21 - Jemput keluarga diraja

14.9K 799 17
                                    

Syakila memandang ke arah Adelia yang tersenyum kepada beberapa orang staff yang menegur dan berbual pada Adelia tentang peminatnya yang baru sahaja hantarkan hadiah tadi. Sakit mata dia melihat senyuman yang terukir di bibir Adelia.

"Berapa kau bayar untuk perempuan tadi belakon ?" soal Syakila ketika Adelia berjalan melepasinya. Vince tersenyum sinis mendengar soalan Syakila.

"Kau ni memang tak ada kerja erh selain nak mengacau Adelia ?" soal Vince dengan bengang. Adelia memberi isyarat mata agar Vince tidak masuk campur urusannya dengan Syakila.

"Kau setakat manager je baik diam." kata Syakila pada Vince. Terbuntang biji mata Vince , ingin dijahit mulut perempuan tu. Sedar tak orang yang dia cuba cari gaduh ni adalah Puteri Diraja Lusia !!

"Saya bayar peminat saya dengan kasih sayang saya. Cik Syakila boleh cuba cara saya , mana tahu esok ada yang datang ke set untuk hantar hadiah kepada Cik Syakila." kata Adelia sebelum melangkah pergi.

Terdiam Syakila saat mendengar jawapan Adelia. Tidak sempat dia hendak menjawab , Adelia sudah pergi meninggalkan dia yang terpinga-pinga. Minah ni kan , memang kurang ajar betulah ! Langsung tak ada hormat !!

"Muiz !!" panggil Syakila. Berlari manager Syakila saat namanya dipanggil.

"Ada apa Sha ?" soal Muiz.

"I nak balik."

"Tapi kita ada shoot lepas ni."

"I tak kira I nak balik. I tak ada mood !" pekik Syakila. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Muiz disitu. Muiz menjadi hilang arah saat Syakila sudah pun bangun untuk pergi. Dia segera berlari mendapatkan pengarah untuk mencipta alasan bagi pihak Syakila.

Adelia dan Vince memandang ke arah Syakila dan Muiz tanpa rasa kasihan. "Tak ada mood je balik , tak ada mood je balik. Gedik ." kata Vince.

"Tuanku , tuanku nak biarkan sahaja ke dia buli tuanku ? Saya tak sabar betul nak jatuhkan hukuman penjara pada dia kerana biadap dengan tuanku. Baru padan muka dia." bebel Vince. Tergelak Adelia dibuatnya.

"Vince , tak best lah kalau saya bagitahu dia siapa saya. Saya lagi suka macam ni , lepas tu bila dah puas dorang lenyek-lenyek saya.. Tahu lah apa saya nak buat." kata Adelia dengan maksud yang mendalam. Vince memandang ke arah Adelia. Takkan sampai macam tu sekali tuanku termendalami watak 'farah' ? Soal Vince dalam hati apabila dia dapat merasakan aura jahat daripada Adelia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada pagi keesokanharinya , Vince mendapat panggilan daripada pelayan Istana mengatakan yang Putera Wafiq sekeluarga dalam perjalanan untuk ke Malaysia. Dijangka keluarga diraja akan tiba di KLIA sekitar pukul 6 petang.

Dikatakan lagi mereka mahu Adelia menjemput mereka dan terus bergerak ke hotel di mana mereka akan makan malam bersama di situ.

Vince terus berlari ke tingkat atas rumah teres itu. Pintu bilik Adelia diterjah masuk , dilihatnya Adelia masih terbongkang lagi di atas katil walaupun jam sudah menunjukan pukul 10 pagi.

"Tuanku ! Tuanku ! Bangun Tuanku !" kejut Vince.

"Apa Vince ?" soal Adelia dengan malas.

"Tuan Putera dalam perjalanan ke Malaysia." kata Vince. Terus terbuka luas mata Adelia.

"Pukul berapa ?" soal Adelia.

"6 petang. Mereka mahu tuanku menjemput mereka serta makan malam bersama mereka." kata Vince lagi.

Adelia kembali memejamkan matanya. "Alah , lambat lagi pukul 6." kata Adelia.

"Tuanku , masalahnya kali ini kedatangan mereka ke Malaysia turut melibatkan urusan politik maka secara tak langsung pihak media turut ada di KLIA." kata Vince dengan risau.

Terbeliak biji mata Adelia mendengar kata-kata Vince. "Papa memang sengaja !" kata Adelia dengan tidak percaya.

"Maksud tuanku ?" soal Vince.

"Saya ada buat perjanjian dengan papa yang kalau sesiapa tahu yang saya ni Puteri Diraja Lusia , saya kena balik ke Lusia. Semua dah tertulis dalam surat perjanjian antara saya dan papa." terang Adelia.

"Macam mana ni tuanku ?" soal Vince dengan risau.

"Macam mana apa lagi. Macam tu la." balas Adelia.

Ternganga Vince melihat wajah selamba Adelia , tadi punya lah risau sekarang takkan tenang sahaja sang puteri ini ?

Adelia merenung lama ke arah syiling kosong. Tiba-tiba wajah seseorang melintasi di fikirannya. Dia segera mencapai telefonnya dan menghubungi seseorang.

"Hello , Riz." tegur Adelia.

Mata Vince terbeliak besar saat mendengar nama yang disebut oleh Adelia. Riz ? Fariz !? Pelakon yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia , pelakon yang tak habis-habis cuba menggangu Puteri Adelia untuk mendapatkan cinta Puteri Adelia ?

"Adelia , tak ada angin tak ada ribut. Kenapa call saya ?" soal Fariz dari hujung sana. Kembang tekak Adelia apabila mendengar lelaki membahasakan 'saya' 'awak'.

"Aku call kau nak ajak kau keluar jemput orang penting dari Lusia. Kau nak ikut tak ?" ajak Adelia.

"Orang penting dari Lusia ? Pukul berapa ?"soal Fariz.

"Pukul 6 petang." jawab Adelia.

"Bukan ke pukul 6 petang keluarga diraja Lusia sampai Malaysia ?" soal Fariz.

"Ha'a."

"Mesti ramai orang kat KLIA tu. Tak silap saya putera raja Lusia tu popular di kalangan orang kita. Apa nama dia , Putera.. Haziq ?"

"Putera Hazreeq Zaith !" laju sahaja Adelia membetulkan kesalahan Fariz. Nama adik aku tu. Bisik Adelia dalam hati.

"Nak join ke tak nak ni ?" soal Adelia dengan malas.

"Nak nak nak. Dengan awak , apa sahaja saya sanggup." kata Fariz. Laju sahaja dia setuju.

"Okay , jumpa dekat KLIA pukul 5.30 petang." panggilan terus diputuskan oleh Adelia.

Vince memandang ke arah Adelia untuk kepastian. Betul ke dia call Fariz ? Lelaki yang tergilakan Adelia.

"Saya call Fariz." kata Adelia.

"Kenapa ?" soal Vince.

"Saya akan datang dengan dia untuk jemput papa dan yang lain. Nanti pandai-pandai lah saya kata kami datang ke sini mewakili industri lakonan. Jika Fariz adan, tak ada lah nampak saya menipu sebab keluarga Fariz kan terlibat dengan politik-politik ni semua." terang Adelia.

"So secara tak langsung , saya dapat meraih perhatian Malaysia dan juga selamatkan identiti saya dari di bocor." kata Adelia lagi.

Jika dia pergi seorang diri , dia akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang Malaysia. Tak fasal-fasal mereka cuba menyelidik identitinya dan kemudian bocor rahsia yang dia adalah Puteri Diraja Lusia.

Dia lebih rela pergi ke KLIA dengan Fariz dari perkara buruk terjadi.

"Makan malam nanti Fariz akan join juga ke tuanku ?" soal Vince.

"Semestinya tidak."

"Jadi ? Kalau dia ikut sekali kita jemput Tuan Putera dia pasti akan ikut sehingga ke hotel." kata Vince.

"Tu , nanti saya pandai-pandai lah uruskan." balas Adelia.

Vince melepaskan nafas lega. Dia percayakan Puteri Adelia.












×××

Sorry sebab tiada update semalam.
Do vote & komen ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now