42 - kawan

13.9K 889 26
                                    

Perkahwinan cucu sulung Sultan Amirullah Zaith menjadi perbualan semua warganegara Lusia , tidak lupa juga negara jiran. Puteri Diraja Lusia yang selama ini menjadi misteri buat rakyat negara jiran akhirnya tidak akan lagi menjadi misteri sebaik sahaja hari perkahwinan sang puteri itu berlangsung nanti.

Ramai tidak sabar untuk melihat rupa paras Puteri Diraja Lusia , mesti cantik seperti Puteri Kasih. Ramai wartawan dari negara lain dihantar untuk merakamkan saat bersejarah itu nanti.

"Vince , kamu dah ada semua senarai nama tetamu ?" soal Puteri Kasih , demi puterinya dia sanggup duduk semeja dengan kundang-kundang bagi memastikan perkahwinan puterinya berlangsung dengan jayanya.

" Dah , tuanku."

"Berapa ramai yang telah dijemput oleh Lia ?" soal Puteri Kasih.

"Hanya tiga orang rakan artis , tuanku." jawab Vince.

Terangkat kening Puteri Kasih mendengar jawapan Vince.

"3 orang je ?" soal Puteri Kasih.

" Ya , tuanku."

"Lia tak jemput ke kawan sekolah dia ?" soal Puteri Kasih.

"Tuanku lupa ke , kawan Puteri Lia hanyalah Puteri Intan dan Tuan Muda Syariff." kata Vince.

"Mana tak tumpahnya kuah , kalau tidak ke nasi. Macam ayah , macam tu lah anak dia. masing-masing tak bersosial langsung !" bebel Puteri Kasih sambal melihat senarai tetamu yang dijemput Adelia.

Adelia yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang permaisuri terkejut apabila namanya disebut oleh Puteri Kasih dan Vince. "Mom , ada apa ni sebut nama Lia ?" soal Adelia sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Puteri Kasih.

"Lia betul ke nak jemput tiga orang je ni ?" soal Puteri Kasih.

"yup."

"Lia , ni perkahwinan sekali dalam seumur hidup tau. Takkan tak nak sebarkan ke rakan-rakan lain ?" soal Puteri Kasih.

"Mom , kawan Lia yang lain tu semua plastic. Fake. Toxic friends. Kenapa Lia nak kena ajak mereka ?" balas Adelia.

"sekurang-kurangnya untuk bagitahu mereka yang Lia dah kahwin." nasihat Puteri Kasih.

Mendengar kata-kata Puteri Kasih membuatkan Adelia tersenyum sampai ke telinga.

"Mom , mom tak perlu risau. Lia memang nak satu dunia tahu Lia dah kahwin and Lia dah ada rancangan macam mana nak sebarkan perihal ni." kata Adelia sambil menjongkatkan kening kanannya.

"Apa rancangan tuanku ?" soal Vince. Senyum sampai ke telinga dia tengok , seram bukan main !

Adelia menunjukkan telefon di tangannya. "Tadaaaa..." katanya dengan teruja.

"Ni untuk ...????" Vince merenung ke arah Puteri Adelia begitu juga dengan Puteri Kasih.

"Saya akan spam instagram saya dengan gambar perkahwinan saya. Vince , saya nak awak cakap dengan agensi yang saya akan berkahwin dan saya akan secara ekslusifnya serahkan kepada agensi untuk publish video about my preparation in our official youtube channel..." kata Adelia dengan terangguk-angguk.

"Tuanku rasa mamat tu bagi ke ?" siapa yang dimaksudkan oleh Vince tak lain tak bukan Rayden Amar.

"Dia nak tolak beta ?" soal Adelia , sengaja dia menekankan sebutan beta. Vince tidak menyoal lebih.

"Patik menjunjung perintah tuanku." kata Vince. Sudah lama benar rasanya tidak menggunakan bahasa istana dengan Puteri Adelia. Lupa pula dia kepada aura diraja Adelia. Seram dia tak payah cakaplah.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now