36 - Percaya

14.4K 828 9
                                    

'Ira Adelia bercinta dengan CEO HISTORY!'

'Pengakuan dari Rayden yang dia dan Ira Adelia menjalinkan hubungan istimewa.'

'Trending no.1 in Malaysia , Ira Adelia kekasih CEO Rayden Amar.'

'Prince Charming Malaysia sudah berpunya.'

Terbeliak besar mata Vince saat membaca satu persatu berita panas mengenai Adelia. Patutlah sebaik sahaja mereka tiba di set pengambaran , artis dan krew tak habis-habis tersenyum penuh makna pada Adelia.

"Ni kalau Tuan Syariff tahu , habis lah." keluh Vince.

"Vince !! Vince !!" teriak seseorang. Salah seorang crew drama terbaru Adelia tercungap-cungap menarik nafas di hadapannya.

"Ada apa ?"

"Nanti cakap dekat Adelia , boyfriend dia datang melawat." kata crew itu.

"Siapa !?"

"Siapa lagi kalau bukan prince charming !" kata crew itu dengan teruja. Mana tak teruja , susah tau nak berjumpa dengan Rayden. Orang yang bertemu empat mata dengan dia selalunya artis under History tak pun pengarah-pengarah filem dan juga penulis skrip. Mana main crew biasa jumpa CEO Rayden.

"Rayden Amar !?"

"Yela."

Mati lah aku !!

"Vince , vince.." suara Adelia menyedarkan Vince ke dunia nyata.

"Adelia." sahut Vince.

"Adelia , baguslah awak ada dekat sini. Ni, boyfriend awak baru je sampai set. Dia ada dekat khemah utama." kata crew itu.

"Boyfriend ?"

"Yela."

"Rayden Amar." kata Vince pula.

"MAMAT TU !? DIA BUAT APA DEKAT SINI !!?" melihat riak wajah Adelia sudah berubah , crew itu segera meminta diri untuk pergi.

"Tuanku , ada benda yang tuanku kena tahu."  vince menghulurkan fonnya pada Adelia. Terkejut Adelia membaca berita mengenainya.

"Apa semua ni !?" soal Adelia dengan tidak percaya.

"Saya rasa ni kerja Rayden , tuanku." kata Vince.

"Memang lain tak bukan kerja dia ! Memang tak faham bahasa betulah mamat tu !!" marah Adelia.

"Sabar tuanku sabar." pujuk Vince.

Adelia berjalan ke khemah utama meninggalkan Vince yang masih terpinga-pinga.

"Erh.. Erh tuanku jangan nak buat kerja gila !!" tegur Vince tetapi semuanya terlambat.

Adelia mendekati Rayden. Rayden yang perasan akan kelibat Adelia menghulurkan jambangan bunga ros kepada Adelia. Adelia sambut akan huluran itu dan menghempas ke lantai.

Terkejut semua orang yang berada di situ.

"Apa semua ni , Adel ?" soal Rayden dengan intonasi terkawal.

"I tak suka you datang tempat kerja I." kata Adelia.

Mata Rayden masih tertumpu pada bunga yang dihempas oleh Adelia. "Kalau Syariff yang datang hantar bunga you suka lah ?" soal Rayden dengan bengang.

"Of course I suka ! Boyfriend I bagi. Boleh tak you stopkan permainan kotor you. Tak payah lah nak sebar berita palsu yang you boyfriend I !" marah Adelia.

"Boyfriend you yang you sayangkan sangat tu kan , mana dia ? Kenapa dia rahsiakan hubungan you dengan dia !? Kalau dia sayang you , dia takkan simpan rahsia lah pasal hubungan you dengan dia." kata Rayden Amar dengan bengang.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now