💋 •BAB 49•

56K 3.5K 232
                                    

AMMARA ROSE mendekati Mikael yang diam bersandar di dinding. Sesekali sekala dia mendecit geram apabila penyangkut IV drip yang dibawa bersama-sama asyik-asyik nak tersangkut je kerja.

Urgh payah!

"Mika."

Mikael terus tegakkan tubuh sebaik sahaja melihat Ammara Rose di sebelahnya.

"Eh cik buat apa kat sini?" Tanya Mikael. Risau. Rasa ngilu pun ada bila melihatkan jarum iv drip yang bergerak-gerak sedikit di kekura tangan Ammara Rose.

Tak sakit ke?

"Dia mana?" Tanya Ammara Rose.

Mikael yang mengerti siapa gerangan si 'dia' yang dimaksudkan Ammara Rose terus menjuihkan bibir ke arah taman botanical hospital ini. Lebih tepat lagi seorang lelaki yang duduk di atas bangku membelakangi mereka.

"He has been like that for two hours. I don't know what is in his head." Ujar Mikael.

Ammara Rose memandang simpati lelaki itu dari jauh. Jatuh kasihan dia akan nasib lelaki itu.

"Saya pergi dulu."

"Baik cik. Hati-hati." Mikael menundukkan sedikit kepala sebelum memberi laluan kepada Ammara Rose.

Ammara Rose terus mendekati bangku yang diduduki Enrique.

"Nika?"

Tiada respon.

Ammara Rose terus menjatuhkan sebelah lutut mengintai wajah Enrique yang menunduk sedikit itu.

Lah tidur rupanya.

Ammara Rose senyum nipis. Dia tahu lelaki itu kepenatan. Bawah mata Enrique agak hitam. Tanda lelaki itu kurang rehat dan tidur.

"He's never going home. He's stay here. Waiting for you."

Teringat dia akan kata-kata Mikael semalam. Lelaki ini sentiasa ada di sisinya.

Walaupun jauh...

Senyuman nipis di bibir Ammara Rose mengendur melihat wajah Enrique Dannika.

Why aren't you telling me, Nika?

Why aren't you tell me that...

That you're broken into pieces.


Replay ⏮️

"SAYA minta maaf atas apa yang sudah berlaku. Tapi saya harap awak faham yang abang saya... tak sengaja." Elyasa' Dazrin tersenyum nipis memandang wajah kakak iparnya.

Haih Enrique. Patutlah sembunyikan bini. Isteri dia cantik rupanya...

"Tak apa. Saya faham." Ujar Ammara Rose dengan senyuman di bibirnya. Tanda dia tak mengapa. Lagipula dia faham sangat-sangat. Faham sangat yang Enrique mahu membalas dendam.

Hanya dendam.

That's it.

"Yea. I know it is worst and he's kinda hard to control. It is his dark side. It is his flaws. And i can't deny that it is other side of his." Elyasa' tersenyum perit.

Berkerut dahi Ammara Rose mendengar kata-kata Elyasa'.

"Maksud awak?" Tanya Ammara Rose. Tidak mengerti.

"Enrique. Dia ada masalah sikit. He is a bad tempered person. Sometimes he's just like a bunch of jerks and bad boy. But sometimes, he's an evil. He has a dark version of his which no one understood. Saya sebagai adik dia pun, saya tak berapa faham dengan dia." Elyasa' ketawa kecil.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now