77 - Copy Paste

14.6K 833 44
                                    

Syariff membalas pelukan Adelia dalam masa sama dia menjeling ke arah Farhan dan Zeera. "kau dah kenapa !?" soal Syariff dengan bengang. Tariff di sisinya juga turut memeluk pinggang Adelia.

"Mamma , mamma okay ?"

"Tanya bini kau lah ! Dia tolak wife aku dulu !" balas Farhan , tubuh Zeera yang terjatuh segera dibantu bangun. "Sakit tak ?" soal Farhan dengan nada risau kepada Zeera.

"Sakit , B. Siku I terhentak kat lantai." kata Zeera dengan gaya cebek-cebek nak nangis.

Adelia merenggangkan pelukannya , dia memandang ke arah Zeera dengan bengang. Air matanya dikesat kasar. "Kau boleh hina aku but bukan anak aku dan bukan laki aku." kata Adelia , tanpa menunggu balasan Zeera, Adelia terus berlalu pergi. Semua yang berada di situ diam memerhati ,masing-masing tidak berani nak bersuara.

"Ma ? Mamma !" Tariff mula berlari mengejar Adelia.

Syariff menjeling tajam ke arah pasangan suami isteri tersebut. Matanya dilerekkan kepada Vince yang berdiri tidak jauh dari dia. Tanpa berlengah dia terus berlalu pergi.

Tanpa perlu diarah , Vince segera melakukan tugasan , Haziq yang baru nak ikut Syariff ditariknya. "Kamu dan saya, selesaikan semua ni macam biasa." kata Vince dengan nada serius. Semua masih terjegat di khemah memandang pelik ke arah Vince. Haziq terus faham apabila Vince kata macam biasa kerana dia pernah nampak depan matanya sendiri cara Vince handlekan masalah yang melanda.

seram. bisik Haziq dalam hati.

Vince berjalan mendapatkan pengarah terlebih dahulu. "Encik Gary , shooting hari ini akan tergendala buat beberapa hari , pihak saya akan inform semula pada pihak penerbitan. Jangan risau , masalah ini akan kami selesaikan dengan segera. Oh , saya sarankan encik cari pelakon ganti kepada Zeera." kata Vince Bersama senyumannya. Vince bercakap sangat tenang tetapi seram , itu yang apa Haziq rasakan setiap kali melihat Vince selesaikan masalah.

"apa maksud you pelakon ganti kepada I !!?" tengking Zeera , dia merenung tajam ke arah Vince.

"Sebaik sahaja cik masuk makhamah untuk dibicara , cik tiada hak untuk mempersoalkan kenapa production kena cari pelakon ganti untuk cik." balas Vince dengan sangat tenang.

"I masuk makhamah ? kesalahan apa I buat ? Princess powerless tu yang tolak I dulu and I ada suami I as my saksi." kata Zeera dengan bangganya.

"Kesalahan kerana menghina keluarga diraja Lusia. Saya berharap kes ini tidak dibawa hingga ke Lusia atau hukuman berat menanti cik."balas Vince.

Semua memandang kesian ke arah Zeera , perempuan tu memang silap besar lah cari fasal dengan Puteri Diraja Lusia , dia tak tahu ke berita fasal Baiduri ?? Fikir setiap mereka dalam hati.

Zeera tertawa sinis , dia memandang ke arah suaminya. "B , I ada hina family dia ke ?" soal Zeera.

"Tak ada pula , dia yang tiba-tiba cari fasal dengan you dulu." balas Farhan.

Haziq memandang ke arah dua orang manusia itu dengan tidak percaya. Nampak sangat dorang yang cari fasal dulu !

"so princess powerless tu tak ada buktikan ? tak payah lah nak takut-takutkan I." kata Zeera dengan sinis. Vince tidak membalas , dia memandang ke arah Haziq yang senyap sahaja di sisinya.

"Haziq , sediakan flight and also kereta. Cik Zeera dan suami sila sediakan passport malam ni. Orang kami akan jemput cik dan suami dengan cara baik. Haziq , jom." kata Vince. Dia terus berlalu pergi. Haziq hanya mengikut di belakang.

Staff yang masih terjegat memandang ke arah Zeera dengan muka simpati. "Korang dah tak ada kerja ke huh ?" soal Zeera dengan bengang. Staff mula bergerak ke khemah masing-masing untuk setup next shoot.

Adelia HumairaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin