14 - Aku tahu kau sayang aku

17.2K 995 4
                                    

Adelia melangkah ke dewan santapan. Kelihatan adik-adiknya sedang bersarapan seperti biasa sebelum ke sekolah.

"Vince." panggil Adelia.

"Ada apa tuanku ?"

"Saya nak cappucino ice from DiamondCal." pesan Adelia.

Hazreeq dan Laila memandang ke arah Adelia yang sedang menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Kenapa ?" soal Adelia. Dia memandang adik-adiknya sebelum memandang ke arah Vince pula.

"Cappucino ??" soal Hazreeq. Semua orang dalam istana ini tahu yang kakaknya tidak boleh langsung makan atau minum kopi.

"Owh ya.. Beli dua ya Vince. Satu sejuk dan satu lagi panas." pesan Adelia lagi. Dia baru teringat yang Linda tidak cakap pun dia nak sejuk ke panas so langkah selamat beli dua-dua sahajalah.

Terdiam semua orang dibuatnya.

"Vince , saya nak before sekolah start." tambah Adelia lagi.

"Baik tuanku." Vince terus berlalu pergi untuk mengarahkan pelayan membeli air yang dipesan oleh Adelia.

"Akak demam ke tetiba nak minum cappucino ?" soal Hazreeq.

"Of course bukan akak yang nak minum. Adalah.." balas Adelia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kereta Maybach hitam sudah terpakir lama di hadapan pintu utama sekolah tetapi Adelia masih tidak keluar-keluar dari dalam kereta. "Lambat lagi ke Vince ?" soal Adelia pada Vince yang duduk di sebelah pemandu.

"Pelayan istana dalam perjalanan tuanku." jawab Vince.

Adelia bermain dengan fonnya , tiba-tiba dia mendapat message whatsapp daripada Syariff.

Kau buat apa dalam kereta tak turun-turun ?
- Syariff.

Buat bodoh.
- Adelia.

"Tuanku , mereka sudah tiba." kata Vince. Dia melangkah keluar untuk membukakan pintu untuk Adelia.

Seorang pelayan istana menghampiri mereka berdua dengan air yang dipesan. "Hantarkan air ni ke kelas Intan. Air ni bukan untuk Intan tetapi Linda , classmate Intan. Vince , tolong tinggalkan note yang saya beli air ni untuk Linda. Saya pesan dua jenis air ni sebab saya tak tahu Linda tu suka panas ke sejuk." sempat lagi Adelia meninggalkan hint untuk Vince menulis note buat Linda.

"Baik tuanku." akur Vince.

Adelia mendekati Syariff yang berdiri tidak jauh dari muka pintu bangunan sekolah. Syariff menjuihkan bibirnya ke arah Vince dan pelayan istana.

"Kenapa tu ?" soal Syariff.

"Tak ada apa. Just suruh dorang hantarkan pesanan." balas Adelia.

"Pesanan ?" soal Syariff.

"Tak ada apalah. Jom , nanti lambat ke kelas pula." ajak Adelia.

Vince berjalan masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan 5 , saat matanya berlaga dengan mata Puteri Intan , dia hanya menunduk hormat. Terkejut Intan saat melihat kelibat kundang peribadi Adelia.

Baru sahaja dia hendak menegur , dilihatnya Vince meletakan dua jenis air di atas meja Linda bersama sehelai sticky notes pada salah satu air.

Tidak lama selepas Vince berlalu pergi , Linda melangkah masuk ke dalam kelasnya. Seperti hari-hari yang lepas , dia akan menegur Puteri Intan terlebih dahulu. "Good Morning , Tuan Puteri." ucap Linda. Intan seperti biasa hanya membalas dengan senyuman paksaannya.

"Linda , kamu ada pesan air ke ?" soal Intan. Linda tersenyum lebar saat Intan menyoalnya , tidak pernah-pernah Intan memulakan perbualan dengannya selama ini. Nampaknya ini petanda yang baik.

"Air ? Tak ada pula. Kenapa ?" Linda melihat mejanya. Terus dia berlari anak ke mejanya. Dia membaca notes yang terlekat pada salah satu air. Nampaknya , perempuan tu betul-betul belikan air buatnya.

Linda menghampiri meja Intan bersama dua air di tangannya. "Tuan Puteri , patik ada dua air cappucino. Satu ice and satu lagi hot. Tuan puteri nak yang mana ?" soal Linda.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adelia menguap bosan saat membaca message whatsapp daripada Intan.

Kau dah kenapa buang tabiat belikan air untuk si Linda tu ? Kau sengaja nak naikan kemarahan aku ke ? Dengan aku kau tak pernah pun suruh Vince sampai hantarkan air tapi kau bagi Vince hantarkan air untuk Linda. Budak yang aku tak suka !!!!!!!! Siapa member kau sebenarnya , aku ke Linda !?
- Intan.

Entah kenapa dia seperti terdengar suara Intan membebel kepadanya. Adelia menghubungi Vince.

"Vince , Chocolate Hazelnut satu." pesan Adelia.

"Tak payah beli dekat DiamondCal. Ni untuk Puteri Intan." kata Adelia lagi. Rasanya bila dah sebut Puteri Intan , pandai-pandai lah Vince uruskan.

"Hantar waktu lunch terus ke meja dia. Tambah sticky notes sekali , tulis jer sorry. Lepas tu tambah lah apa yang special , janji tak sama macam pagi tadi. Ni kena extravaganza sikit." pesan Adelia panjang lebar. Panggilan terus dimatikan.

Seperti yang dipesan oleh Adelia , Vince kembali semula ke sekolah Adelia ketika waktu rehat. Dia membekalkan minuman yang dipesan oleh Adelia dalam tumbler with straw khas untuk Puteri Intan. Demi Puteri Intan , Puteri Adelia meminta chef Istana menyediakan air kegemaran Puteri Intan.

Vince melangkah masuk ke dalam kelas Intan. Dia terus berjalan ke meja Puteri Intan. "Tuanku , ni air kegemaran tuanku." kata Vince pada Intan.

Intan melihat sticky notes yang terlekat pada tumbler. 'Sorry , jangan merajuk.' Vince hanya tersengih. Jangan merajuk tu dia yang tambah. Melalui apa yang dipesan oleh Puteri Adelia , dia boleh teka yang Puteri Intan merajuk.

"Thank you , Vince." ucap Intan.

"Patik tidak buat apa-apa pun , tuanku. Patik hanya menurut perintah." balas Vince.

Intan tersenyum senang , dia menyedut air kegemarannya. Tiada yang sedap melainkan air buatan tangan chef  istana. Sedapnya.

Pelajar lain yang melihat reaksi Puteri Intan turut terliur melihatnya. Ada juga diantara mereka yang perasan akan Vince. "Bukan ke perempuan ni orang yang sama hantar air ke meja Linda ?" soal salah seorang pelajar.

"Tuanku , patik minta diri dulu." pinta Vince apabila melihat Intan begitu asyik dengan airnya.

"Alright." balas Intan. Dia mengambil gambar airnya dan send ke Adelia.

Adelia yang ketika itu sedang makan bersama Syariff melihat telefonnya. Tersenyum dia melihat message whatsapp Intan.

Thank you Liaaa !!!!
Xoxo , aku tahu kau sayang aku 💕💕💕
- Intan.

Macam-macamlah Intan ni.

"Siapa yang message ?" soal Syariff.

"Intan." jawab Adelia. Syariff hanya mengangguk faham.









×××

Sapa boleh teka apa Adelia cuba nak buat ?
Do vote & komen ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now