41 - Nak tapi tak nak

14.6K 919 11
                                    

Syariff menahan debaran di hati. Dia sudah siap berbaju melayu lengkap dengan kerisnya. Staff butik membetulkan keris yang terletak di sampin Syariff buat kali terakhir. "Sekejap ya , saya tanya staff bakal pengantin perempuan." kata staff lelaki itu sebelum membuka sedikit tirai ruang persalinannya.

Ruang persalinan Adelia pula hanyalah di hadapan dia sahaja. Sedang dia menahan debaran di dada tiba-tiba tirai yang menutupi ruang itu terbuka. Terkejut Syariff , dia melihat hadapan. Terkedu dia saat matanya terpadang akan Adelia yang ayu dalam baju kurung pengantinnya.

Adelia menunduk malu saat melihat Syariff yang cantik berbaju melayu lengkap. Malu dia saat Syariff masih lagi merenung dirinya.

"S..syariff , dah lah tu tenung Lia." tegur Adelia dengan malu-malu.

Syariff tersenyum lebar. Comel pula tengok Adelia malu-malu depan dia. "Awak cantik sangat." puji Syariff.

Adelia tersenyum kecil. "Awak pun handsome sangat." puji Adelia.

"Tuan Muda Syariff , Tuanku , macam mana dengan baju , okay tak ? Selasa tak ?" tegur satu suara asing.

Mereka berdua memandang ke arah seorang lelaki dalam 30-an. Lelaki itu memandang mereka berdua dengan gelisah.

"Okay , perfect ! Baju kurung ni cantik sangat , selesa. Not heavy , saya ingatkan dengan batu-batu hiasan serta kain songket ni baju ni akan jadi berat but dia tak de lah seberat yang saya sangka." kata Adelia panjang lebar.

Tersenyum lebar lelaki itu mendengar komen Adelia. Dia memandang ke arah Syariff.

"Saya suka." kata Syariff. Lelaki itu memandang Syariff lagi.

Adelia tergelak kecil melihat wajah berharap lelaki itu , mungkin dia harapkan Syariff untuk ulas lebih detail.

"Lelaki tetap lelaki-" kata Adelia apabila matanya bertembung dengan mata Syariff. Syariff membalas dengan pandangan seakan bertanya 'kenapa ?'

"Bila dia cakap dia suka means this baju melayu is perfect." kata Adelia pada pereka baju itu. Terangguk-angguk lelaki itu mendengar penerangan Adelia.

"Tuan Muda Syariff , Tuanku. Boleh kita teruskan dengan baju untuk malam resepsi ?" soal lelaki itu.

"Boleh." balas Syariff. Lelaki itu terus mengarahkan staff-nya untuk bawa baju pengantin mereka berdua. Syariff dan Adelia kembali semula ke ruang persalinan mereka.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka berdua tiba di istana apabila sudah lewat petang. Belum turun dari kereta lagi wajah Puteri Kasih sudang terpampang depan di depan mata. Adelia memandang Syariff.

"Kan saya dah cakap jumpa mommy dulu. Tengok , ni mesti nanti dia bebel panjang punya !" kata Adelia.

"Aunty mesti faham punya." balas Syariff.

"Erh , mommy tu mommy saya ke mommy awak ? Saya kenal lah mommy saya macam mana." balas Adelia.

"Tak lama lagi mommy awak mommy saya juga." balas Syariff.

Adelia baru nak menjawab , pintu kereta sudah dibuka dari luar. Terkejut dia , begitu juga dengan Syariff.

"Tak nak keluar ke ?" tegur Puteri Kasih. Laju sahaja Adelia melangkah keluar dari kereta. Syariff hanya beriaksi seperti biasa.

"Mom , kenapa mom tunggu kat luar ?" soal Adelia sambil tersengih. Puteri Kasih menjeling anaknya dengan renungan tajam.

"Tak reti nak balik rumah dulu ke ?" soal Puteri Kasih.

"Mom , Ad-"

"Syariff yang ajak Adelia untuk jumpa taylor nikah kami." laju sahaja Syariff menerangkan bagi pihak Adelia.

"Jumpa tailor ?" nada suara Puteri Kasih juga sudah berubah lembut berbanding tadi serius yang amat.

"Ha'a. Lepas tu , kami keluar makan sambil-sambil cari barang hantaran." cerita Syariff lagi.

"Owhh.. Sebab tu ke yang lambat. Kenapa tak call bagitahu ? Aunty ingat korang melencong ke mana tadi." kata Puteri Kasih.

Adelia bagaikan tidak percaya Puteri Kasih bercakap punyalah lembut dan penuh keibuan sangat. Siapa anak mommy ni ? Aku ke Syariff !?

"Mommy ni , cakap dengan Lia tadi macam nak jatuhkan hukuman mati je ! Siapa anak mommy ? Lia ke Syariff ?" soal Adelia dengan nada merajuk.

"Erh, dengan bakal menantu mommy pun nak jeles ke Lia ?" soal Puteri Kasih bersama senyuman kecil. Alahai , tuan puteri macam merajuk je.

"Dah lah , Lia nak masuk. Syariff , you tak reti nak balik ke ? Dah nak maghrib dah kan ?" soal Adelia. Kali ini Syariff pula terpinga-pinga. Dah kenapa ber-I ber-you pula bakal isterinya ni ?

Belum sempat hendak dia membalas , Adelia terlebih dahulu masuk. Tergelak Puteri Kasih melihat kelakuan anak daranya.
"Syariff nak makan malam sekali ke ? Kamu jangan lah dengar cakap si Lia tu. Dia tu bila cemburu tu yang emo tak bertempat." kata Puteri Kasih.

Syariff masih tidak faham.

"Kenapa dia cemburu aunty ?" soal Syariff.

"Anak manja Syariff biasalah. Ni kamu nak makan malam sekali tak ?" soal Puteri Kasih.

"Tak apalah aunty. Saya balik lah. Saya tak jumpa lagi family saya. Balik-balik terus jumpa tailor." tolak Syariff dengan lembut.

"Okay , nanti kirim lah salam dengan mak ayah kamu." balas Puteri Kasih.

"Baik , aunty." Syariff masuk semula ke dalam kereta tadi. Pemandu istana akan menghantarnya pulang.

Sebaik sahaja kereta yang dinaiki Syariff sudah bergerak pergi , Puteri Kasih menoleh ke pintu istana. Kelihatan Adelia sedang mencuri tengok di tepi pintu.

"Syariff dah balik dah." kata Puteri Kasih.

"Dah balik ?" soal Adelia dengan tidak percaya.

"Tadi bukan menghalau ke ?" usik Puteri Kasih.

"Alah , mommy ni. Dah lah Lia nak masuk." kata Adelia.

"Laaa , merajuk ke ? Ke kecewa sebab encik tunang tak makan sekali ?" soal Puteri Kasih dalam nada mengusik.

Adelia sudah menutup telinganya. Tak lalu dia nak dengar Puteri Kasih duk mengusik dia.

"Adelia Humaira." panggil Puteri Kasih tapi laju sahaja Adelia berlalu ke biliknya. Tergelak kecil Puteri Kasih melihat gelagat anak daranya itu. Sukar untuk dia percaya yang anak dia tidak lama lagi dah jadi isteri orang.










×××

Maaf.
Untuk chapter yang seterusnya pun sama.
Sis tak tahu bila boleh update.

Btw , jangan lupa vote !!

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now