75 - sibukk !

12.5K 737 10
                                    

Tariff termenung melihat kolam hiasan ikan. Sesekali tangannya dicelup ke dalam kolam hiasan itu. "Dah nak dekat sebulan kat KL.. Babah tak ingat lagi." keluh Tariff.

"Tariff.." suara Syariff memanggil Tariff menyedarkan dirinya yang termenung. Tariff menoleh ke arah Syariff yang tersenyum sambil membawa tray sarapan pagi.

"Babah ada buat breakfast. French toast with a lots off honey.. " kata Syariff dengan teruja.

Tariff berlari anak ke arah Syariff. Dia mengambil tempat di meja kopi. "Lunch nanti kita pergi set mamma. Kita ambil mamma then kita lunch sekali." kata Syariff.

"Okayy.."

"Kenapa ni ?"

"Tak ada apa-apa."

"Haih , babah kenal lah anak babah.. Apa pula tak ada apa-apa. Cuba cakap kenapa ?" soal Syariff dengan bersahaja.

Tariff memandang ke arah Syariff sebelum melepaskan keluhan kecil. "Macam orang tua mengeluh !" komen Syariff.

"Babah bila nak ingat Tariff ?" soal Tariff dengan bibir muncung. Tergelak Syariff melihat riak wajah Tariff.

"Tariff rasa babah tak ingat Tariff lagi ke ?" soal Syariff.

"Yelah , babah tak cakap pun babah ingat ke tak." Balas Tariff.

"Kena cakap ke?"

"Kenalah.."

"Babah kata babah buatkan breakfast french toast dengan banyak madu." Kata Syariff.

"Apa babah ni ? Tariff cakap lain babah cakap lain. Mana boleh." Balas Tariff dengan geram.

"Betulah.. Babah cakap babah buatkan breakfast special untuk Tariff." Kata Syariff dengan bersungguh-sungguh.

Tariff menjeling tajam ke arah Syariff sebelum menyuap french toast ke dalam mulutnya.

"Babah jahat !" Kata Tariff selepas satu suapan. Tersentak Syariff.

"Babah ni suka nak buat Tariff fikir ! Cakap jelah babah dah ingat !" Luah Tariff sebelum dia mula menangis. Tergelak Syariff melihat Tariff yang sedang mengunyah sambil menangis.

"Sedap ?" Soal Syariff.

"Sedap." Jawab Tariff sambil kepalanya terangguk-angguk.

Syariff menyeka air mata Tariff. Dia mencium pipi si kecil Tariff. "Anak babah ni manja !" Kata Syariff.

"Tariff ada babah and mamma jer.. Dah tu Tariff nak manja dengan siapa if bukan dengan babah and mamma ?" Balas Tariff.

Syariff memandang ke arah Loki yang berdiri tidak jauh daripada mereka dua beranak. "Manja dengan loki." Jawab Syariff.

Tariff memandang ke arah Loki yang tersenyum ke arahnya. "Loki lain , Loki suka suruh buat tu buat ni... Sampai Tariff penat !" Kata Tariff.

Loki yang berdiri tidak jauh jadi takut Tuan Syariff salah faham dengan ayat Tariff. Bila masa dia menyuruh Tuan Muda Tariff !!? Dia memandang ke arah pasangan ayah dan anak dengan muka tidak percaya.

Syariff mencubit geram pipi Tariff. "Jangan nak buli Loki , Tariff." Tegur Syariff. Kesian dia tengok Loki yang pucat tak ada darah.

Tariff tersengih kecil. Dia memandang ke arah Loki. "Saja je nak bergurau." Kata Tariff kepada Loki yang berdiri tidak jauh.

"Jangan main-main tuan muda... Naya saya kalau orang salah faham." Kata Loki dengan risau.

"Minta maaf Tariff." Tegur Syariff.

Tariff memandang ke arah Loki. "Sorry." Ucap Tariff. Syariff masih lagi menjeling Tariff seperti ingin memberitahu dia tidak suka cara Tariff minta maaf.

Tariff memandang ke arah Loki. "Saya minta maaf , Loki." ucap Tariff. Barulah Syariff mengukirkan senyuman kecil.

"Babah , mamma tahu tak babah dah ingat ?" soal Tariff.

"Belum."

"Kita prank mamma nak ?"

"Macam mana ?"

"Babah act jelah macam biasa after babah kahwin but jangan bagitahu mamma sampai mamma teka sendiri. Mamma tanya baru babah bagitahu." cadang Tariff.

"Lambat lah mamma nak tahu.." balas Syariff.

"Masa babah tak ingat babah kan ber saya awak.. Masa babah ingat babah and mamma kan bersayang abang." kata Tariff.

"Sibuk lah budak kecil ni." balas Syariff.

"Babah , romantik la sikit. Masa babah koma  , ramai tau yang nak ngurat mamma." kata Tariff lagi.

Syariff memandang Tariff dengan tidak percaya. "Tipu."

"Betulah , buat apa Tariff nak tipu babah ?"

"Tengoklah."

"Romantik sikit tau babah."

"Ye , tahu.."

"Jangan malu-malu.. Nak anggap Tariff tak wujud pun tak apa." kata Tariff lagi.

Syariff menyumban potongan french toast ke dalam mulut Tariff. "Dah , jangan nak sibuk hal orang tua." tegur Syariff. Tersengih Tariff.











×××

Excited betul Tariff !

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now