38 - Newbie

14.8K 847 23
                                    

Adelia baru sahaja selesai bersarapan dengan Vince di dapur , pagi ini mereka perlu berada di Damansara sebelum pukul 10 pagi. Sebulan yang lepas , Adelia dipilih sebagai watak Utama untuk sebuah filem yang akan ditayangkan setahun dari sekarang.

"Vince , cepatlah Vince." panggil Adelia dari tingkat bawah. Tadi entah apa entah berlari Vince naik ke atas. katanya sakit perut , harap tak melarat sampai ke kerja lah.

Tiada sahutan dari Vince. Memerut lagi lah tu. Bunyi telefon berdering segera diangkat. Panggilan daripada Saleha.

"Hello , awal pagi lagi dah call aku apa cer ni ?" tegur Adelia terlebih dahulu.

"Aku dengar kau dapat projek filem baru. Betul ke??" soal Saleha.

"Ha'a , mana kau tahu ni ?" soal Adelia. Rasanya pengambaran baru hari ni nak start hari ini.

"Siapa lagi kalau bukan dari artis newbie yang bermasalah tu lah." terang Saleha.

"newbie ?Siapa ? Baiduri ?" teka Adelia.

"Yelah , siapa lagi newbie yang suka cari fasal dengan senior. Dia pun berlakon sekali kan ? Aku harap kau hati-hati , jangan jadi macam Malissa sudah. Kesian dia kena tuduh buli artis baru tu." cerita Saleha.

Adelia tergamam. Buli apa ni ?

"Malissa buli !? kau biar betul ? Malissa bukan kaki buli lah.. nak pula buli newbie." kata Adelia dengan bersungguh-sungguh. Mana mungkin , Malissa seniornya merangkap kawan rapat dia buli artis baru sedangkan masa dia baru lagi di industry ini Malissa yang banyak tolong dia. Tolong dia dari dibuli oleh Syakila.

"Budak baru tu talam dua muka wey ! dia berlakon bbukan setakat dalam tv tapi sekali dalam dunia reality ! kau takkan tak tahu apa yang berlaku dengan Malissa ?? benda ni viral kut." kata Saleha.

Adelia mengeluh kecil. Dia agak busy sebulan ni , sampaikan tidak bertegur pula dengan rakan-rakan yang lain. Rasa serba-salah dia dibuatnya.

"Habis tu , sekarang ni Malissa macam mana ?" soal Adelia.

"Malissa hilang projek. Dia kena saman dengan Budak baru tu atas dakwaan cuba mencederakan minah tu." cerita Saleha. Makin sukar untuk Adelia percaya yang rakannya dikatakan cuba mencederakan orang lain.

"Orang gila mana yang percaya Malissa cederakan Baiduri tu ?" soal Adelia dengan bengang. Kesiannya Malissa , kenapa Malissa tak ceritakan kepadanya masalah ini.

"Melissa kata minah tu sengaja cederakan diri sendiri tapi tak ada siapa percaya. Tak ada bukti wey tapi aku percayakan Malissa. Kau pun kenalkan Mel macam mana." kata Saleha.

"orang yang percaya Baiduri tu yang bodoh ! Serba salah aku , wey. Aku dah lama tak contact Mel." luah Adelia.

"Ada masa kau call lah dia. Aku risau juga fasal Mel ni sebab bila aku tanya okay ke tak dia asyik okay je memanjang." pesan Saleha.

Adelia terpandanga akan kelibat Vince yang sedang meneruni anak tangga. "Okaylah wey , aku kena gerak ke set." kata Adelia.

"Hmm.. Hati-hati dengan Budak baru tu. Jangan sampai jatuh ke dalam trap dia. Kau tengoklah Mel sekarang , kurang tawaran berlakon dia dapat. Rosak karier-nya gara-gara penipuan budak baru tu." pesan Saleha lagi.

"Ya , kak."

"Jangan ya jer. Nak pula sekarang ni nama kau asyik naik jer. Lagilah aku rasa tak sedap hati , mesti dia akan buat apa je untuk meraih simpati orang or whatever lah janji nama dia naik walaupun dengan cara kotor." Pesan Saleha panjang lebar.

"Okay , jangan risau okay. Ni Ira Adelia lah." balas Adelia.

.

.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now