8 - satu-satunya rakan Syariff

18.4K 1K 24
                                    

Selepas kejadian semalam , kelibat Syariff tidak kelihatan di pintu utama bangunan sekolah. Adelia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dengan muka kecewa. Dia ingat dia akan berjumpa dengan Syariff. Takkan lah mamat tu mengelak daripadanya ?

Sibuk sangat memikirkan Syariff , dia tanpa sengaja terlanggar seseorang. Terkejut Adelia apabila mendengar teriakan seorang perempuan di hadapannya. Adelia segera menghulurkan tangannya untuk membantu gadis itu bangun.

"Sorry." ucap Adelia. Perempuan itu menepis kasar huluran bantuan Adelia. Sebaik sahaja dia bangun , tubuh Adelia ditolak kasar sehingga dia terjatuh.

"Kau kenal tak aku siapa !? Kau ingat lepas kau dah buat si blondie tu kena buang sekolah , semua orang akan patuh pada kau !?" kata perempuan tu dengan kasar.

Adelia memandang wajah perempuan itu dengan muka keliru. Apa kena mengena blondie dan orang kena patuh dengan dia ?

"Apa maksud kau ? Aku tak faham." kata Adelia.

"Kau memang tak faham ke buat-buat tak faham ? Mentang-mentang berjaya jatuhkan geng pembuli tu kau dah berani tunjuk kau hebat !?" soal perempuan itu.

Adelia sudah ternganga tidak percaya. Satu - satu bala datang. Penat tahu tak penat. "Suka hati kau lah nak cakap apa." putus Adelia. Dia terus berjalan untuk ke kelasnya , meninggalkan gadis itu dengan rakan-rakannya.

"Heyyy !!! Aku tak habis cakap lagi lah !!!" pekik gadis itu dengan gediknya.

"Aku tak nak dengar , kau cakaplah dengan cermin !!!!" sahut Adelia. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke arah geng itu.

Ketika tiba di hadapan kelasnya , dia memandang ke arah kelas Syariff. Hatinya tergerak untuk berjumpa dengan Syariff. Lama dia perhatikan kelas Syariff akhirnya dia putuskan untuk jumpa waktu rehat sahajalah.

Apabila bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Adelia memandang ke kelas Syariff. Dia masih tidak tahu sama ada mahu menegur Syariff atau tidak. "Tegur jela ! Semalam sebabkan aku dia lebam teruk." putus Adelia.

Dia melangkah ke kelas Syariff. Pintu kelas diketuk beberapa kali sebelum dia melangkah masuk. "Kau cari Syariff ke ?" soal salah seorang pelajar perempuan.

"Ha'a. Dia ada tak ?" soal Adelia.

"Budak skema tu tak datang." kata pelajar lelaki pula.

"Tak datang ?" soal Adelia lagi.

"Terkejut kan ? Ni first time budak skema tu tak datang sekolah. Kau satu-satunya kawan dia kan ?" soal seorang pelajar lelaki yang lain pula.

"Yela kut."

"Bukan yela kut memang kau jer kawan dia." laju sahaja lelaki itu membetulkan ayatnya. Dia menghampiri Adelia.

"Ni kerja sekolah cikgu suruh aku hantar ke rumah dia. Ikutkan hati aku nak whatsapp je tapi masalahnya semua orang tak ada nombor dia. Kau hantarkan lah ke dia. Sukahati kau lah nak whatsapp ke apa pastikan dia dapat maklumat ni." kata lelaki itu. Dia menyerahkan kepada Adelia dua buah buku latihan dan sekeping note kecil.

"Tapi—"

"Kau satu-satunya kawan dia kan , takkan kau tak nak tolong dia." kata lelaki itu sebelum berlalu pergi. Sakit hati pula Adelia melihat layanan mereka pada Syariff. Macam mana Syariff boleh bertahan je selama ni !?

"Siapa tahu rumah Syariff dekat mana ?" soal Adelia pada rakan sekelas Syariff yang masih di dalam kelas. Masing-masing mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Dia kan classmate kau orang." kata Adelia lagi.

"Classmate je bukannya kawan." balas salah seorang pelajar perempuan. Rasa nak dilempang je muka budak perempuan tu. Habis classmate tu bukan namanya kawan ke !? Tanpa menunggu lama Adelia terus berlalu keluar dari kelas Syariff. Bila fikirkan balik , dia sama sahaja dengan yang lain. Nombor Syariff pun dia tak ada , nama je satu-satunya rakan Syariff. Buat malu je. Bisik Adelia dalam hati. Nampaknya kena ke bilik guru la jawabnya.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now