47 - Adel

14.9K 757 8
                                    

Adelia tiba di Malaysia tanpa Syariff di sisi. Keluar sahaja dari pintu balai ketibaan , kelihatan Vince dan beberapa bodyguard istana sudah menanti akan kehadiran dia.

"Tuanku." tegur Vince.

Vince terus mengambil beg tarik di tangan Adelia.

"Kita nak ke mana tuanku ?" soal Vince.

"Balik. Malam ni ada shooting."

"Baiklah , tuanku."

Adelia melihat bodyguard di kiri dan kanannya. "Vince , sejak bila pula kita ada ramai bodyguard ?" soal Adelia.

"Ni arahan baginda sultan dan juga ayahanda tuanku." kata Vince.

"Tak perlu pun semua ni."

"Tak boleh tuanku , ni arahan—"

"Kalau macam tu please suruh bodyguard undercover. Saya tak suka terang-terang." arah Adelia.

"Baik tuanku."

Vince membukakan pintu kereta di bahagian belakang untuk Adelia.

Malam itu , pukul 8.30 malam Adelia dan Vince sudah bertolak ke set pengambaran. Ketika mereka tiba di set , Adelia terkejut melihat layanan yang diterimanya.

"Tuan puteri !"

"Tuan Puteri Adelia."

"Puteri."

Crew - crew dan artis yang berada di situ semua mula berdiri dan menyambut ketibaannya. Masing-masing tidak tahu panggilan apa yang sesuai untuk panggil Adelia.

Tapi , ada juga muka yang pelik melihat reaksi orang ramai terhadap Adelia. Adelia membalas dengan senyumannya. "Tak perlu nak puteri puteri sangat. Just macam biasa , Adel." kata Adelia.

"Adel nak apa ? Ah , apa kata Adel duduk dulu. Scene Adel lambat lagi. Adel nak apa-apa bagitahu kami." kata crew - crew yang bertugas.

"It's okay , saya dan manager saya boleh uruskan sendiri." tolak Adelia dengan lembut.

"Selamat pengantin baru , Adel." ucap salah seorang daripada mereka sebelum semua mula mengucapkan benda yang sama.

"Terima kasih semua."

"Semoga bahagia ke anak cucu." ucap yang lain pula.

"Terima kasih , Insya -Allah. Amin." balas Adelia.

Adelia mengambil tempat berdekatan beberapa orang artis. Artis di sisinya langsung tidak berani untuk bersuara sebaik sahaja dia turut serta. "Kita masih macam biasakan , Ika ?" soal Adelia pada pelakon wanita di sisinya.

"Huh ?" Ika tersentak.

"Kita masih kawan kan ?" soal Adelia.

"Kenapa pula kita tak kawan ?" soal Ika pula.

"Dah tu , kenapa kau senyap je ?" soal Adelia.

"Mana ada , aku cuma ambil feel duduk sebelah puteri raja." kata Ika. Adelia tergelak kecil mendengar balasan Ika. Nampaknya Ika dah jadi dirinya semula.

Adelia melihat artis yang lain , mereka juga turut tertawa dengan kata-kata Adelia. Masing-masing mula menyelesakan diri mereka. Walaupun Adelia adalah puteri diraja tetapi Adelia tetap sama dengan Adel yang mereka kenal. Masing-masing mula berbual seperti biasa.

"Kenapa aku tak nampak Baiduri , Ika ?" soal Adelia.

"Entah , aku dengar dari crew dia ambil cuti atas alasan hal personal. Maybe , dia tahu kau ambil cuti dia pun ambil cuti juga." kata Ika secara berbisik.

"Tak balik lah kau." tegur Adelia.

"Tak baik apa , dia tu memang ular lah wey." balas Ika.

Adelia melepaskan keluhan kecil. Banyak juga erh masalah si Baiduri tu dengan artis - artis senior.

"Ni , dia tahu tak aku dah masuk kerja ?" soal Adelia lagi.

"Entah , agensi try contact dia dengan manager dia but tak dapat." balas Ika , memandangkan dia dan Baiduri satu agensi so adalah serba sikit dia tahu fasal Baiduri.

Ketika mereka berdua sibuk berbual , kedengaran suara pengarah mula bising dengan crew-crew yang bertugas.

"Siapa approvekan cuti dia !? Kan aku pernah cakap pada yang lain , kalau personal bagitahu aku terus apa masalah dia. Ni , banyak part dia terpaksa tunda ! Ingat dia watak kecil ke ha !!?" terkejut Ika dan Adelia mendengar amukan pengarah.

"Kenapa tu ?" soal Adelia pada crew yang berdekatan dengan mereka.

"Pengarah baru tahu Baiduri ambil cuti. Dia bengang sebab dia tak approvekan pun cuti untuk Baiduri. Bila call tak berangkat pula." cerita salah seorang crew.

"Mampus lah , mood pengarah tak baik , habis satu dunia terpalit sekali." kata Ika.

Siapa tak kenal pengarah Fazi , masa dia minta cuti nak kahwin pun dia call and bagitahu kenapa kahwin mengejut pada pengarah Fazi. Itu pun dia minta maaf sebab tak dapat jumpa lelaki itu secara personal.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pagi di Hawaii , Aida terkejut melihat panggilan tak berjawab di telefonnya. Lebih dari 30 panggilan tidak berjawab.

"Baiduri , semua call datang dari pengarah Fazi." kata Aida dengan risau. Terkejut Aida saat melihat Baiduri dengan tidak rasa serba salahnya mencalitkan make up di wajahnya.

"You tak takut ke ?" soal Aida.

"Apa je pengarah tu boleh buat ? Paling teruk pun dia membebel je kan ?" balas Baiduri dengan selamba.

Aida tergamam.

"I dah nak turun breakfast , you tak nak ikut ke ?" soal Baiduri.

"Tunggu jurp."

"Alright."

Baiduri melihat Aida yang mula melangkah masuk ke dalam tandas untuk bersiap.

"Apa patut aku bagi alasan ?" bisik Baiduri dalam hati. Dia mula melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Sengaja dia membuat muka sedih. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman sinis.

"Ni Baiduri lah , kalau si Adel tu boleh buat. Aku pun boleh buat."








×××

Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now