58 - Recharged

13.7K 773 12
                                    

Adelia melihat Syariff yang sibuk menekan laju setiap papan kekunci laptop. Sesekali dia menjeling ke arah fon Syariff yang menunjukan satu panggilan daripada unknown asyik menelefonnya.

"Awak tak nak angkat ke ?" soal Adelia. Bukan Adelia sahaja tertanya , Hazreeq pun sama.

Syariff menggunakan tangan kirinya untuk mengangkat dan set kepada pembesar suara.

"Tuan Syariff. Kami perlukan tuan sekarang." tak menyempat langsung pihak sana memberi salam , terus ke point utama.

"Tak perlu." balas Syariff.

"Tuan Syariff , pertahanan kita di dalam cyber dalam keadaan darurat. Hacker berjaya memecah masuk pertahanan kita. Kami perlukan tuan , kami tak berjaya halang hacker tersebut." terang pihak sana dengan serius.

Syariff tidak membalas. Matanya masih fokus pada laptop. Selepas menekan enter. Syariff mengangkat telefonnya dam set kepada mode biasa. Dia meletakan telefon ke telinganya.

"Saya yang pecah masuk pertahanan Lusia. Saya dah uruskan masalah security kita." kata Syariff.

"..."

"Saya akan balik ke Lusia sekarang. Kita akan tukar security system yang baru saya cipta. Sistem lama teruk !" kata Syariff. Dia memandang ke arah Hazreeq.

"Kali ini , takkan ada sesiapa boleh pecahkan lagi system security kita." kata Syariff dengan yakin. Hazreeq memandang Syariff bersama senyuman sinis.

"Bila tuan akan tiba di sini ?" soal pihak di sana.

"Malam ni."

"Baik , Tuan!" panggilan terus ditamatkan. Walaupun Syariff tidak terlibat dengan pihak tentera secara langsung tetapi dia terlibat secara tidak langsung seperti urusan pembekalan alatan tentera , latihan dan kesemua system security.

Anak Laksamana Amar Bakti dan cucu menantu Sultan Amirullah , cukup untuk membuatkan semua orang meletakan kepercayaan kepada Syariff Iman tetapi tanpa dua identiti itu sahaja sudah pasti semua orang percaya akan kelebihan Syariff Iman. Satu-satunya anak muda Lusia yang berjaya membuka Pertahanan Lusia dengan mencipta alatan tentera sendiri. Lusia betul-betul meletakan kepercayaan yang besar kepadanya.

Adelia memandang Syariff dengan muka tidak percaya. "Kenapa ?" soal Syariff.

"Awak balik Lusia ?" soal Adelia.

"Yup."

"Tiba - tiba ?" soal Adelia lagi.

"Tak. Saya memang nak balik."

"Tanpa bagitahu saya awal-awal ?" soal Adelia dengan muka tidak puas hati. Matanya juga sudah berkaca menahan emosi.

Syariff perasan akan intonasi Adelia yang sudah berubah. Dia memandang Adelia , terkejut dia apabila mata mereka bertentangan.

Hazreeq yang melihat situasi abang dan kakaknya sedar yang dia tidak sepatutnya berada di sini. Dia menoleh ke arah Laksamana Amar yang sedang mengambil air sejuk di peti sejuk.

"Uncle Amar , nenda macam panggil uncle je." kata Hazreeq.

"Baginda panggil uncle ?" soal Laksamana Amar. Tanpa menjawab pertanyaan laksamana Amar , Hazreeq mengangguk dan segera mengiringi laksama Amar ke ruang tamu.

Laila yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dapur juga turut ditariknya ke ruang tamu.

"Lia , family kita semua ada dekat sini. Tak baik gaduh depan dorang." pujuk Syariff.

"Ada awak bincang dengan saya ?" soal Adelia , dia langsung tidak pedulikan nasihat Syariff.

Syariff melepaskan keluhan kecil. Dia mengusap bahu Adelia. "Sayang , benda ni urgent. Saya kena balik juga." pujuk Syariff.

Adelia menepis tangan Syariff. "Kalau awak tak bagi Hazreeq laptop tu , benda takkan jadi macam ni kan ?" soal Adelia dengan mata yang berkaca.

"Kalau bukan Hazreeq mesti akan ada orang lain." balas Syariff. Dia menggengam erat tangan Adelia. "Awak jangan lah marah-marah macam ni. Tak baik untuk baby." pujuk Syariff lagi.

Adelia diam.

"Sayang.." panggil Syariff. Dia melepaskan keluhan kuat.

"Awak nak kerja , saya izinkan tapi saya nak pertahankan negara kita awak bising pula ?" soal Syariff apabila Adelia langsung tidak bersuara. Dia memandang Adelia dengan kecewa sebelum berlalu pergi bersama laptopnya.

Adelia tergamam. Dia bukan marah cuma dia terkilan Syariff langsung tak beritahunya awal-awal. Kalau idea itu muncul malam semalam sekalipun , dia boleh beritahu padanya bukannya dah nak pergi baru bagitahu.

Adelia melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Syariff sedang tidur di atas katil mereka. Lepas seharian berjaga , baru dia reti rasa ngantuk ?

Adelia mengambil tempat di sebelah Syariff. Wajah Syariff yang lena diusap sebelum dia mencium dahi Syariff. Baru sahaja dia nak bangun , Syariff memeluk pinggangnya.

"Sayang." panggil Syariff. Dia menarik Adelia agar menghadapnya.

Melihat wajah Adelia yang basah dengan air mata membuat Syariff tersedar sepenuhnya , dia mengelap lembut air mata yang tumpah. Dia menarik Adelia ke dalam pelukannya dan Adelia tidak menolak.

"Saya balik sekejap je , nak uruskan hal ni. Esok pagi saya balik ke Malaysia balik." terang Syariff.

"Saya tak suka awak bagitahu saya last minit." kata Adelia.

"Saya dapat idea nak balik ni pun pagi tadi."

"Awak boleh beritahu saya masa kita selesai subuh kan ? Or sebelum saya turun." balas Adelia.

"Yup , saya tahu saya salah. Sorry , kay." ucap Syariff.

"Esok awak dah start kerjakan ?" soal Syariff pula. Adelia mengangguk.

"Take care. Saya takut ada hal lain pula , if ada hal lain , lambat sikit lah saya balik." pesan Syariff.

"Okayy.."

"Nanti suruh Vince teman awak. Suruh dia tidur sini malam ni." pesan Syariff lagi.

"Awak pergi petang ni , esok pagi balik kan ? Jangan risau lah , pandai lah saya jaga diri." balas Adelia.

"Alright , now-" Syariff menarik Adelia agar baring bersamanya. Dia memeluk erat tubuh Adelia.

"-Teman saya tidur." kata Syariff. Matanya sudah terpejam. Adelia tergelak kecil. "Tidur sambil recharge ?" soal Adelia.

"Recharge untuk sepanjang di Lusia." sambung Syariff.








×××
Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now