65 - Demam panas

12.6K 713 5
                                    

Adelia tidak lepas sesaat pun pandangannya daripada Tariff yang terbaring di atas katil wad kanak-kanak. Vince dan Loki , pelayan Tariff turut  bersama dia manakala ahli keluarga yang lain kecuali Hazreeq sudah dia suruh pulang. Hanya Hazreeq sahaja yang berkeras hendak tinggal di sini.

"Kak , kalau penat tidur lah dulu. Haz boleh tengok-tengokan Tariff." kata Hazreeq , dia baru terjaga dari tidurnya di atas sofa. Vince dan Loki mungkin berjaga di luar wad Tariff.

"Tak apa , akak tak mengantuk pun." tolak Adelia.

"Mamma.." Tariff mula memanggilnya dalam tidur. Terus berdiri Adelia di sisi katil itu. "Sayang , mamma ada dekat sini." panggil Adelia dengan lembut. Dia menyentuh pipi anaknya , terkejut dia apabila suhu badan anaknya masih lagi panas. Terus butang merah di sisi katil ditekannya.

"Haz , Tariff masih panas sangat ni Haz. Akak risau lah , Haz." luah Adelia , dia cuba mengejut Tariff tapi Tariff tidak terjaga dan mula meracau-racau dalam tidur.

"Babah , ular. Babah , ular. Tariff takut. Mana babah ? Mana mamma ? Babah !! Mamma !!" makin kalut Adelia dibuatnya apabila Tariff tidak bangun-bangun. Hazreeq menarik tubuh Adelia ke tepi saat kelibat doktor dan jururawat masuk ke dalam wad.

"Doktor , kenapa dengan anak saya ? Badan dia pun masih panas lagi." soal Adelia dalam tangisan. Risau hati dia melihat anak dia duk meracau tak tentu arah dalam tidur.

Doktor memeriksa keadaan Tariff , dia juga memberi ubat suntikan kepada Tariff agar suhu badannya turun. "Nurse , bawa masuk ice pack dan lap badan pesakit dengan ice pack." arah doktor. Doktor itu menoleh ke arah Adelia.

"Tuanku jangan risau , Insya -Allah suhu anak tuanku akan turun. Pesakit meracau tadi adalah normal kalau suhu badan terlalu panas. Kami akan periksa keadaan anak tuanku setiap 30 minit." kata doktor itu sebelum berlalu pergi.

Adelia melepaskan keluhan lega. Dia memandang ke arah Tariff , dahi anaknya diusap sebelum dia mencium dahi si kecil itu. "Mamma.." panggil Tariff dengan lemah.

"Ya , sayang."

"Nak hug." pinta Tariff. Adelia terus baring di atas katil , tubuh Tariff ditariknya kedalam pelukannya. "Selesa tak ?" soal Adelia.

"Selesa." jawab Tariff. Tubuhnya yang tadi menggigil kini mula berhenti menggigil. Jururawat pun telah masuk dengan ice pack. Adelia meminta pada mereka untuk biarkan dia sahaja yang mengelap tubuh anaknya.

Keesokan pagi , barulah Adelia boleh menarik nafas lega saat doktor memberitahu yang suhu anaknya telah turun ke paras normal. Pagi itu sibuk dia melayan telatah Tariff yang tak padan dengan sakit , nak makan itu ini.

"Tariff kan baru sihat. Makan lah benda yang sihat , apa pagi-pagi minta fast food." tegur Adelia.

"Alah , mamma. Tariff tak ada selera lah nak makan bubur ni." luah Tariff , dia menolak tepi mangkuk bubur di hadapannya. "Tariff , makan bubur ni sekarang." arah Adelia dengan suara garangnya.

"Kalau babah mesti babah takkan paksa Tariff makan juga." luah Tariff dengan muka sedih. Ya Allah , makan bubur je pun kena ke buat muka kesian ?

"Tariff habis makan bubur , tengah hari ni kita makan pizza. Nak ?" wajah Tariff yang tadi masam berubah ceria.  "Janji ?" soal Tariff.

"Janji." balas Adelia. Mereka berdua membuat janji pinky. Tariff menarik semula mangkuk yang ditolaknya.

"Tuanku." panggil Vince dengan serius , dia berdiri tidak jauh dari katil.

"Ada apa Vince ?" soal Adelia , nada suaranya juga serius.

"Ada benda yang patik hendak khabarkan kepada tuanku." kata Vince lagi. Adelia memandang Tariff yang mula menyuap masuk sesudu bubur , tersenyum dia melihat Tariff. Pipi Tariff dicubit geram sebelum melangkah keluar dari wad Tariff.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now