35 - Gila

14.1K 842 18
                                    

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat , Syariff berjalan mendekati tingkap kaca yang menjadi perantaraan luar dan dalam bilik. Jelas kelihatan kesibukan kota Kuala Lumpur ditengah malam.

"Syariff , kenapa ni ?" soal Adelia apabila Syariff masih tetap berdiam.

"Lia bukan barang." kata Syariff.

"Sejak bila pula saya barang ?" soal Adelia dengan geram. Dia mengambil tempat di kerusi berdekatan dengan Syariff.

"CEO awak lah anggap awak barang. Suka hati dia je minta awak dekat saya. Macam mana saya tak bengang !" terang Syariff , dia memandang Adelia meminta agar gadis itu sebelahkan dia.

"Dia minta saya dekat awak ? Macam mana ?" soal Adelia. Makin masam riak wajah Syariff dibuatnya.

"Saya tak suka cara dia nak awak. Saya tak suka !" kata Syariff.

Adelia melepaskan tawa kecil. "Boleh nampak yang awak tak suka , Syariff." kata Adelia sambil melihat sekeliling bilik hotel yang bersepah dengan barang yang berterabur di lantai.

"Awak jealous ?" soal Adelia apabila Syariff tidak membalas.

Syariff sudah memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan soalan yang ditanyakan oleh Adelia. Adelia mendekati Syariff , kedua-dua belah tangan Syariff digenggam erat. Mata mereka bertentangan.

"Sayang , dengar sini erh. Apapun terjadi , siapapun love rival awak , awak juga yang tetap saya pilih. Lagipun , siapa je yang boleh tandingi awak kalau bukan diri awak sendiri ??? Awak Syariff Iman. Nama awak sahaja dah cukup gah , belum lagi nama family awak. Ni kalau orang lain nak lawan awak , tak payah tengok salah silah keluarga ke apa.. Tengok muka je dah tahu awak menang." puji Adelia panjang lebar.

"Yeke ? Kalau orang tu Rayden ?"

"Awak tetap menjadi pilihan saya. Alah , kalau compare awak dengan si Rayden tu , awak seratus kali ganda hebat.."

"Betul ni ?"

"Erh tak tak.."

Terus berubah riak wajah Syariff.

"Awak berjuta kali ganda hebat." kata Adelia sambil mengukir senyuman mengusik.

Syariff tergelak kecil mendengar kata-kata Adelia. Dia menarik gadis itu agar masuk ke dalam pelukannya.

"Saya sayang awak , Adelia."

Adelia turut membalas pelukan Syariff.

"Saya tak sangka awak punya tahap cemburu tu boleh buatkan hidup orang lain huru hara !" usik Adelia. Dia mendongak untuk melihat wajah Syariff. Tergelak Syariff mendengar kata-kata Adelia.

"Rayden la ..  Apa dia ingat awak barang ke main mintak - mintak." balas Syariff. Adelia masih lagi dengan tawanya. Seronok tengok Syariff masam macam ni. Comel !

"Cant wait for you to be mine." ucap Syariff lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adelia berjalan laju menuju ke pintu pejabat Rayden Amar. Wajah masamnya membuatkan orang takut hendak menegurnya.

Vince hanya membuntuti tanpa persoalkan kenapa.

Tiba sahaja di hadapan pintu pejabat Rayden Amar , Adelia terus merempuh masuk dengan kasar.

"Apa semua ni Rayden Amar !!?" tengking Adelia dengan geram. Dia memandang ke arah Rayden yang sedang berada di meja kerjanya.

Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga mungkin tak menjangkakan yang Adelia akan datang ke pejabatnya.

"Ni kena mengena dengan I nak you ke Adel ?" teka Rayden.

Adelia mendesis kuat.

"Apa you cakap !?" soal Adelia dengan mata bebulat besar.

"Ni sebab semalam I cakap dengan boyfriend you yang I nak you dari dia ke ?" soal Rayden bersama senyuman manis terukir dibibirnya. Ni kalau perempuan tak ada boyfriend ni , memang laju lah cair !

"You memang tak guna !" marah Adelia.

"Kenapa ? You gaduh dengan boyfriend you ke semalam ? Its okay , break je dengan dia and jadi girlfriend I. I boleh bagi you lebih dari dia bagi you." kata Rayden dengan yakin.

"Huh , you ingat you hebat ?" soal Adelia dengan sinis.

"If being a CEO tu tak hebat di mata you , I tak tahu lah.. Nak pula I kan CEO History , the biggest Entertainment company in Malaysia." balas Rayden lagi.

"Syariff Iman."

"Who ?"

"Boyfriend I Syariff Iman. Setakat jadi CEO entertainment tak mampu untuk you bersaing dengan boyfriend I." kata Adelia dengan bangga. Asyik kau je berlagak dengan jawatan CEO kau kan ? Bisik Adelia dalam hati dengan geram.

"Huh , setakat mamat Lusia entah mana-mana I boleh beat lah. Dia kaya ? Atas hasil family dia so what."

"You tak kenal dia , you tak layak judge dia ! You , you nak I but you tak kenal pun saing you siapa sebenarnya. Huh , ada hati nak lawan boyfriend I. In your dream lah !" bentak Adelia.

Rayden Amar tergamam. Dia merenung tajam ke arah Adelia sambil mengetap kuat giginya.

"Dalam dunia ni , perempuan yang I kejar tak pernah I tak dapat—"

"Means , One day I akan dapat you , Adel."

"Huh ?" Adelia kehilangan kata untuk membalas lelaki dihadapannya !

"You gila !" marah Adelia.

"Yes , I gila kan you !" kata Rayden Amar.  Adelia terus melangkah keluar dari pejabat Rayden Amar. Panas hatinya , lelaki tu memang gila !









×××

Jangan lupa vote tau ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now