💋 •BAB 69•

62.7K 3.3K 240
                                    

AMMARA ROSE mengelap rambutnya yang basah dengan tuala di tangan. Berkerut dahinya melihat suasana bilik yang sunyi dan sepi. Sejak dia bangun dari tidur tadi, bayang Enrique tidak kelihatan di mana-mana. Tidur ke bila dia langsung tak sedar sampai tengah hari ni? Mungkin dia penat sangat. Lagipula bangun sahaja dari lena tadi, kepala terasa ringan benar. Langkah pun agak terhuyung-hayang sedikit.

Oh ya. Enrique.

Ke mana pula lelaki itu pergi?

Ammara Rose mula rasa tak sedap hati. Lantas dia mengatur langkah keluar dari bilik dan turun ke dapur. Suara riuh dan bau masakan yang enak dari dapur membuatkan Ammara Rose berasa semakin bingung. Siapa?

"Nah makan. Kau tak makan aku sumbat kat lubang hidung kau." Bebel Q seraya meletakkan mangkuk berisi nasi goreng di atas meja. Comel sahaja lelaki itu dengan apron bunga-bunga di tubuhnya yang tegap tu.

"Eleh. Baru masak nasi goreng dah berlagak." Bidas Cleopatra.

Ammara Rose terus menutup kepala dengan tuala dan memandang pelik Q, Cleopatra dan Rachella yang tenang berada di dapur rumahnya. Enrique bagi pula dia orang bertiga ni buat rumah ni macam rumah dia orang sendiri?

Pelik.

"Kau semua buat apa kat sini?"

Terus tiga ratus enam puluh darjah Q berpusing mencari punca suara itu.

"Eh Am. Kau dah sedar. Good morning." Sapa Q dengan sengihan di bibir. Macam perli pun ya.

Cleopatra dan Rachella pun senyum sahaja. Misteri.

Ada apa ni?

"Aku tanya ni. Tak nak jawab ke?" Bidas Ammara Rose apabila semua duk sengih sahaja dari tadi.

"Saja. Enrique suruh kami jaga kau." Balas Rachella seraya mula menyudu nasi goreng ke dalam mulut.

"Hey bij." Panggil Cleo selamba. Tangannya menggamit ke arah Q.

"Ya! Astaghfirullah kau nak apa lagi?" Naik angin si Q layan perangai Cleopatra tu. Asyik kena buli je memanjang. Tajam Q pandang Cleo dengan periuk di tangan. Silap hari bulan boleh terbang periuk tu ke kepala Cleo.

"Mana pinggan aku?"

"Ish ambil lah sendiri. Dah tak ada tangan kaki ke nak ambil sendiri? Kira bersyukurlah aku dah tolong masak untuk kau tau tak. Semua aku kena buat. Q itu Q ini..."

Cleo terus tutup telinga mendengar bebelan Q. Macam mak mak betul gaya dia membebel tu. Mesti bertapa dengan Puan Haza lah ni.

Bebel macam mana pun Q tetap menghulurkan pinggan dan sudu ke arah Cleo.

"Thank you mother." Cleo tahan tawa melihat wajah tak puas hati Q.

"Mother your foot!" Bidas Q.

Terus ketawa si Cleo dan Rachella melihatnya.

"What is wrong with you guys? Weirdo." Tanya Ammara Rose. Siap kutuk sepatah tu.

"Tak ada apalah. Aku yang patut tanya kau ni. Malam tadi keluar kenapa tak beritahu aku?" Bidas Cleo. Tajam sahaja nada suaranya.

Ammara Rose diam.

"Haah. Petang semalam ada orang telefon Enrique. Orang tu ugut nak apa-apakan kau. Nasib baik sepupu Enrique si Arlo tu sempat follow kau." Cerita Q.

"Siapa? Siapa yang ugut Enrique?" Tanya Ammara Rose laju.

Cleopatra angkat bahu.

"Entah. Lepas kau balik malam tadi, dia telefon kita orang. Dia beritahu tentang ugutan tu. Tapi dia tak beritahu pula orangnya siapa. Cuma... dia minta aku ceritakan semuanya..." Cleopatra menjeling Ammara Rose yang sudah memandangnya tajam.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now