44 - Hari Bahagia

15.9K 848 18
                                    

"Aku terima nikah Puteri Adelia Umaira Binti Putera Wafiq Zaith dengan mas kahwinnya 5 dinar emas." bergema seisi dewan istana dengan lafaz nikah yang dijawab oleh Syariff.

Berkelip-kelip lampu kamera merakam setiap detik sejarah bahagia pasangan mempelai ini. Kedua-duanya sama cantik , sama padan. Bagai pinang dibelah dua.

"Sah ?" Soal tok kadi kepada saksi - saksi yang berada di sisi pengantin lelaki.

"Sah." jawab mereka serentak. Serentak itu juga tok kadi mengucapkan alhamdulillah. Saat terlafaz khalimah itu di mulut tok kadi , segala tekanan yang dirasai oleh Syariff turut hilang. Dia turut mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepadaNya. Kemudian , doa dibacakan dan majlis nikah berjalan dengan jayanya.

Adelia yang melihat sesi Syariff menjawab lafaz nikah dengan sekali lafaz tanpa sedar dia mula menangis kegembiraan. Seseorang mengusap bahunya dengan lembut. Saat dia menoleh , kelihatan Puteri Kasih sudah berlinangan air mata.

Terkejut Adelia melihat mommy-nya menangis.

"Mom , don't cry." pujuk Adelia dalam tangisan kecilnya.

"Macam mana mommy tak nangis sayang. Anak mommy dah besar , dah jadi isteri orang. Dah ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul." kata Puteri Kasih. Dia mengelap air mata yang mengalir diwajah Adelia. Kedua-dua belah pipi Adelia diciumnya dengan penuh sayang. Tidak lama selepas itu , Putera Wafiq mendekati anaknya.

Tanpa sebarang kata , tubuh puterinya dipeluk erat bagaikan tidak mahu lepas. Dengan lambat dia mencium ubun-ubun anaknya yang cantik bertudung. Saat Syariff mendekati pelamin mereka , Putera Wafiq memandang ke arah Syariff buat seketika sebelum mula bersuara.

"Syariff , Adelia ni anak sulung papa dan mommy. Puteri kami , buah hati kami dan juga jantung kami. Papa serahkan puteri papa dibawah jagaan Syariff. Syariff jagalah Adelia dengan baik. Jika dia silap , tegurlah dia , didiklah dia dengan baik. Bimbinglah dia ke jalan yang telah direstui Allah. Janganlah tinggalkan dia hanya kerana kekurangnnya tapi perbaikilah kelemahannya , ya Syariff." nasihat Putera Wafiq Panjang lebar.

"Papa jangan risau , Syariff kahwin dengan Adelia bukan sebab dia sempurna tapi sebab dia pelengkap dalam hidup Syariff , pa. " balas Syariff.

Putera Wafiq memeluk tubuh menantunya sekejap sebelum dia dan isteri beralih memberi ruang kepada pasangan pengantin itu untuk sesi pemberian mas kahwin dan pembatalan wudhu'.

"Assalamualaikum , isteri."

"Waalaikumussalam , suami."

Mereka berdua saling bertukar senyuman saat Syariff mengambil tempat di sebelah Adelia.

kemudian penyerahan mas kahwin diteruskan dan diikuti dengan penyerahan tanggungjawab sehingga tibanya masa pembatalan wudhu'.

Mereka berdua bertukar pandangan sesama mereka. Syariff menyambut huluran seutas gelang emas yang diserahkan kepadanya. Dia merenung gelang itu buat seketika sebelum memandang ke arah Adelia. Adelia menghulukan tangan kananya. Saat tangannya disentuh oleh Syariff , semakin kuat debaran di jiwanya. Dia melihat Syariff memakaikannya seutas gelang emas.

Tidak lekang senyuman menghiasi wajah kedua mempelai itu. Berpusu-pusu orang merakamkan saat indah ini. Adelia menyambut cincin perak yang dihulurkan kepadanya. Dia menyentuh jari-jemari Syariff. Sama seperti Adelia , Syariff juga dapat merasakan jantungnya berdegup laju.

Sukar untuk dia menggambarkan perasaan bahagia dan syukur setelah orang yang dicintai mejadi halal untuknya. Kemudian , Adelia menghulurkan salam pertamanya sebagai seorang isteri. Syariff menyambutnya dengan baik. Adelia mengucup tangan suaminya dengan penuh kasih dan kemudian diikuti oleh ciuman lembut diubun-ubunnya.

Terkejut Adelia saat merasakan hembusan hangat di ubun-ubunnya. Walaupun Syariff bukan orang pertama yang menciumnya di situ tetapi ciuman Syariff membuatkan jantungnya semakin berdegup kuat.

ketika seluruh penduduk Lusia dengan gembiranya menyaksikan perkahwin dua mempelai itu , Malaysia pula ketika ini dikejutkan dengan berita sensasi iaitu Pelakon Malaysia Ira Adelia adalah Puteri Diraja Lusia. Rata-rata rakyat Malaysia sukar hendak percayakan semua ini.

Rayden Amar yang melihat live sesi pernikahan itu terdiam dan terkaku. Kali ini dia faham apa yang dikatakan oleh Vince mengenai video sensasi.

kali ini dia faham kenapa Adelia kata dia tak layak.

kali ini juga mula faham apa makna give up.

Dia tidak akan lagi cuba untuk merebut cinta Adelia.

Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Puteri Diraja Lusia. Dah lah anak raja , lepas tu bukan calang- calang anak raja tetapi keluarga Lusia. Sebuah negara yang gah dipersada dunia. Siapa lah dia nak berdiri di sisi Adelia jika nak dibandingkan dengan Syariff , Anak panglima tentera Lusia.

Ketika semua orang gembira dengan berita hangat itu , seseorang sedang berada dalam ketakutan.

Syakila tidak berhenti melihat live pernikahan keluarga diraja itu.

"Pe..perempuan ni , anak raja !?" soal Syakilla dengan tidak percaya.

Muiz perhatikan sahaja Syakila yang menggigil melihat siaran langsung itu.

"Muiz , I tak nak karier I hancur." adu Syakila. Muiz melepaskan keluhan kecil. Dia faham kenapa Syakila takut.

"Tula you , I dah pesan banyak kali jangan cari gaduh dengan newbie you buat jugak. Tengok sekarang , newbie yang you duk cuba nak jatuhkan dulu tu anak raja rupanya." tegur Muiz.

"You tak yah lah bebel kat I ! I tahulah I salah !!" marah Syakila dalam tangisan ketakutan.

Ketika Syakila menangis dan menyesal atas perbuatannya yang lalu , seseorang sedang duduk berehat di Hawaii tanpa pedulikan apa yang sedang berlaku di Malaysia.

"Baiduri , tak apa ke kita bercuti ke Hawai ni ?" soal manager pelakon baru itu.

Baiduri ketika itu sedang sedap berbaring di bawah panahan cahaya matahari dengan hanya berbini menjeling tajam ke arah managernya.

"Kenapa pula tak boleh bercuti !? If si minah tu boleh minta cuti tiga minggu , kenapa aku tak boleh pula !?" soal Baiduri dengan geram.

"Masalahnya , Ira Adelia tu artis meletop sekarang. Ni kalau producer filem tahu kita cuti ke Hawai tak ke nanti gossip baru naik ?" soal manager kepada Baiduri.

"Ni baiduri laa , kau tak payah nak risau sangat lah Aida." balas Baiduri dengan angkuhnya.







×××

Yeyy , finally ada update 🤭

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now