31 - Your daddy

15.9K 945 34
                                    

Syariff menunggu Putera Wafiq di Perpustakaan Istana. Tiada siapa selain dia sahaja di perpustakaan istana. Sebaik sahaja dia diiringi ke perpustakaan , pelayan istana meminta diri untuk melakukan tugasannya.

Sesekali dia menjeling jam besar yang tergantung di dinding perpustakaan. Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan matanya memandang ke arah pintu utama.

Putera Wafiq melangkah masuk tanpa diiringi oleh pelayan peribadinya. Wajah Putera Wafiq langsung tidak menunjukan sebarang reaksi. Syariff berdiri tegak dalam keadaan senang diri. sebaik sahaja kelibat Putera Wafiq kelihatan.

Putera Wafiq memandang pelik ke arah anak muda di hadapannya. Syariff masih lagi berdiri walaupun Putera Wafiq sudah duduk.

"Jangan terlalu formal. Kita bukannya di majlis." tegur Putera Wafiq.

Syariff membalas dengan senyuman yang agak kekok. Dia tidak tahu hendak membalas apa.

"Duduk." arah Putera Wafiq.

"Tuanku , ada apa tuanku nak berjumpa dengan patik ?" soal Syariff. Putera Wafiq tertawa kecil.

"Tak perlulah kamu terlalu formal, Syariff. Saya ingin berjumpa dengan kamu ni pun sebagai ayah kepada Adelia Humaira. Bukannya Putera Diraja Lusia." kata Putera Wafiq , kali ini nada suaranya berubah serius.

Makin gugup Syariff.

"Kamu sebaya dengan Lia ?" soal Putera Wafiq.

"Ya , tuan— er.."

"Uncle." sapuk Putera Wafiq.

"Ya , uncle." jawab Syariff.

"Dah kerja ?" soal Putera Wafiq. Matanya melirik tajam ke arah Syariff.

"Dah. Syarikat saya merupakan pembekal alatan ketenteraan Lusia." kata Syariff dengan bangga. Dia tidak malu , dia bukan riak. Dia cuma bangga dengan hasil titik peluhnya selama ini. Berkat sokongan ahli keluarganya , dia berjaya sampai ke tahap yang ini dan Insya -Allah dia akan terus berusaha melebarkan sayapnya dan membangunkan nama Lusia.

"PL ?" soal Putera Wafiq. Dia tahu yang ketenteraan Lusia telah menukar pembekal ketenteraan mereka dengan sebuah syarikat pembekal tempatan.

"Ya , uncle. Pertahanan Lusia Berhad." kata Syariff.

"Saya tahu syarikat PL adalah sebuah syarikat tempatan dan baru sahaja ditubuhkan. Saya juga yang lihat sendiri demo setiap peralatan ketenteraan yang Lusia beli dari syarikat PL tetapi saya tak sangka pemilik syarikat itu adalah seorang anak muda yang masih boleh dikatakan baru sahaja menjejakan kaki ke alam dewasa." kata Putera Wafiq dengan kagum.

"Saya bangga dengan kamu , Syariff." kata Putera Wafiq lagi. Gembira tak terkata Syariff  dibuatnya.

"Congratulation." ucap Putera Wafiq. Syariff memandang Putera Wafiq untuk kepastian.

"Tak silap saya Malaysia telah menjadikan PL sebagai pembekal peralatan tentera mereka kan ?" soal Putera Wafiq.

"Owh.. Terima kasih , uncle."

"Jadi apa matlamat kamu  selepas ini ?" soal Putera Wafiq.

"Masih banyak lagi kajian-kajian baru yang ingin saya dan team saya kaji. Banyak peralatan-peralatan yang kami ingin cipta dan yang pasti banyak juga teknologi-teknologi canggih yang ingin kami cipta untuk pertahanan negara Lusia." kata Syariff dengan semangat yang membara.

Putera Wafiq boleh nampak akan kesungguhan Syariff dalam anak mata lelaki itu.

"Saya tunggukan kejayaan kamu yang seterusnya." balas Putera Wafiq.

Mereka berdua mula berbual , perbualan mereka mula berlanjutan. Putera Wafiq suka akan Syariff. Dia dapat lihat yang anak muda di hadapannya seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi , berwawasan dan mempunyai matlamat.

Bunyi ketukan di pintu perpustakaan mematikan perbualan mereka berdua. "Masuk." arah Putera Wafiq.

Adelia melangkah masuk ke dalam perpustakaan dengan muka masam. "Ni dah kenapa muncung ni ?" tegur Putera Wafiq.

"Berapa lama lagi papa nak culik Syariff ni ?" soal Adelia. Tergelak kecil Putera Wafiq dibuatnya. Syariff pula tersenyum kecil saat mendengar soalan Adelia. Ya Allah selambanya dia soal Putera Wafiq macam tu !?  Girlfriend siapa ni !? Bisik Syariff dalam hati. Nak gelak lebih-lebih tak boleh.

"Papa baru berbual dengan Syariff sekejap je takkan Lia dah rindu ?" soal Putera Wafiq.

"Bukan rindu. Risau je papa dera boyfriend Lia." balas Adelia dengan suara manjanya. Syariff terkejut. Ini juga adalah firstime dia melihat Adelia manja sebegitu sekali.

"Tak ada nya papa nak dera bakal menantu papa." balas Putera Wafiq. "Lia dengan Syariff masih tiada apa-apa hubungan yang sah. Jangan nak melebih-lebih kalau berdua." tegur Putera Wafiq.

"Pa , Insya -Allah benda tu takkan pernah terjadi. Lia ingat segala apa yang papa telah didikan Lia." kata Adelia.

Putera Wafiq bangun dari duduknya , dia mengusap kepala Adelia dengan penuh sayang. "Papa keluar dulu." kata Putera Wafiq. Sebaik kelibat Putera Wafiq hilang , Syariff memandang ke arah Adelia.

"Rindu ke ?" soal Syariff.

"Tak ada makna nak rindu. Risau je kau kena dera dengan papa. Lama sangat hilang." balas Adelia , hilang suara manjanya.

"Aku sukalah kau sekali sekala bermanja macam tu dengan aku. Comel je aku dengar suara kau tadi." kata Syariff.

"So ?"

"Cuba bila kau nak minta sesuatu kat aku , cakap macam tu dengan aku. Comel sangat !" puji Syariff lagi. Tergelak Adelia.

"Maaf , kecomelan saya hanya untuk keluarga saya. Awak bukan keluarga saya encik Syariff." balas Adelia.

"Ye ke saya bukan keluarga awak ?" soal Syariff.

"Yelah !"

"Dah tu kenapa awak nampak comel sangat sekarang ni Adelia ?" soal Syariff.

Adelia kehilangan kata ? Comel ? Dia langsung tidak menggedik comel pun bila bercakap dengan Syariff. "Apa kau mengarut ni !? Dah lah , jom keluar. Abah kau dah nak balik. Dia cari kau tadi." kata Adelia. Dia berjalan meninggalkan Syariff.

"Adelia..." panggil Syariff.

Adelia menoleh.

"Apa ?"

"Kita ubah panggilan kita nak ?" ajak Syariff.

"Kepada ....?" soal Adelia.

"Untuk sekarang saya awak.." kata Syariff. Adelia memandang ke arah Syariff lama. Dia masih memikirkannya. Dia tak nak keselesaan hubungan mereka berubah hanya kerana hubungan mereka berubah.

"Saya setuju... Tapi apa maksud awak untuk sekarang ?" soal Adelia. Berbelit jugalah lidah nak bersaya - awak.

"After kahwin—" Syariff menghampiri Adelia. Dia mula berbisik sesuatu di telinga Adelia.

"I'm your daddy." bisik Syariff dengan nada sexy.

Terbeliak besar mata Adelia. Dia menolak jauh tubuh Syariff.

"AAHHH AHHH AHHH !!! TAK DENGAR TAK DENGAR TAK DENGAR." kata Adelia sambil menutup telinganya dengan telapak tangan secara berselang seli sebelum berlari keluar dari perpustakaan.

Tergelak Syariff melihat reaksi Adelia. Dia juga perasan pipi Adelia sudah merah menahan malu. Tahu malu juga rupanya , ingat tak reti malu ! Terbahak-bahak Syariff mengetawakan Adelia.








×××

Jangan lupa tinggalkan vote 💕💕

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now