37 - Fiance

15.3K 888 20
                                    

Hari berganti hari , minggu berganti minggu , pejam celik-pejam celik. Sudah sebulan berlalu. Pengambaran untuk drama terbarunya akan tamat dalam dua minggu lagi. Semenjak hari terakhir dia berjumpa dengan Syariff , langsung tiada khabar berita dari Syariff. Nak pula dia juga sibuk dengan kerjayanya sekarang. Tiada masa untuk menghubungi Syariff.

"Tuanku, ni dress for tonight." Vince mematikan lamunan Adelia. Baju untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 20XX ditunjukan kepada Adelia.

"Cantik tak ?" soal Vince.

"Cantik."

"Ni saya tempah khas dari jenama favourite tuanku. Brilliant. Baru je sampai dari Lusia." kata Vince dengan teruja.

Adelia hanya mengangguk. Vince sudah mencebik masam saat melihat Adelia yang acuh tak acuh sahaja melayannya. Dah lah tadi dia perhatikan sahaja tv dekat ruang tamu ni terpasang tapi macam tv yang tengok Adelia bukan Adelia tengok tv. Mengelamun je kerja !

"Tuanku , saya bercakap dengan tuanku ni." tegur Vince.

"Apa dia Vince ?"

"Tuanku fikir apa sampai mengelamun tak ingat orang sekeliling ?" soal Vince.

"Tak ada apalah. Dah lah saya nak naik atas dulu. Nak rehat." kata Adelia.

"Hmm.. Okay. Jangan lupa petang nanti bersiap untuk malam ni. Pukul 9.00 red carpet ABPBH start. Kita kena ada dekat sana pukul 8.30 , Farhana dah setuju untuk berjalan dengan tuanku di red carpet. So , kita kena jemput dia dulu before pergi ke ABPBH." kata Vince panjang lebar.

"Okay.."

Vince perhatikan sahaja Adelia yang mendaki tangga dengan lemah. Dah kenapa dengan Puteri seorang ni ? Gaduh dengan encik tunang ke ?

Bunyi deringan telefon Vince menyedarkan dia. Segera panggilan diangkat.

"Hello , Tuan." tegur Vince.

"Apa dia ? Tuan pasti ke ?" riak wajah Vince berubah.

"Apa saya nak cakap dengan Tuan Puteri nanti ? Saya tak nak kena marah." kata Vince dengan takut-takut.

"Tuan tak boleh buat saya macam ni."

Selepas diam buat seketika , Vince melepaskan keluhan kecil. "Baiklah tuan." ucap Vince sebelum panggilan tamat.

Malam itu seperti yang dijanjikan , mereka menjemput Farhana terlebih dahulu. Sebuah kereta Perdana ditempah khas untuk malam ABPBH. Mata Farhana tidak sudah menjeling Adelia yang berada di sisinya. Vince juga perasan akan pandangan Farhana kepada Adelia.

"Farhana kenapa ni ?" tegur Vince dari seat sebelah pemandu.

"Saya tak nak turun dengan Adelia." putus Farhana. Terkejut Adelia mendengar kata-kata Farhana.

"Kenapa ?" soal Adelia dengan tidak percaya. Dah kenapa pula Farhana buat dia macam ni ? Dia ada buat salah ke ?

"Tak ada la.. Aku cuma nak jalan seorang dekat red carpet."

"Tapi kan kau dah janji nak jalan sekali dengan aku." tegur Adelia.

Vince menjeling mereka berdua dari cermin pandang belakang. Dia hanya mampu tersenyum kecil. Dia faham kenapa Farhana tak nak jalan sekali dengan Adelia kerana malam ini Adelia tersangatlah menyerlah. Ni kalau Farhana jalan sebelah Adelia mahu tenggelam dia.

"Siapa suruh tuanku cantik sangat." bisik Vince dalam hati tanpa sedar dia tergelak kecil.

Tajam Adelia merenung Vince dari cermin pandang belakang. "Apa yang lawak sangat Vince ?" soal Adelia.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now