56 - Serang Syariff

14.6K 770 25
                                    

Adelia melepaskan keluhan panjang. Naik rimas dia dengan Syariff yang tak habis-habis nak menempel dengan dirinya sejak balik dari klinik. Dengan muka masam , dia menekan kasar remote tv.

Syariff memeluk erat tubuh Adelia , sesekali dia mengusap perut Adelia dan mencium pipi Adelia. Dagunya juga ditongkatkan di bahu Adelia. Wajahnya juga melekat dengan leher Adelia.

Adelia menolak muka Syariff yang berada dibahunya tetapi tidak lama selepas itu Syariff buat balik.

"Awak !" marah Adelia. Dia rimas tau tak.

"Ya , sayang."

"Saya rimas tau tak. Saya rimas !" luah Adelia.

"Tapi saya tak nak lepaskan awak." kata Syariff dengan suara mengadanya.

Adelia kembali menarik muka. Tiada cerita yang menarik untuk ditonton malam ini. Semuanya bosan dan tidak menarik perhatiannya. Nak pula dia rimas duduk dekat sini.

Adelia menolak tubuh Syariff untuk dia bangun tetapi tubuhnya masih tidak dilepaskan membuatkan Adelia tidak boleh berdiri.

"Syariff Iman , saya nak pergi ke dapur." kata Adelia sambil mengetap kuat giginya menahan geram.

Syariff terus berdiri , apabila Adelia mula berjalan ke dapur laju sahaja Syariff mendukung tubuh Adelia. Terjerit kecil Adelia dibuatnya.

"Apa awak buat ni ?" soal Adelia dengan terkejut.

"Bawa awak ke dapur." jawab Syariff. Adelia kehilangan kata. Dah lah Syariff dukung dia macam dukung budak kecil. Tangannya memeluk leher Syariff manakala kakinya memaut pinggang Syariff.

"Awak ni dah kenapa Syariff ?" soal Adelia.

"Saya nak bermanja dengan awak buat kali terakhir." kata Syariff.

Adelia terdiam sekejap.

"Apa cakap macam tu ?" tegur Adelia.

"Nanti bila baby dah keluar , mama mesti dah lupa nak bermanja dengan babah." terang Syariff.

Tergelak Adelia mendengar kata-kata Syariff. Ingat apalah tadi. "Sekarang ni , siapa yang mengandung ? Saya ke awak ?" soal Adelia. Syariff mengambil tempat di atas kerusi dapur.  Dia memeluk pinggang Adelia yang duduk di atas ribanya. Kepalanya juga dibenamkan di dada Adelia.

"Salah ke saya nak awak manjakan saya ?" soal Syariff , dia kemudian mendongak melihat anak mata Adelia dengan penuh mengharap. Kesian pula Adelia melihat baby tua yang seorang ni.

"Babah , baby baru 6 weeks takkan dah jeles dengan baby ?" soal Adelia , dia mengusap pipi Syariff dengan lembut. Kemudian dia mencium kedua-dua belah pipi Syariff.

Syariff mengusap lembut perut Adelia. "Tanpa babah , baby takkan ada. So, jangan nak rebut mama dari babah. Nanti babah tak bagi adik , baru tau."

Pipi Adelia bertukar merah dan bahang. Ya Allah , laki siapa ni !?

Dia memiyat kuat telinga Syariff. "Apa cakap macam tu dengan anak. Anak tak keluar lagi dah fikir nak buat anak lagi ? Ingat Lia ni kerja nak beranak je ke ?" soal Adelia dengan geram.

Syariff menayang sengihan tak bersalahnya.

Tiba-tiba...

"MOMMY KAKAK DENGAN ABANG DATING KAT DAPUR !!!" suara pekikan Qhalif menyedarkan pasangan suami isteri itu dari dunia mereka.

Serentak mereka menoleh ke arah suara itu.

"QHALIFF !?" soal mereka berdua serentak. Laju sahaja Adelia turun dari pangkuan Syariff.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now