💋 •BAB 20•

44.7K 2.7K 159
                                    

CLARISSA ROSE menelan airliur. Matanya memandang hadapan yang kosong. Tiada lagi susuk tubuh seseorang itu tadi.

Clarissa Rose memandang Cleopatra. Nyata sepupunya itu turut sama memandangnya dengan riak wajah yang terkejut.

"Who demmit! Did you hit someone?"

Q dibelakang sudah tepuk dahi melihat Clarissa Rose dan Cleopatra yang diam tidak memberi jawapan.

"Is she human?"

"I don't know. Maybe..."

"You hit her?"

"No i don't!"

"Then where did she go? Dia terbang? So what? Dia pontianak ke?" Potong Q apabila dua sahabat itu mula tertanya-tanya sesama sendiri.

Clarissa Rose mendengus kasar. Bisinglah Q ni!

"Shut up." Keras suara Clarissa Rose. Walaupun dia tak tahu apa itu pontianak, tapi dia dapat rasa yang perkataan tu bukanlah sesuatu yang positif. No good.

Clarissa Rose dan Cleopatra terus membuka tali pinggang keledar yang terpasang di tubuh dan pantas melangkah keluar dari kereta.

Q mendecit geram. Walaupun rasa sebal, dia keluar juga dari kereta itu.

Clarissa Rose dan Cleopatra berhati-hati melangkah ke hadapan kereta. Clarissa Rose menyelak sedikit jaket kulitnya dan memegang pistol yang diletak di belakangnya. Precaution step. Bimbang jika ini taktik untuk merompak.

Zaman sekarang ni taktik rompakan pelik-pelik. Budak-budak yang nak merompak ni bijak sebenarnya. Cuma bijak tu digunakan pada jalan yang salah. Sebab itu nampak bodoh.

Clarissa Rose berpandangan dengan Cleopatra apabila melihat seorang wanita yang sedang diam terbaring di hadapan kereta yang dipandunya tadi.

"Kau langgar dia?"

"No. As you can see, jarak bumper aku dengan dia pun agak jauh. Kau rasa aku langgar dia guna apa? Lampu signal?" Bidas Clarissa Rose. Geram apabila disoal sebegitu rupa.

Terus dia mendekati wanita itu. Dua jari diletakkan di pergelangan tangan wanita itu. Ada nadi. Bila ada nadi maksudnya dia belum mati.

"She's pregnant." Cleopatra berkata sebaik sahaja terpandangkan perut memboyot itu.

Clarissa Rose memandang sekeliling. Kawasan perumahan mewah ini sunyi. Jadi dari mana perempuan ini datang? Dengan bagasi lagi. Lari rumah ke?

"Ya tuhan!" Tersentak Clarissa Rose apabila mendengar suara itu. Q ni nak mati awal ke?

"Kan aku dah cakap biar aku yang drive. Sekarang ni tengok apa kau dah buat? Aduh ni tak kena saman mahu kena duduk dalam lokap ni!" Q sudah membebel seorang-seorang.

Clarissa Rose julingkan mata sebelum tutup telinga dengan jari. Bising!

"Kau boleh diam tak? Bising lah kau ni!" Marah Cleopatra.

Q terus tutup mulutnya. Okey. Aku tak membebel dah.

"What should we do?"

"Kita bawak dia pergi hospital." Putus Clarissa Rose.

"Kita angkat dia dulu. Q!" Panggil Cleopatra.

Q buat-buat tak dengar. Cleopatra terus ketap rahang. Eii mamat ni!

"Ku Azrael Ku Razman." Seru Clarissa Rose. Harap budak tu gerun sikit eh.

Q mendengus kasar. Rasa menyampah tapi dia akur. Dia belum bersedia lagi nak kena tumbukan padu si champion martial arts dua ekor tu.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now