"Jemput minum tuanku , tuan muda." kata orang gaji sebaik sahaja menghidangkan air.

"Terima kasih." ucap Adelia. Sebaik sahaja pintu bilik bacaan tertutup rapat dia memandang semula ke arah Syariff.

"Kau tak datang sekolah sebab nak mengelak daripada aku ke ?" Soal Adelia lagi apabila Syariff masih menyepi daripada tadi.

"Kenapa ?"

"Tuanku , terima kasih hantar kerja rumah patik sampai ke rumah. Rasanya dah tiada benda lagi yang hendak kita bualkan." kata Syariff.

"Tiada benda nak dibualkan ke or kau nak mengelak dari jawab soalan aku ?" soal Adelia dengan sinis.

Syariff melepaskan keluhan berat. "Ya , aku mengelak daripada kau." jujur Syariff.

"Kenapa ?" soal Adelia lagi.

"Sebab kau tanya aku kan sama ada aku suka kau ke tak ? -" jawab Syariff.

"Kau suka aku ke tak ?" soal Adelia. Syariff terdiam , belum sempat dia habis bercakap Adelia sudah menyoalnya lagi.

"Aku tak habis cak-"

"Kau suka aku ke tak ?" soal Adelia lagi.

Syariff diam tidak membalas. Wajah Adelia dipandangnya tanpa sebarang suara.

"Aku tak tahu aku suka kau ke tak tapi aku tahu aku rasa kosong bila kau tak ada. Macam hari ni kat sekolah." kata Adelia pada Syariff. Bersinar mata Syariff mendengar luahan Adelia.

Adelia merenung Syariff yang masih diam membisu.

"Aku suka kau sejak kali pertama kita jumpa." jujur Syariff. Terbeliak besar mata Adelia.

"Tipu." kata Adelia.

"Betulah , kalau tak , tak ada maknanya aku nak tolong kau lari dari Linda." terang Syariff.

"Tapi bila aku tahu siapa kau , aku sedar yang aku tak layak. Kau Puteri Raja aku ni -"

"Untuk maklumat kau , ikutkan perkahwinan aturan keluarga aku. Nama keluarga kau ada dalam calon bakal suami aku so ada harapan , jangan give up." laju sahaja Adelia memotong kata-kata Syariff. Tergelak kecil Syariff mendengar kata-kata selamba Adelia.

"Aku tak handsome." kata Syariff lagi.

"Siapa cakap !?" soal Adelia dengan teriakan kecil.

"Kau lah. Panggil aku nerd." balas Syariff.

"Tu sebab kau pakai spek tebal. Kau hensem okay , aku baru tengok muka kau tanpa spek tadi dah cair kau tahu." kata Adelia dengan beria-ria.

"Amboi ! Kalau kau tak tertengok tadi , tak ada maknanya lah kau layan aku macam sekarang ? Entah-entah terus reject aku on the spot." balas Syariff.

"Banyak lah kau ! Dah dah dah jom keluar , kita tengok movie. Semalam kau ajak aku tengok movie kan tapi tak jadi. So jom pergi hari ni , sambil tu kita make over diri kau. Kau sebenarnya hensem tapi spek yang kau pilih serta gaya kau yang tak stylo ni buatkan saham kau jatuh mendadak." komen Adelia panjang lebar.

"Keluar ? Kira ni first date kita as couple ?" soal Syariff.

"Ada aku kata kita ni couple ke ?" soal Adelia dengan nada serius.

"Aku suka kau , kau suka aku. Tak ke couple ?" soal Syariff.

"Ermm tapi aku lebih selesa kita yang sekarang." balas Adelia. "So tak nak declare kita ni couple ?" soal Syariff.

"Aku tak nak kita berubah." jujur Adelia.

"Kita tetap sama cuma aku dan kau level up sikit." balas Syariff. Comel pula dia melihat reaksi Adelia yang tidak mahu hubungan mereka yang sudah selesa berubah hanya kerana mereka dah couple.

"Bila kita nak keluar ?" soal Adelia.

"Malam ni aku jemput kau. Aku rasa aku tak nak tengok movie laaa tapi aku nak bawa kau ke tempat favourite aku." kata Syariff.

"But stil kita kena keluar shopping. Aku akan buat saham kau naik mendadak di sekolah." kata Adelia dengan yakin.

"Nerd , bak telefon kau jurp." pinta Adelia.

"Untuk apa ?" soal Syariff tetapi dia hulurkan juga telefonnya. "Nombor pin." kata Adelia pada Syariff apabila dia cuba membuka telefon Syariff. Baru sahaja dia hendak menyerahkan telefon itu kepada Syariff untuk unlock-nya , Syariff terlebih dahulu memberitahu nombor pin dia.

"0202" kata Syariff.

"Your birth date ?" teka Adelia. Syariff mengangguk.

"Birthday kau bila ?" soal Syariff. Dia perhatikan sahaja Adelia membuka contact-nya. Dilihatnya gadis itu mendail nombor telefon seseorang.

"September 13." tidak lama selepas itu , bunyi telefon Adelia berbunyi. Dia memulangkan semula telefon Syariff. "Tu nombor aku." kata Adelia pada Syariff.

"Ha'a lah ! Kita tak pernah tukar nombor." kata Syariff sebaik sahaja menyambut telefonnya.

Adelia segera menyimpan nombor Syariff di dalam fonnya. Sengaja nama Syariff disimpan sebagai 'Nerd' di dalam fonnya.

"Okay lah , jumpa malam ni. Aku balik dulu." pinta Adelia.

"Alright." balas Syariff.

"Pastikan baju stylo sikit." pesan Adelia lagi. "Patik menurut perintah , tuanku." balas Syariff. Ketika Adelia sudah bangun untuk keluar dari rumah ini , Syariff juga turut serta. "Tak payah lah ikut." kata Adelia pada Syariff.

"Tak apa , aku hantar kau sampai ke kereta." balas Syariff.

Adelia tidak menolak , dia biarkan sahaja Syariff turut serta. Adelia melambai ke arah Syariff sebelum melangkah masuk ke dalam maybach. Kereta maybach perlahan-lahan mula menghilang dari pandangan , semua pekerja rumah agam itu seakan perasan akan perubahan mood tuan muda mereka. Mereka dapat rasakan aura pelangi disebalik senyuman lelaki itu.






×××
BUDAK NERD BUKAN SEBARANG NERD 🤓

DO VOTE & KOMEN ✨✨

THANK YOU FOR SUPPORT KORANG ! DAHH 400+ VIEWS

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now