💋 •BAB 65•

66.3K 3.4K 256
                                    

"NO. Tak boleh keluar. Tak boleh." Ammara Rose terus menutup pintu sangkar kucing itu. Terus mengiau si Labu dan Puteh. Si Labu pula sudah memanjat sangkar. Tangannya keluar tergapai-gapai bagai cuba memanggil Ammara Rose.

Ammara Rose menarik senyum lucu melihat tingkah Labu. Nak keluar lah tu.

"Tak boleh. Duduk dalam sangkar tu. Nanti mama dah balik kerja, mama keluarkan Labu sekejap ya." Ammara Rose menggosok hidung Labu dengan jarinya sebelum dia terus bangkit dan berlalu dari situ.

Terhenti langkah Ammara Rose saat terpandangkan susuk tubuh yang diam bersandar di pintu. Mata bertentang mata. Ammara Rose terus kecilkan mata dan tersenyum nakal.

"Wah wah wah. Ada orang tu usyar kita ke?"

Senyuman nipis di bibir Enrique terus mati mendengarnya.

"Mana ada. Aku usyar Labu. Perasan." Enrique jeling Ammara Rose atas bawah sebelum dia memboloskan tubuh masuk ke dalam rumah.

Ammara Rose sembunyi senyum sahaja. Langkah Enrique diekori.

Ya lah tu.

"Abang dah sarapan?" Tanya Ammara Rose.

"Dah. Kau dah sarapan ke belum?" Tanya Enrique seraya berpaling memandang Ammara Rose di belakangnya.

"Sudah." Balas Ammara Rose bersama senyuman. Pandangan mereka bertentangan seketika sebelum mata Ammara Rose jatuh ke arah tangan Enrique yang masih setia melilit tali leher dari tadi.

"Sini. Rose tolong abang." Ammara Rose terus menarik tali di leher Enrique ke arahnya.

Enrique tersentak saat tubuh terdorong sedikit ke arah Ammara Rose. Namun seketika kemudian dia angkat bahu dan mendekatkan diri dengan isterinya.

Ammara Rose lincah melilit tali leher berwarna merah hati itu. Tali leher ini agak licin. Padanlah payah benar gaya Enrique nak lilit tadi.

Mengeras tubuh Ammara Rose saat ada sesuatu melingkar nakal di pinggangnya. Tangannya terhenti. Mata pula perlahan-lahan memandang wajah selamba Enrique. Sangat selamba sampaikan badak pun boleh surrender.

Mata Enrique mencerun memandang pandangan Ammara Rose. Reaksi wajahnya kosong. Tapi pipinya  berbahang merah. Malu.

Menyenget bibir Enrique melihat tingkah Ammara Rose. Ammara Rose larikan anak mata. Tangan kembali lincah melilit tali leher itu.

Cis!

"Dah siap." Ammara Rose menelan liur apabila tangan kasar itu masih di pinggangnya. Namun dia menarik nafas lega apabila tangan itu perlahan-lahan jatuh dari terus melingkar elok di pinggangnya.

Enrique menyentuh tali leher tadi. Hmm. Nice.

Fuh. Lega benar Ammara Rose rasa bila lelaki itu berpaling membelakanginya.

Berdebar. Tak aman rasa jantung ni.

"Meh. Aku tolong kau pula." Enrique senyum senget dan kembali mendekati Ammara Rose.

Ammara Rose terkebil-kebil. Alamak. Ni yang rasa tak aman ni.

Enrique menolak lembut dagu Ammara Rose agar memandang ke arahnya. Tangannya pula terus melipat tudung bawal yang dipakai gadis itu.

Ammara Rose senyum bila Enrique melipat tudungnya. Tapi senyumannya terus terpadam saat terasa awning tudungnya bulat menyentuh kepala. Terus wajah Enrique yang sedang tahan senyum lucu itu dipandang dengan ekor mata.

Are you serious bruh?

"Abang..."

"Apa? Comellah. Aku suka tengok budak sekolah lipat tudung macam ni. Comel." Ujar Enrique selamba.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now