15 - Hukuman

18.6K 999 11
                                    

Selepas lama menanti , akhirnya tiba masa Majlis yang dinantikan oleh semua orang. Adelia masih di hadapan meja solek. Stylist-nya sibuk memakaikan selendang untuknya memandangkan majlis malam ini adalah majlis tahlil arwah mama dan doa selamat sempena dua tahun dia bersama Sultan Amirullah sekeluarga.

Untuk malam ini , semua ahli keluarga diraja memakai pakaian simple. Yang lelaki memakai baju melayu putih cream manakala yang perempuan memakai baju kurung atau jubah putih cream.

Kebanyakan tetamu yang hadir turut memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis malam ini. Cuma ada jugalah dua tiga orang yang pakaiannya memang tidak salah , sopan tetapi terlebih melaram dengan batu-batu yang hiasan ataupun berkilat-kilat bajunya.

"Jaga bahasa. Guna bahasa istana." pesan Puteri Kasih saat mereka sekeluarga berkumpul sebelum bertemu tetamu. "Protokal kena ada." pesan Puteri Kasih.

Adelia memandang Puteri Kasih dengan muka bosan. "Mom , mom dah ulang benda sama beribu kali. Kita semua faham." balas Adelia.

"Bonda." tegur Puteri Kasih.

"Mommy , perlu ke ?" soal Adelia , ni terlampau protokal sangat.

Puteri Kasih membalas dengan renungan matanya.

"Baiklah bonda , anakanda menjunjung perintah."  ucap Adelia.

Di dewan utama , semua rakyat jelata yang hadir menanti akan kemunculan keluarga diraja. Semua menteri Lusia hadir ke majlis tahlil dan doa selamat pada malam itu.

"Memaklumkan ketibaan Putera Hafiq Zaith , Puteri Wafina , Puteri Intan Zulaikha , Putera Thaqeef Zaith dan Putera Shaqeef Zaith." ucap pengurus majlis istana. Suasana dewan yang tadi bising dengan suara tetamu berbual sesama mereka mula senyap. Masing-masing terpegun melihat keluarga diraja yang membawa aura tersendiri.

Tidak lama selepas keluarga Putera Hafiq mengambil tempat. Pintu dewan terbuka luas menyambut ahli keluarga diraja yang lain.

"Memaklumkan ketibaan Putera Wafiq Zaith , Puteri Kasih Azlyn , Puteri Adelia Humaira , Putera Hazreeq Zaith , Puteri Laila Azlyn , Putera Shazreeq Zaith dan Putera Qhalif Zaith." saat nama Puteri Adelia Humaira disebut oleh pengurus majlis. Hampir semua orang tertumpu ke arahnya.

Untuk kali pertama , Puteri sulung Putera Wafiq menampilkan wajahnya di khalayak ramai. Ada yang terkejut saat melihat dia dan ada yang terpana melihat kejelitaannya.

Mata Syariff langsung tidak lari daripada melihat Adelia. Gadis itu kelihatan sangat berbeza saat berdiri di sebelah Putera Wafiq.

"Memaklumkan ketibaan Sultan Amirullah Zaith , Sultan ke - 21 , Lusia." kata pengurus istana. Semua tetamu berdiri tegak saat pemerintah mereka berjalan masuk ke dalam istana.

Majlis mereka malam itu dimulakan dengan majlis tahlil dan kemudian diikuti dengan majlis doa selamat. Tuan Wafiq menyampaikan sedikit ucapan , dia juga menyatakan bahawa majlis tahlil diadakan adalah sempena dua tahun permegian arwah bekas isterinya iaitu ibu kandung puteri sulungnya.

Manakala majlis doa selamat pula adalah tujuan untuk mengucapkan kesyukuran kepada ilahi kerana sudah dua tahun Puteri Adelia tinggal bersama keluarga diraja Lusia dan juga untuk memperkenalkan Puteri Adelia kepada menteri-menteri yang lain.

Dari awal majlis hingga ke akhir majlis , Puteri Adelia adalah orang yang palik sibuk. Sekejap-sekejap Sultan Amirullah memanggilnya untuk diperkenalkan kepada kenalan baginda. Tidak , Sultan , Putera Wafiq , tidak Putera Wafiq , Puteri Kasih.

Sibuk betul dia malam itu.

"Tuanku , baginda sultan memanggil tuanku untuk berkenalan dengan Panglima tentera laut negara." kata pelayan yang bertugas.

Adelia HumairaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant