💋 •BAB 70•

87.9K 3.7K 660
                                    

AMMARA ROSE perlahan-lahan membuka mata. Sekelilingnya yang hanya diterangi lampu tidur di meja kecil disebelahnya dipandang lama.

Terus tegak duduk Ammara Rose melihat ruangan yang tidak asing dari pandangannya ini.

Rose King's Mansion.

Jantung terasa berdebar kencang bersama dada yang sudah berombak kasar. Cemas. Ammara Rose tunduk memandang tubuhnya yang tersarung gaun tidur satin yang agak seksi. Laju tangan naik memeluk tubuh.

Ammara Rose menyelak kasar duvet yang menutup tubuhnya dan terjun dari katil itu. Melilau mata memandang sekeliling.

Siapa yang bawa aku ke sini?

Macheo?

Mustahil ini kerja lelaki tak guna itu. Macheo kan sudah ditangkap polis. Jadi, siapa yang bawa aku ke mari?

Ammara Rose cemas saat mendengar suara-suara garau yang berbicara dalam bahasa rusia di pintu luar biliknya. Fikirannya kosong. Automatik langkah terundur ke belakang.

Siapa?

Ammara Rose mendecit kasar dan terus membuka sliding door dan keluar ke balkoni. Mata terus dilemparkan ke bawah. Tinggi.

Ya Allah...

I forget that my old room is in second floor!

Ammara Rose menggigit bibir bawah. Fikirannya buntu. Tangan naik memeluk tubuh apabila kedinginan angin malam di bumi Jerman ini benar-benar menggigit sehingga ke tulang.

Come on Am.

Think about something!

Pintu bilik yang dibuka membuatkan Ammara Rose terus mendekati hujung balkoni. Jika ada sesiapa mahu merapatinya, dia takkan teragak-agak untuk terju...

"What are you trying to do Ammara Rose?"

Ammara Rose terus menoleh saat mendengar suara itu. Terasa lega hatinya melihat lelaki yang diam memandangnya dari dalam bilik. Bibir menarik senyum. Lega. Sangat lega.

"Abang!" Ammara Rose terus berlari masuk ke dalam bilik dan mahu mendekati Enrique. Tapi langkahnya terhenti saat pandangan mata amber itu menatap dingin ke dalam anak matanya.

Beku.

Ammara Rose terundur selangkah. Deja vu. Tiba-tiba teringat di kotak memori ketika dia menculik lelaki itu dan mengurung lelaki itu di rumah agam ini. Masih teringat bagaimana dia menghukum lelaki itu di bilik dingin bawah tanah. Masih dia ingat kesilapan-kesilapannya dahulu.

Tapi kali ini berbeza. Di bawah pandangan mata amber itu, Ammara Rose lah tawanannya. Ammara Rose lah pesalahnya dan Ammara Rose lah kesilapannya.

Uno reversed card.

Ammara Rose menelan liur yang terasa kelat. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Abang..." Kata-kata Ammara Rose terhenti. Tangan terus naik memeluk tubuh apabila angin dingin bertiup menampar lembut belakang tubuhnya sedikit terdedah.

Enrique menjeling Ammara Rose dengan ekor mata sebelum dia melangkah mendekati balkoni. Sliding door ditutup dan dikunci.

Ammara Rose perlahan-lahan pusingkan tubuh. Dan ya. Pandangan membunuh mata amber itu kembali menikam wajahnya.

This is so cold.

Colder than cold.

"You naughty little kitty. How dare you. Why didn't you tell me?" Agak sinis dan sarkastik kata-kata itu pada mulanya. Namun nada di akhir ayat itu berubah tegas. Sangat tegas.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now