63 - Tariff Mikael

14.4K 765 8
                                    

Syariff menggenggam erat kedua - dua belah tangannya. Sesekali wajah-wajah ahli keluarga dipandangnya. Dia memandang pintu wad bersalin yang masih lagi tertutup.

Kenapa doktor tak keluar lagi ? Kenapa lama sangat ? Ya Allah , selamatkan lah isteri dan anak aku. Daripada tak berpeluh jadi berpeluh , daripada degupan jantung normal sekarang mengalahkan orang berlari menahan debaran di dada.

Apabila pintu terbuka , Syariff orang pertama yang mendapatkan jururawat yang terjengul di muka pintu. "Tuan Syariff, tuan Syariff nak masuk sambut anak tuan tak ?" soal jururawat.

"Nak." laju sahaja Syariff menjawab.

"Ikut saya." arah jururawat itu. Sebaik sahaja dia masuk , jururawat menyuruhnya memakai baju plastik untuk menyeleputi seluruh tubuhnya begitu juga dengan penutup kepala dan sarung tangan.

Sebaik berpakaian kemas , Syariff mendekati katil. Melihat wajah merah Adelia meneran membuatkan Syariff rasa nak menangis. Dia mendekati Adelia. "Sayang , abang ada." bisik Syariff lembut di telinga Adelia , sebuah kucupan hingga di dahi Adelia yang berpeluh.

Jururawat menyuruhnya bersedia untuk menyambut baby mereka , dia mendekati doktor perempuan yang menguruskan Adelia untuk bersalin. Saat dia melihat kepala anak mereka keluar dan kemudian diikuti dengan kaki membuatkan dia menangis penuh gembira.

Doktor juga memberi peluang kepadanya untuk memotong tali pusat anak mereka.  Bunyi tangisan bayi memenuhi ruang wad malam itu. Doktor juga memberi peluang kepada dia untuk memeriksa sama ada anak mereka sempurna atau tidak. Syariff memeriksa dengan berhati-hati sebelum dia membawa anak mereka mendekati Adelia yang tersandar lemah di kepala katil.

"Baby boy sayang." kata Syariff dengan teruja. Dia mencium dahi Adelia. Adelia menyentuh lembut pipi anak mereka. Jatuh air mata kegembiraannya , sekelip mata sahaja rasa sakit tadi hilang. "Thank you , sayang." ucap Syariff.

"Tuan Puteri , Tuan Syariff , kami akan bersihkan baby tuan sebelum tuan Syariff azankan baby dan kemudian tuan puteri boleh susukan baby." kata jururawat yang bertugas. Adelia mencium lembut dahi anak mereka begitu juga dengan Syariff sebelum mereka menyerahkan anak mereka kepada jururawat yang bertugas.

"Tuan Syariff keluar dulu. Setelah selesai , kami akan bawa Tuan Puteri dan baby ke wad." kata jururawat itu lagi.

Syariff mengangguk kecil , dia mencium sekali lagi dahi Adelia. "Sayang , take care." kata Syariff sebelum melangkah keluar.

Keluar sahaja daripada wad , semua orang memandang ke arah Syariff , menanti Syariff memberitahu keadaan Adelia.

"Baby boy !" kata Syariff dengan teruja.

"Adelia and baby selamat." tambah Syariff lagi.

"Alhamdullilah." ucap yang lain.

"Sekarang macam mana Syariff ?" soal Sultan Amirullah. "Kita tunggu Adelia and baby dekat wad." jawab Syariff.

Mereka semua mula berkumpul di wad Adelia. Jururawat menolak katil Adelia masuk ke dalam bilik. Syariff memberi peluang kepada ahli keluarga yang hadir mendekati Adelia tetapi baru sahaja dia hendak melangkah keluar , dia dengar suara lemah Adelia bertanya akan dia.

"Mom , mama , abang mana ?" soal Adelia. Matanya meliar ke sekeliling bilik sebelum berhenti memandang ke arah Syariff.

"Abang." panggil Adelia dengam suara sebek-sebek nak menangis. Tergelak ahli keluarga yang lain. Syariff segera mendapatkan isterinya. Adelia awal-awal lagi dah depakan tangannya , Syariff apalagi , memang dia balas balik lah pelukan isteri tersayang.

"Kenapa ni ?" soal Syariff dengan lembut.

"Nak abang." adu Adelia dengan manja.

"Kamu duduk jelah sini Syariff tak payah bergerak. Layankan jelah isteri kamu yang manja ni." tegur Putera Wafiq. Adelia tersengih malu tapi pinggang Syariff langsung tidak dilepaskan maka Syariff pun terpaksa duduk jelah sebelah  Adelia di atas katil. Kedengaran macam terpaksa tapi sebenarnya dalam hati dia pun sama tak nak berpisah dengan Adelia nak pula lepas melihat Adelia di wad tadi. Terasa bagai mahu gugur jantung dia.

Melihat pasangan suami isteri itu seperti mahukan ruang privasi , ahli keluarga yang lain segera meninggalkan mereka berdua. Tak apalah tak jumpa ahli keluarga baru mereka harini , esok ada lagi masa untuk mereka datang melawat.

"Sayang mesti penatkan ? Rest lah , nanti baby sampai abang kejut." bisik Syariff lembut. Adelia menggeleng.

"Lia nak tunggu baby dengan abang." balas Adelia , dia menyandarkan tubuhnya di dada Syariff. Tiada apa yang boleh buat dia rasa tenang sekelip mata selain berada di dalam pelukan Syariff.

"Thank you sayang for baby comel." ucap Syariff. Dia mengucup lembut belakang tapak tangan Adelia. "Tak sangka wife saya yang cute ni dah jadi mama." kata Syariff lagi , dia mencubit geram pipi tembam Adelia. Wajah Adelia bengkak lepas bersalin tapi masih comel di matanya.

"Sakitlah , abang." adu Adelia.

"Sayang , ni first and last kita timang anak erh." Terkejut Adelia mendengar kata-kata Syariff.

"Kenapa ?"

"Abang tak boleh lah tengok sayang sakit." habis sahaja ayat Syariff , Adelia menggelakkan suami dia. Ingatkan apalah tadi. "Abang , biasalah sakit mengandung. Semua ibu dalam dunia ni rasa benda yang sama." tegur Adelia.

"Abang tahu tapi abang tak sanggup nak tengok sayang tahan sakit macam tadi dengan darah-darahnya." terang Syariff.

"Okay , okay.. No more." kata Adelia , bukan dia maksudkan sangat pun cuma buat masa terdekat ni ya 'no more'.

Pintu wad Adelia diketuk dari luar , jururawat bertugas melangkah masuk ke dalam wad bersama katil bayi. Teruja mereka berdua melihat baby boy mereka. Syariff mendekati anak lelaki mereka , perlahan-lahan tubuh si kecil itu diangkat untuk diazankan. Tersentuh hati Adelia melihat detik-detik bahagia ini.

"Tuan puteri , saya akan ajar tuanku macam mana nak menyusu badan." kata jururawat bertugas setelah Syariff selesai mengazankan anak mereka. Adelia hanya mengangguk kecil manakala Syariff memberi ruang kepada jururawat itu mengajar Adelia , dia hanya mampu melihat dari jauh.

Apabila jururawat itu melihat Adelia mula boleh biasakan dirinya , dia meminta diri untuk keluar. Keluar sahaja dari wad Adelia , Syariff terus mendekati Adelia.

"Abang.." panggil Adelia.

"Ya sayang."

"Dia minum susu Lia , bang." kata Adelia dengan teruja. Tergelak kecil Syariff melihat Adelia dengan mata yang merah , dia mengusap lembut kepala Adelia sebelum mencium dahi isterinya.

"Abang , apa nama anak kita ?" soal Adelia.

"Tariff Mikael bin Syariff Iman." jawab Syariff.

"Tariff  Mikael." panggil Adelia pada anak mereka.

"Sayang suka ?" soal Syariff.

"Suka sangat. Apa maksud dia ?" soal Adelia lagi.

"Special Angel." jawab Syariff. Dia memandang wajah anaknya yang masih menyusu.

"Tariff Mikael mamma dan babah." kata Syariff lagi. Dia menunduk sedikit untuk mencium pipi si kecil itu.















×××
Sharing is caring.

Sebenarnya tak salah if korang nak namakan anak korang dengan nama malaikat like jibrail.

Namalah apapun anak korang asalkan maksudnya baik sebab nanti di hari kiamat , anak akan dipanggil dengan nama penuh mereka berserta nama ayah.

So pilihan nama tu penting jangan main ikut sedap je.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now