76 - Jealous ? In hell !

13.8K 816 73
                                    

"CUT !"

"Take 5"

Masing-masing mula berehat. Adelia berlalu ke bawah khemah kecil. Sesekali dia bertukar senyuman dengan pelakon lain.

"Erh , tu bukan husband Zeera ke ? Untung lah husband caring datang ke set." kata jurumekap.

Adelia tersenyum melihat ke arah pasangan yang baru sahaja bernikah dua bulan lepas. "Jealous betulah tengok orang sweet sweet ni.. Rasa nak ada husband cepat jer." kata jurumekap yang lain.

Tergelak Adelia mendengar perbualan mereka. "Nak kahwin , kahwin lah cepat kak." sapuk Adelia.

"Kalau dah ada calon boleh je akak kahwin. Masalahnya lelaki sekarang , ramai yang macam tak serius dalam perkahwinan." balas jurumekap itu dengan risau.

"Tak serius ?" soal jurumekap yang lain.

"Yelah , ni nanti dah ada anak , perempuan juga yang uruskan semua benda. Si suami tahu nak have fun je." kata jurumekap itu.

"Entahlah , saya terbalik. Saya harap sangat suami saya reti have fun jangan fokus sangat kerja. Tapi tak apalah, as long as dia sayang dan masih ingat keluarga dia , saya okay je." Kata Adelia.

Zeera melangkah masuk ke bawah khemah Adelia. "Hai , semua. Ni , husband I bawa sikit dessert. Cuba lah rasa." kata Zeera sambil hulurkan kotak lebar segi empat sama.

"Thank you." ucap yang lain.

"Adel , if husband I and I tumpang duduk bawah khemah you boleh ??" soal Zeera.

"I no hal.."

"B !" Zeera memanggil suaminya , dia memeluk erat lengan suaminya. Melihat beberapa orang staff masih terjegat di situ di menjeling ke arah mereka.

"I thought this khemah for pelakon only ? since when make up artist jadi pelakon ?" soal Zeera kepada staff. Mereka yang tengah makan dessert yang diberi terus terhenti makan. Hilang selera terus !

"I tak kisah pun if dorang nak duduk bawah khemah ni , plus this khemahkan for I ? I tak larang yang you nak larang kenapa ?" soal Adelia dengan sinis. Zeera berdehem beberapa kali sebelum dia kembali memandang ke arah suaminya.

"B , you nak air tak ?" soal Zeera. Dia menarik tangan Farhan mengikutnya duduk di hadapan Adelia.

"boleh juga.. lepas makan dessert rasa kering pula tekak I." balas Farhan.

"tula you , banyak sangat makan dessert kenapa ?" soal Zeera dengan nada marah-marah manja. Naik menyampah pula Adelia melihat pasangan kekasih ini. Tak apalah , baru kahwin , biasalah gedik melebih. bisik Adelia dalam hati.

"nak pergi mana ??" soal Adelia apabila perasan jurumekap mengangkut beg make up mereka keluar dari khemah. Salah seorang jurumekap memandang ke arah Zeera sebelum menjawab soalan Adelia. "Khemah staff."

"tak payah lah, stay lah dengan saya kak. bosan lah duduk sini sesorang , manager saya dah hilang entah ke mana." pinta Adelia.

"nanti apa kata orang pulakan ??" sindir jurumekap kepada Zeera. Zeera menjeling semula ke arah kedua-dua jurumekap sebelum memeluk lengan suaminya dan mengadu domba. Kedua-dua jurumekap itu terus berlalu pergi.

"tengok tu B ! tak padan dengan make up artist! ada hati nak jelling I !?" soal Zeera dengan tidak puas hati.

"you nak I cakap dekat pengarah tak ? biadap betul." balas Farhan.

Adelia menggenggam erat kedua-dua belah penumbuknya. "Tak perlu lah B , nanti apa kata orang kat I pula.. masalah kecil nak dibesarkan" balas Zeera , sakit hati pula Adelia melihat muka kesian Zeera.

"Sayang , for you, I sanggup buat apa sahaja." kat Farhan. tanpa sengaja Adelia tergelak kuat mendengar kata-kata Farhan. Apa suami isteri ni ingat mereka tengah shooting drama 'Cinta Teragung' ke huh ????

Zeera memandang ke arah Adelia dengan muka tak percaya ?

"Adel , if you jealous tak payah lah sampai berlakon gelak pula. Nanti orang ingat you gila pula...hahaha..just kidding kayy. Don't take it serious tau." balas Zeera Bersama ketawa sinis dihujung ayatnya.

"nah , I tak ada masa nak jealous dekat both of you.." balas Adelia.

"if you tak jealous , okaylahh.. I cakap jer , yelah husband you kan dah duakan you.. i'm sorry about that." kata Zeera dengan muka simpatinya. Tersentap Adelia mendengar kata-kata Zeera.

"kau cakap apa !!??" tengking Adelia.

"if you tak jealous.."

"Lagi satu !"

"husband you kan dah duakan you." habis sahaja baris ayatnya , Adelia terus melempang muka Zeera sekuat hati. Terpaling Zeera, terkejut pasangan suami isteri itu.

"KAU DAH KENAPA !?" tengking Zeera pula.

"Mulut kau tu macam longkang ! erh , apa kata kau orang laki bini balik , reflect balik perangai korang." balas Adelia dengan puas. Puas dapat lempang perempuan ni. Dia tak sangka junior sekarang perangai biadap gila.

"erh , semua orang tahu lah kau dan laki kau dah tak bersama ! ingat semua orang buta sampai tak perasan yang kau sejak tahun lepas ke hulur ke hilir dengan anak kau je tapi laki kau hilang tah ke mana ! Last year , birthday party anak sendiri pun laki kau tak ada untuk sambut , nampak sangat lah korang laki bini fake ! birthday anak sendiri kut tapi tak datang , ke anak kau tu bukan anak laki kau but dengan lelaki lain ????" kata Zeera Panjang lebar.

"kau siapa nak sebarkan fitnah fasal family aku ??" soal Adelia dengan bengang. Pertengkaran mereka mula mendapat perhatian staff dan barisan pelakon yang lain. Adelia mengangkat tangannya untuk melempang Zeera buat kali kedua tetapi ditahan oleh Farhan.

"perempuan , kau anak raja ke apa ke.. yang kau lempang tadi tu bini aku." kata Farhan.

Zeera tersenyum sinis ke arah Adelia yang sedang menahan marah. Matanya mencerlung memandang ke arah Zeera.

"Kan senang if dari awal kau tak hipokrit , so ni lah perangai kau yang sebenar , puteri Adelia ?" soal Zeera dengan sinis.

"Kenapa ni Adel ? Zeera ?" soal Gary , pengarah drama mereka.

"Gary , this is the real Adel yang semua orang duk banggakan and agungkan sangat. rupanya perempuan kaki pukul ! patut lah laki cari perempuan lain !! KESIAN." Dengan kudrat yang ada, Adelia menolak sekuat hati tubuh Zeera. sakit hatinya dengan setiap kata-kata Zeera. Zeera jatuh terduduk , Farhan tak sempat nak tahan Zeera daripada jauh. Melihat isterinya jatuh , Farhan menolak Adelia.

Adelia terkejut , tubuhnya hilang imbangan.

satu. dua. tiga.

"erh ?" soal Adelia apabila dia tidak terasa impak jatuh.

"sayang , sayang okay ?" soal satu suara yang sangat Adelia kenal.

"Syariff ??" Adelia tergamam. Tanpa menunggu balasan daripada Syariff , Adelia mula memeluk erat leher Syariff dan menangis di dada suaminya.








×××
Semalat Hari Raya Aidil Adha 💕
Sorry for lama tak update.

Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now