46 - Jangan tinggalkan saya

16.4K 869 19
                                    

Selepas majlis tamat tengah hari tadi , pasangan pengantin itu telah menghantar rakan-rakan artis Adelia ke lapangan terbang.

Malam itu baru ada masa untuk mereka berdua berehat setelah penat melayan tetamu yang hadir.

Syariff yang baru sahaja selesai mandi melihat Adelia yang sibuk dengan fon di tangan sambil berbaring di atas katil.

Syariff mendekati katil mereka , perlahan-lahan dia memeluk tubuh Adelia dari belakang. "Sayang buat apa ?" soal Syariff. Dia mencium pipi Adelia sebelum melihat paparan telefon Adelia.

"Instagram ?" soal Syariff.

"Ha'a. Saya nak share gambar kahwin kita. Saya nak semua orang tahu awak saya punya." kata Adelia sebelum dia mencium pipi Syariff.

Adelia menyelesakan dirinya dengan bersandar di dada Syariff.
"Awak , gambar mana lawa ?" soal Adelia sambil menunjuk gambar kahwin mereka.

"Semua lawa."

"Pilih sepuluh je." kata Adelia.

"Sikit je nak post. Tak boleh post semua ke ? Susah lah nak pilih." balas Syariff.

"Tak boleh. Nanti apa kata orang pula." balas Adelia.

"Lantak lah orang nak kata apa. Ni instagram sayang ke orang lain ?" soal Syariff.

"Tapi tak elok tunjuk bahagia kita ke orang lain." tegur Adelia

"Alah , biarlah. Dorang tak suka tak payah lah tengok. Apa susah." balas Syariff.

"Alright. Nampaknya malam bising lah orang sebab saya duk spam gambar kita." kata Adelia.

Dia mula memaparkan gambar mereka di instagram. Makin hangat mengenai dirinya diperkatakan di Malaysia. Mana taknya , artis popular Malaysia rupanya Puteri Diraja Lusia.

+pengantinnya sama cantik sama padan !

+macam tak percaya Ira Adelia tu sebenarnya puteri diraja. Macam drama in real life.

+cantiknya Ira Adelia !

+suami Adelia tu pelakon juga ke ??? Handsome giler !

+isteri cantik , suami hensem. Mesti anak nanti cute jer

"Sayang , tengok ni. Saya baru post orang dah komen." Adelia menunjukan komen yang baru sahaja diterimanya kepada Syariff.

"Mereka kata kita sepadan lah sayang." kata Syariff dengan teruja.

"Uish , ada yang tanya saya pelakon ke bukan. Mesti sebab saya terlampau handsome kan sayang ?" soal Syariff sambil menjengkitkan kening kanannya.

Adelia tersedak mendengar ayat perasan Syariff. "Hensem ke ?" soal Adelia sinis.

"Hensem lah. If tak , takkan puteri diraja terpikatkan ?" balas Syariff dengan muka penuh yakin.

"Yeke ?" soal Adelia dengan muka tidak percaya.

"Ya lah sayang oi" pipi Adelia dicubit dengan geram.

"Arhh ! Ahh ! Sakit lah Syariff !" adu Adelia dengan sedikit menjerit. Dia memukul tangan Syariff yang mencubit pipinya. Tergelak kuat Syariff dibuatnya. "Padan muka." kata Syariff. Habis panjang muncung mulutnya si Adelia.

"Ha , muncung lah lagi mulut tu. Muncung lagi. Boleh lah saya gantung baju saya. Jimat sikit space dalam almari." kata Syariff.

Laju sahaja Adelia mencubit perut Syariff.

"Ouch ! Sakit lah sayang." adu Syariff.

"Nak buat lagi ke tak nak ?" soal Adelia.

"Entah."

Adelia HumairaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα