💋 •BAB 33•

51.2K 3.2K 373
                                    

"SAH?"

"Sah!"

"Alhamdulillah..."

Semua manusia yang ada disitu terus mengangkat tangan. Mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi itu.

Ammara Rose mengeluh sebelum menundukkan kepala. Tiba-tiba dada rasa nak pecah. Bukan sebab gemuruh. Tetapi sebab tak percaya yang dia sudahpun bergelar seorang isteri.

Ya Allah.

Masa bagai terlalu cepat berlalu.

Ammara Rose menjeling Rachella disebelahnya. Gadis itu menarik senyum terpaksa sebelum dia menepuk lembut paha Ammara Rose yang manis berbaju kurung moden putih itu.

Dia tidak tahu mengapa tapi dia risau akan nasib Ammara Rose. Dia dapat rasakan aura-aura yang kuat dan dingin disekeliling Enrique. Lain benar dengan Enrique yang pernah di kenal dulu. Pandangan matanya. Langkah kakinya.

Semuanya membunuh.

Apa agaknya yang lelaki itu fikirkan?

Enrique bergerak tenang ke arahnya. Bibir ada sebaris senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

Ammara Rose gigit bibir bawah sebelum menghulurkan tangannya.

Kejung rasa tubuh saat jari kasar itu mencapai lembut tangannya sebelum cincin emas di tangan Enrique disarung penuh berhati-hati di jari manis Ammara Rose.

Diam.

Ammara Rose tak tahu apa yang patut dia buat selepas ini. Rasa kekok apabila semua memandang ke arahnya.

Q di belakang Enrique terus memberi isyarat ke arahnya agar tunduk mencium tangan Enrique.

Ammara Rose terus terkebil-kebil memandang Enrique. Lelaki itu menjongket sebelah keningnya sedikit.

Aduh...

Ammara Rose akur. Terus dia tunduk mencium tangan Enrique. Tidak lama. Cukup tiga saat terus dia angkat kepala.

Ammara Rose mahu menarik tangannya. Namun tangan kasar Enrique terus menggenggam erat tangan miliknya. Tidak mahu melepaskan.

Ammara Rose memandang wajah Enrique sebelum dia merentap tangannya lagi.

Gagal!

Setelah berkali-kali mencuba, Ammara Rose pasrah. Biar sahaja tangan itu memegang tangannya.

Enrique senyum.

"Take it easy, Ammara Rose. This is just a beginning." Bisik suara itu ditelinganya.

Ammara Rose telan liur. Tapi mata menjeling tajam Enrique Dannika dengan ekor matanya. Berani.

Enrique senyum.

Lunatic!

AMMARA ROSE dan Cleopatra bersandar tenang di sisi kereta vellfire hitam itu. Dua-dua diam. Ammara Rose sibuk melayan rasa. Cleopatra pula tak tahu nak cakap apa. Nak halang tapi benda dah lepas. Nasi dah jadi bubur.

"Kenapa kau setuju?"

Ammara Rose mengeluh mendengar soalan itu.

"Aku terpaksa Cleo. Aku... aku pun tak tahu..."

Q muncul. Wajahnya nampak serba salah dan bagai mahu meluahkan sesuatu.

"Kau boleh lawan Ammara. Serius aku cakap. You can fight. The problem is, kau cuma kena naik turun mahkamah. That's it." Ujar Q dengan satu nafas. Ini pun dah berkali-kali dia fikirkan sama ada mahu beritahu ataupun tidak.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now