4 - Dress

18.9K 1.1K 48
                                    

Adelia melangkah keluar dari bangunan sekolahnya. Langkahnya terhenti saat terpandang akan sebuah kereta Maybach hitam terpakir elok di hadapan pintu utama bangunan itu.

Disebelah kereta itu , berdiri seorang kundang sambil melihat sekeliling. Dia pasti kundang itu adalah Vince. "Cari aku lah tu." bisik Adelia dalam hati.

Dia berjalan dengan muka tidak bersalah ke keretanya. Riak wajah Vince berubah saat melihat Tuan Puteri yang hilang. "Tuanku ! Terkejut patik dibuatnya , tiba-tiba hilang tiba-tiba muncul. Kalau berterusan mahu kena serangan jantung patik." bebel Vince.

"Macam mana tahu saya ada dekat sini ?" soal Adelia.

"Tuanku Wafiq khabarkan yang tuanku mesti ada di sini."  jawab Vince.

Pintu Maybach dibuka , tanpa bersuara Adelia melangkah masuk ke dalam kereta. Pandangan matanya sempat berlaga dengan mata Syariff yang berjalan keluar dari pintu utama bangunan sekolah mereka sebelum pintu ditutup rapat. Vince pula terus mengambil tempat di sisi pemandu.

Syariff perhatikan sahaja kelibat kereta Maybach hilang dari pandangannya. "Siapa budak perempuan tu sebenarnya ?" soal Syariff.

Di dalam Maybach hitam , Adelia merenung keluar tingkap dengan muka bosan. Vince perasan akan riak wajah Adelia melalui cermin pandang belakang. "Tuan Puteri ada masalah ke ?" soal Vince.

"Saya tak nak balik istana lagi." kata Adelia.

"Tuan Puteri nak ke mana ?" soal Vince.

"Jalan-jalan maybe." balas Adelia.

Vince terdiam buat seketika. Dia kemudiannya bercakap dengan pemandu kereta. Tidak lama selepas itu , Adelia perasan yang kereta mereka seperti tidak menuju ke istana.

"Vince , kita nak ke mana ni ?" soal Adelia.

"Kita pergi LCC. Bolehlah tuanku jalan-jalan cuci mata , makan ice cream , cake and chocolate serta shopping." kata Vince.

Terus berubah riak wajah Adelia. "Nak nak nak !" Sebaik sahaja wajah Tuan Puterinya sudah tersenyum , Vince turut tersenyum lega.

"Vince , baju saya ada dalam kereta tak ? Saya nak tukar baju nanti." tanya Adelia.

"Ada tuanku. Dalam drawer." jawab Vince.

Tiba sahaja di LCC , Lusia City Centre. Adelia berjalan mencari ladies untuk dia menukar pakaian sekolahnya. Berpasang-pasang mata yang memandang saat Adelia melangkah masuk ke dalam LCC gara-gara dia diiringi oleh pengawal-pengawal keselamatannya.

Setelah siap menukar pakaian , Adelia menyerahkan bajunya kepada Vince. Vince pula menyerahkan sling bag kepada Adelia tanpa dipinta.

"Vince." panggil Adelia.

"Ya , Tuanku."

"Saya tak nak bodyguard follow saya secara terang-terangan." kata Adelia.

"Tu tak boleh tuanku. Kita datang sini secara mengejut dan tak inform istana jadi mereka tidak bawa sebarang pakaian penyamaran tuanku." balas Vince.

"Macam tu jangan follow saya." putus Adelia.

"Tu tak boleh tuanku. Keselamatan tuanku tanggungjawab kami." kata Vince lagi.

"Fine. Saya nak seorang sahaja yang ikut saya tapi dia kena tukar pakaian dia. Suruh dia beli baju yang sesuai. Saya bagi 5 minit je." arah Adelia.

Berlari Vince keluar ladies untuk memberitahu kepada bodyguard istana.

Adelia tidak perlu tunggu lama pun , tidak sampai 3 minit salah seorang bodyguard sudah kembali dengan pakaian biasa.

"Awak tak perlu follow saya dengan dekat. Awak perlu dekat dengan saya bila saya panggil. Faham ?" soal Adelia saat mereka mula meninggalkan Vince dan pengawal keselamatan yang lain.

"Faham tuan puteri." jawab bodyguard itu.

Adelia terus berjalan laju meninggalkan bodyguard-nya dibelakang.

Vince memerhatikan jam dipergelangan tangannya. Sudah hampir 2 jam berlalu bayang Adelia masih tidak kelihatan. "Dapat contact Zaid tak ?" soal Vince kepada salah seorang bodyguard.

"Zaid kata tuan puteri sedang berjalan-jalan sambil makan ais krim. Dia kata lagi , tuan puteri seperti tiada rupa nak balik lagi." lapor salah seorang bodyguard.

Vince sudah tidak senang duduk. Kalau Tuan Putera sedar mereka tidak pulang-pulang lagi apa dia nak jawab ? Dia yang bawa Puteri Adelia ke sini. Vince melepaskan keluhan kecil. Dia membuat panggilan di telefonnya.

"Khabarkan kepada Tuan Putera yang Puteri Adelia  berada di LCC. Khabarkan lagi bahawa Tuan Putera tidak perlu risau , keselamatan Tuan Puteri terjamin." kata Vince. Dia memutuskan adalah lebih baik jika pihak istana tahu akan ketiadaan Puteri Adelia di istana.

Adelia berjalan di sekitar LCC sambil melihat pakaian-pakaian yang dipamerkan di setiap butik pakaian. Rambang mata dia sebaik sahaja masuk ke sebuah butik pakaian.

Semua dress - dress di sini membuatkan dia jatuh hati untuk membeli satu. Baru sahaja dia hendak menyentuh sehelai pakaian yang tergantung , seseorang merampasnya terlebih dahulu. Tergamam Adelia dibuatnya.

Dia memandang ke arah gadis yang merampas pakaian tadi. Perempuan itu tersenyum sinis ke arahnya. "Sejak bila sebarangan orang boleh masuk ke dalam butik Brilliant ?" soal perempuan itu dengan sinis.

Perempuan itu memandang ke arah Adelia dengan pandangan menghina seperti memperlekehkan pemakaiannya.
"You're wearing an unknown brand , ada hati nak pegang brand Brilliant." kata perempuan itu lagi.

"Excuse me !" teriak perempuan itu.

Staff yang bertugas terus berlari mendapatkan perempuan itu. "Boleh saya bantu , miss ?"

"Since when brand brilliant jatuh standard ni ? Ha !?" tengking perempuan itu. Kecut perut pekerja wanita itu dibuatnya.

"This brand bukan brand kau kan ? Yang kau nak berlagak macam brand ni brand kau punya apasal ?" soal Adelia dengan bengang.

"Hey , aku kenal lah siapa pemilik brand ni ! And for your information , sekilas aku pandang kau. Aku tau kau tak mampu beli so tak payah nak bermimpi lah masuk dalam butik ni and pegang dress - dress yang ada dekat dalam ni. Tak payah nak kotorkan dress ni dengan tangan kau yang kotor." kata perempuan itu dengan angkuhnya.

Adelia melepaskan ketawa kecil sebaik sahaja perempuan tu menamatkan kata-katanya.

"Kau sedar tak kau baru cemarkan nama Brilliant. It's okay if aku tak mampu but tak salahkan if aku nak tengok ?" balas Adelia.

"For your information , dari harga dress ni beribu lepas apa kau cakap tadi terus jadi tak berharga." Tanpa menunggu balasan gadis tadi , Adelia terus melangkah keluar dari butik Brilliant. Tiada mood dia hendak bergaduh dengan perempuan tadi.

Tergamam perempuan itu , dia mencampak kasar dress yang dipegangnya ke lantai. Dengan geram dia mendekati Adelia , baru sahaja tangannya hendak menarik rambut Adelia seseorang menahan tangannya.

"Arghh !" terjerit dia saat tangannya digenggam kuat oleh lelaki yang tidak dikenali.

Adelia menoleh melihat apa yang berlaku di belakangnya. "Kan saya dah kata keluar bila saya panggil." kata Adelia pada bodyguard-nya.

"Maaf tuanku tapi dia cuba mengapa-apakan tuanku. Tak mungkin saya akan biarkan." balas Zaid.

Terdiam perempuan itu saat terdengar perbualan mereka berdua. Kecut perut dia saat teringat semula apa yang dia semburkan pada perempuan di hadapannya.

"Lepaskan dia Zaid. Jom balik." arah Adelia. Sebaik sahaja Adelia berlalu pergi , jatuh terduduk gadis itu dibuatnya. Menggigil tangannya saat tahu siapa gadis yang dia cuba cari gaduh tadi.








×××
💚 Jangan lupa Vote dan
tinggalkan Komen💚

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now