💋 •BAB 36•

50.2K 3.4K 259
                                    

ENRIQUE tenang memerhati dua orang yang duduk di dalam kafe itu. Khusyuk benar berbual sampai tak nampak aku masuk kafe ni.

"Ala you ni jangan lah muncung. Tak cantik."

"Sheriff, i rindu dia tau. Ada pakwe pun macam tak ada. Sibuk je memanjang. Kalau macam ni, baik tak payah ada boyfriend. Huh!" Lily membebel dengan bibir merahnya yang termuncung-muncung ke hadapan.

Enrique di kaunter hanya mampu tahan senyum lucu. Bagus juga. Dah tu tunggu apa lagi? Minta breaklah.

"Okey jangan marah-marah. Tak cun nanti. Janganlah risau. I kan ada." Lelaki bernama Sheriff itu mencuit dagu Lily.

Enrique rasa meluat tiba-tiba.

"Macam ni lah, malam ni kita enjoy? I ambil you. Kita pergi tempat biasa. Nak?" Ajak Sheriff dengan senyuman miang buluh di bibirnya. Nak umpan Lily kena sweet-sweet sikit. Baru umpan mengena.

Malam ni? Kita enjoy? Tempat biasa?

"Okay! I dah lama tak lepak dengan you." Lily setuju.

Enrique senyum sinis. Betullah apa yang dikatakan Ungku Hazeem yang Lily ni ramai kawan lelaki dan selalu lepak kelab.

Okay fine! We'll see...

"This is your order sir." Pelayan perempuan tadi bergerak ke kaunter dan menghulurkan satu cawan kopi ke arah Enrique.

Enrique terus berlalu pergi setelah membayar minumannya. Setibanya di luar kafe, ada seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang menunggunya.

"Thanks Naqiu. Lepas ni kau dah tak perlu nak laporkan semuanya pada aku. Kerja kau dah settle. Esok jumpa aku. Aku bayar penuh." Ujar Enrique tenang.

Lelaki itu terus tersenyum lebar dan mengangguk kepalanya.

"Terima kasih tuan." Naqiu membongkokkan sedikit tubuh.

"Hmm." Enrique menepuk bahu Naqiu sebelum berlalu pergi.

AMMARA ROSE mengoyakkan sebungkus nescafe three in one ke dalam cawannya. Air panas dituang berhati-hati ke dalam cawan itu sebelum dikacau dengan sudu.

Malam ni ada kerja yang harus dia siapkan. Jadi dia ingat nak stay sampai pagi. Itu pun kalau mampulah.

Ammara Rose melangkah keluar dari dapur dan bergerak mahu ke bilik. Pintu utama yang terkuak dari luar buatkan langkah kakinya terhenti melihat susuk tubuh Enrique yang melangkah tenang menuju ke arah tangga.

Lelaki itu hanya menjelingnya tajam dengan ekor mata sebelum mula mendaki anak tangga. Terjongket sebelah kening Ammara Rose.

"Kenapa awak balik lewat?"

Langkah kaki Enrique terhenti. Perlahan-lahan tubuh tegapnya dipusingkan memandang wajah Ammara Rose.

"Siapa benarkan kau keluar rumah?" Wajah Enrique tegang. Matanya menikam wajah Ammara Rose. Tajam dan bengis.

"Saya..." Ammara terdiam di tempatnya. Sebelah kening terjongket sedikit. Pelik.

"Kau nak keluar boleh. Tak ada masalah. Tapi ada kau minta izin dari aku?" Enrique turun dari tangga dan berdiri tegak di hadapan Ammara Rose dengan mata yang mencerun tajam memandang gadis itu.

Ammara Rose tenang memandang wajah menggerunkan Enrique.

"Ada ke tak?!"

Ternaik bahu Ammara Rose mendengar suara nada tinggi itu. Terkejut. Terus kepala digeleng perlahan.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now