Special Chapter - Mama II

21.6K 758 33
                                    

Mereka tiba di pusara Najwa Saleha di awal pagi. Syariff mengetuakan bacaan yaasin mereka. Syariff juga mengetuai bacaan doa mereka.

"Ma , saya Syariff Iman. Suami Adelia , mama jangan risau fasal Lia. Syariff sendiri akan jaga dan lindungi anak kesayangan mama." Kata Syariff  , dia memandang ke arah Adelia yang menyepi. Dia tahu Adelia ada banyak benda yang hendak dilepaskan..

"Sayang , saya tunggu awak dalam kereta." Kata Syariff.

Adelia mengangguk.

Syariff melihat Adelia sebelum dia melangkah pergi. Adelia memandang pusara mamanya. Dia kecewa tapi dia tetap sayang mamanya.

"Ma , hari ni Lia datang awal daripada biasa. Selalunya Lia datang hari-hari tertentu je kan ? Cuma tahun ni special sebab Lia dah kahwin ma. Lia bawa suami Lia , handsomekan dia ?" Cerita Adelia.

"Ma , Lia selalu tertanya-tanya pada mama. Kenapa mama pilih untuk tinggalkan papa ? Yang buat Lia kecewa adalah kenapa mama burukan papa dan mommy ? Sampai sekarang lia tak faham ? Mama yang lepaskan papa tapi kenapa mama benci mommy ? Apa salah mommy ?" Soal Adelia.

Puteri Kasih memang tak pernah buka cerita tapi dia sendiri yang siasat masalah penceraian mama dan papa di istana dengan kundang istana dan pekerja istana yang lain.

Di awal perkahwinan puteri kasih dan putera wafiq tidaklah seindah orang lain. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga.  Papa sedikit pun tak pandang Puteri Kasih tetapi mommy bukannya seorang yang lepas tangan macam tu. Kundang cerita yang mommy sentiasa buat apa sahaja agar papa pandang mommy sebagai seorang isteri dan bukannya orang luar.

Kundang katakan yang mommy berusaha untuk membuka hati papa agar menerimanya sebagai isteri. Apabila Lia fikirkan semula kisah orang tuanya , Adelia bersyukur dia tidak perlu lalui semua itu.

Kerana rasa serba salah nenda pada mama , nenda memanjakannnya. Tetapi bagi Lia itu bukan salah nenda sorang , salah mama juga. Mama yang give up. Mama tak cuba untuk fahami tanggungjawab yang digalas oleh papa serta mama tak nak teruskan pikul tanggungjawabnya sebagai puteri sulung diraja lusia.

"Ma , walaupun mama kata macam-macam fasal mommy , Lia tetap sayang mommy. Ma , walaupun Lia sayang mommy dan anggap mommy macam ibu Lia sendiri , mama tetap yang pertama dalam hati Lia. Tapi makin Lia sayang mama makin Lia kecewa.." Luah Adelia.

"Mama sebenarnya masih sayangkan papa kan ? Sebab tu mama sentiasa burukan mommy , sebab mama jealouskan ?" Soal Adelia lagi.

"Dah lah mama.. Lia balik dulu. Assalamualaikum. Lia akan cuba selalu melawat mama. Lia sayang mama." Ucap Adelia.

Dia berjalan ke kereta , Syariff sudah duduk di dalam kereta. Melihat Adelia masuk ke dalam kereta membuatkan Syariff lagi peka pada Adelia.

"Sayang , perkara dah lepas tak perlu diungkitkan lagi." Pujuk Syariff.

"Saya tak nak ungkit tapi awak suami saya. Sekurang-kurangnya awak perlu tahu.." Balas Adelia.

Syariff tersenyum kecil.

"Thank you sayang.." Ucap Syariff.

Mereka mula bertolak ke KLIA untuk ke Penang. Mereka tiba di Penang , tengah hari itu. Tiba sahaja di Penang , sudah ada kereta pelayan istana menunggu mereka. Mereka di bawa ke sebuah banglo.

"Selamat pulang , Tuan Puteri , Tuan Syariff." Sambut pelayan yang bertugas.

Apabila Adelia teringat zaman kanak-kanaknya dia tersenyum. Semasa dia kecil , dia perasan akan layanan pelayan di rumah sangat berbeza dengan layan orang gaji , ketika itu mereka tidak menggunakan panggilan tuan puteri dan tuan putera pada keluarganya. Nampak sangat papa sangat berhati-hati dan berpegang kepada perjanjian mama.

Bila fikirkan balik , berapa lama sahaja perjanjian itu boleh dikekalkan ? Dia akan besar dan dia akan kenal dunia juga. Terasa bodoh pula bila fikirkan yang dia macam katak bawah tempurung , sebab tu lah orang kata jangan sibuk sangat gadjet , tengok dunia semasa juga.

"Tuan Puteri , makanan sudah siap dihidang , tuan puteri hendak makan bila ?" Soal pelayan istana.

Adelia memandang ke arah Syariff. "Kami makan sekarang." Jawab Adelia.

"Kita makan dulu then kita rest." Putus Adelia.

Setelah selesai makan , Adelia membawa Syariff ke bilik mereka. Masuk sahaja bilik mereka , Syariff mengambil tempat di sofa. Dia menyandarkan kepalanya di kepala sofa dan memejamkan matanya.

"Penat ?" Soal Adelia.

"Tak adalah penat mana cuma kenyang." Kata Syariff.

Adelia tersenyum kecil. Bunyi ketukan di pintu mengalih tumpuan mereka , dua orang pelayan datang bersama dua buah kotak di tangan mereka. "Tuanku , ni adalah apa yang Tuanku pesan. Jika tuanku nak tengok barang-barang yang lain , tuan putera telah letakan kesemuanya di bilik tetamu sebelah bilik tuan puteri Laila."  Kata salah seorang pelayan.

Adelia mengangguk. Mereka melangkah masuk untuk meletakan dua kotak tersebut di ruang rehat. Sebaik sahaja mereka keluar , Adelia terus menutup pintu.

Syariff melihat kotak yang dibawa oleh pelayan tadi. Dia membuka kotak tersebut. Kedua-duanya di penuhi dengan album.

"Ni album awak time kecil ke ?" Soal Syariff dengan teruja. Adelua mengangguk.

Syariff terus mencapai salah satu album dan menyelaknya. Setiap gambar ada catatan dan tarikh. "Sayang , kecilnya awak." Kata Syariff saat melihat potrait keluarga diraja. Adelia mendekati Syariff.

Gambar terakhir mereka sekeluarga sebelum mama dan papa bercerai. "Sayang , muka awak macam mama." Kata Syariff apabila melihat gambar Puan Wawa.

"Dah anak dia , muka macam dia la.." Balas Adelia. Dia melihat gambar kenangannya dia semasa kecil bersama Syariff , sekali sekala mereka tertawa melihat gambar Adelia. "Sayang , time ni apa awak buat sampai muka mama nanpak annoyed ?" Soal Syariff bersama senyuman terukir di bibir. Kelakar , sebab muka mama macam marah tapi si kecil Adelia boleh tersenyum je.

"Macam saya boleh ingatkan ? Ni time 20XX kut , saya baru 3 tahun !" Kata Adelia.

Syariff memandang ke arah Adelia dengan muka tak percaya. "Awak tak ingat memori awak time kecil ? Say boleh ingat je." Kata Syariff.

Adelia memandang Syariff dengan muka tidak percaya. "Tipu ! Mana boleh nak ingat memori time kecil." Balas Adelia.

Syariff memandang Adelia dengan muka tak puas hati. Betulah aku boleh ingat.. Tapi malas nak panjangkan cerita dia diamkan sahaja.

"Sayang , nanti kita buat album macam ni nak??? Kita caption kan tarikh dan tempat and if kita ingat memori tu fasal apa kita caption kan sekali." Cadang Syariff.

"Boleh je."

"Sayang .." Panggil Syariff lagi.

"Ye.."

"Saya sentiasa ada untuk awak." Kata Syariff. Matanya memandang anak mata Adelia. Adelia turut memandang Syariff.

"I love you." Ucap Adelia.















×××
Peace.

Adelia HumairaМесто, где живут истории. Откройте их для себя