62 - Abang

14.1K 704 1
                                    

"Sayang , kan saya dah kata jangan buat kerja."

"Sayangku Adelia. Boleh tak duduk diam. Nak apa - apa minta je kat saya."

"Ya Allah sayang , kenapa tak makan lagi ? Nanti anak babah dalam ni lapar macam ni ?"

"Sayang.."

"Sayang..."

Ya Allah , naik pening Adelia mendengar suara Syariff yang sibuk memanggilnya. Semenjak mereka di Lusia , Syariff sudah mengambil cuti. Sepanjang Syariff cuti , tidak sedikit pun masa dia berseorangan. Dia punya rimas sampai tahap kalau boleh nak Syariff pergi kerja.

"Syariff , sudah-sudah lah tu. Kesian pula mommy tengok , Lia." tegur Puteri Kasih. Adelia terangguk-angguk setuju dengan kata-kata Puteri Kasih. Seksa dia tak payah cakap lah.

"Bukan apa mom , Syariff dah cakap dah dengan dia jangan buat kerja tapi dia buat juga. Sayang , dalam istana ni kan ada kundang boleh buat dan hantarkan air ? Kenapa awak nak buat sendiri jugak ?" Sebaik sahaja menerangkan kepada Puteri Kasih , Syariff langsung tidak membazirkan masa dengan terus membebel panjang kepada Adelia.

Adelia hanya mampu menadah telinga.

"Sayang , dengar tak ni ?" soal Syariff apabila tamat membebel.

"Syariff , awak ni kan suka sangat membebel kalah nenda !" marah Adelia sebelum dia bangun daripada duduknya. Tanpa menunggu bebelan seterusnya daripada Syariff , Adelia terus meninggalkan ruang Permaisuri.

"Jalan slow-slow." pekik Syariff apabila melihat Adelia yang laju sahaja berjalan keluar. Dia juga sempat memberi isyarat kepada Kundang yang lain agar segera mengejar Adelia.

Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan kecil. Syariff dapat merasakan seseorang menepuk bahunya. Dia menoleh ke arah Puteri Kasih.

"Jangan terlalu kongkong sangat Syariff. Lia bukan jenis yang suka dikongkong. Syariff pun tahukan dia tu macam mana ?" tegur Puteri Kasih. Syariff mengangguk lambat-lambat.

"Lagi Syariff tegur lagi dia naik kepala." balas Syariff.

"Tahupun."

"Tapi ni semua untuk kebaikan dia." sambung Syariff.

"Tapi apa mommy tengok , tak salah pun apa yang Lia buat. Dia masih larat lagi. Lagipun , tak pelah dia aktif sikit , kandungan dia baru lapan bulan. Lagipun , apa je dia boleh buat dalam keadaan sekarang." tegur Puteri Kasih.

"Baik , mom. Mom , Syariff naik dulu. Nak pujuk Lia." pinta Syariff. Puteri Kasih membalas dengan anggukan kecil. Dia melihat kelibat Syariff keluar dari ruang Permaisuri.

"Nikmatnya muda. Boleh bermanja dengan suami." bisik Puteri Kasih. Teringat dia zaman dia bercinta dengan Putera Wafiq , nak pula mereka kahwin atas dasar keluarga dan akhirnya berakhir dengan cinta. Rindunya zaman muda.

Syariff mengetuk pintu bilik mereka sebelum melangkah masuk. Bilik sunyi sahaja macam tiada orang. Dia memeriksa sekeliling bilik tetapi kelibat Adelia masih tidak kelihatan.

"Adelia ?" panggil Syariff dengan risau.

Tiada sahutan.

Syariff jadi tak senang duduk , dia melangkah keluar dari bilik mereka. "Vince !" panggil Syariff apabila mereka berselisih.

"Ya , Tuan Syariff."

"Mana Lia ?" soal Syariff dengan risau.

"Tuan puteri di bilik Putera Qhalif." jawab Vince. Syariff terus berjalan laju ke bilik Qhalif. Tiba sahaja di hadapan pintu bilik Qhalif , dia boleh dengar suara gelak tawa mereka. Pintu bilik diketuk sebelum melangkah masuk.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now