55 - Berangkat ke Malaysia

15.6K 802 9
                                    

Adelia melihat Syariff yang menemaninya ke klinik untuk membuat pemeriksaan sama ada dia mengandung atau tidak. Syariff memandang ke arah Adelia yang senyap sahaja sejak mereka tiba di klinik pagi ini.

"Kenapa ni ?" soal Syariff.

"Saya takut saya tak pregnant." luah Adelia.

"Kita ada banyak masa lagi untuk cuba lagi." balas Syariff. Belakang Adelia diusap lembut. Memujuk agar isterinya bertenang.

Adelia mencapai majalah yang terletak si rak majalah tidak jauh daripadanya. Dia mengambil majalah Keluarga , terpampang jelas gambar perkahwin mereka suami isteri.

"Awak tengok ni , gambar kahwin kita. Majalah bulan lepas." tunjuk Adelia.

"Mana dorang dapat gambar kita ?" soal Syariff pula. "Saya share gambar kahwim kita and vlog perkahwinan kita bulan lepas. Tak sangka pula masuk majalah keluarga." terang Adelia.

"Awak puteri raja kan mestilah tersebar meluas fasal kita." balas Syariff. Dia memerhati Adelia menyelak muka surat perihal mereka.

'Ira Adelia mengaku sudah bertunang sebelum ini.'

'Ira Adelia tidak pernah menyembunyikan mengenai status dirinya selama ini'

'Pasangan sama cantik sama padan.'

Tersenyum Adelia membaca isi kandungan perihal mereka. Selain gambar perkahwinan mereka turut ada gambar yang jadi viral di Malaysia semasa dia makan malam dengan Syariff dan juga gambar dia di red carpet dengan Syariff.

"Saya ingat tak ramai kisah fasal saya kahwin." kata Adelia.

Syariff tergelak kecil.

"Puteri Diraja Lusia iaitu artis Malaysia telah berkahwin. Tak ke tu berita meletup !" kata Syariff.

"Tapi kenapa tak ada siapa nak interview saya ?"

"Saya yang suruh Vince tolak. Tu privasi kita , if kita nak share , tak payah tunggu wartawan , kita sendiri yang share." kata Syariff.

Adelia tidak pula marah , dia tahu apa yang Syariff buat adalah untuk kebaikan dia juga.

Bunyi pintu bilik doktor dibuka. Terjengul wajah jururawat yang bertugas. "Adelia Humaira." panggil jururawat itu.

"Jom." kata Syariff. Dia terlebih dahulu bangun dan memimpin tangan Adelia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adelia melangkah masuk ke dalam bilik doktor itu bersama alat pengesahan kehamilan.

Positif.

Dia menghulurkan alat itu kepada doktor yang bertugas. Dia memandang ke arah Syariff di sisi. Syariff turut tersenyum.

Doktor itu mula bertanyakan hari terakhir dia period dan sebagainya. Tidak lama selepas itu dia memberikan sedikit nasihat untuk mereka berdua. Tambahan pula , anak sulung maka semuanya masih baru masih nak berlajar.

"Terima kasih doktor." ucap mereka berdua serentak.

Syariff menggenggam erat tangan Adelia sepanjang melangkah keluar dari klinik. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Syariff menarik Adelia ke dalam pelukannya. "Thank you , Lia. Thank you,  sayang. Ya Allah , terima kasih Ya Allah." ucap Syariff dengan bersungguh-sungguh.

"Sayang , nanti saya jadi babah ! Saya jadi babah dan awak jadi mama !" kata Syariff dengan teruja. Tergelak Adelia melihat telatah Syariff. Syariff menyentuh lembut perut Adelia.

"Anak babah ni kecil lagi baru 6 minggu. Tak sabar nak tunggu anak babah ni keluar." kata Syariff lagi. Adelia meletakan tangannya di atas tangan Syariff.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now