49 - Cemburu

15.1K 793 21
                                    

Jam sudah masuk pukul 4.00 pagi  tetapi set pengambaran masih lagi sibuk dengan shooting. Masing-masing sudah penat tapi kerja untuk hari ni perlu juga dihabiskan.

Adelia duduk perhatikan sahaja artis lain melakonkan scene mereka dari khemah menunggu. Scene dia adalah scene yang terakhir untuk hari ni.

Sekali sekala dia menguap , penat.

"Tuanku , Tuan Syariff dah tiba di Malaysia." kata Vince. Adelia menoleh ke arah Vince bersama renungan maut.

"Tuanku ?"

"Tuanku , memandang semua dah tahu perihal kita , saya akan panggil tuanku dengan panggilan tuanku cuma saya tidaklah terlalu formal dengan tuanku." terang Vince.

Adelia masih lagi merenung Vince dengan tidak puas hati.

"Ke tuanku nak patik formal sepenuhnya ? Maafkan patik tuanku." kata Vince lagi.

Adelia melepaskan keluhan kecil.

"Tak payah nak berpatik dengan saya." balas Adelia. Sebenarnya , dia juga tak nak Vince memanggilnya tuanku bagai.

"Menjunjung perintah tuanku." balas Vince. Bila Vince sedar yang semua orang dah tahu siapa Adelia , langsung tidak sembunyikan character kundangnya.

"Fon saya mana ?" soal Adelia.

"Tadi masa saya tengah sibuk-sibuk tadi ada crew yang tolong pegangkan." kata Vince.

"Vince !! Kamu tahukan saya tak suka beg saya kat tangan orang lain." marah Adelia.

"Ampun tuanku." Vince terus berlari mendapat hand bag Adelia. Handbag Adelia terletak cantik di atas meja crew bertugas.

"Tuanku." panggil Vince. Dia menyerahkan beg itu kepada Adelia.

Adelia menjeling tajam ke arah Vince. Dia memeriksa begnya. Nasib baik semua masih ada , erh ?

Adelia melepaskan keluhan kecil.

"Kenapa tuanku ?" soal Vince.

"Sebab kamu lalai tinggalkan beg saya ke orang lain dah ada orang try nak frame saya sebagai pencuri !" marah Adelia.

"Siapa ?" soal Vince.

Adelia membawa keluar gelang emas yang tiba - tiba ada dalam begnya macam magic. Tak tahulah nak kata pemiliknya bodoh ke bengap.

"CUT !!"

Adelia menoleh ke arah artis yang baru sahaja selesai melakonkam scene mereka. Dia berjalan mendekati Baiduri. Tangan Baiduri dipegangnya , dia memakaikan gelang itu ke pergelangan tangan Baiduri.

"Gelang ni arwah atuk yang bagikan ? Simpan lah elok-elok , tak baik guna hadiah arwah untuk frame orang lain." kata Adelia dengan sinis.

Baiduri tersentak. Dia melihat gelang yang berada di pergelangan tangannya.

Dia menarik dengan pantas tangannya dari pergangan Adelia. Wajah Adelia ditenung dengan geram. "Sabar aku kat kau pun ada limit tau , baik kau jangan uji kesabaran aku." bisik Adelia. Dari jauh kelihatan seakan dia memeluk tubuh Baiduri. Kemudian , dengan lembut dia mengusap pipi Baiduri sebelum dia berlalu pergi.

Baiduri menggenggam kuat penumbuknya. Macam mana dia tahu aku nak frame dia !?

"Baiduri , you okay ke ?" soal Aida saat melihat riak wajah Baiduri berubah sebaik sahaja bercakap dengan Adelia.

"Ikut aku." arah Baiduri.

Aida tergamam. Dia takut.

Langkah Baiduri terhenti saat dia sedar Aida tidak mengikut langkahnya.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now