💋 •BAB 3•

47K 3.3K 61
                                    

ENRIQUE DANNIKA mendengus kasar melihat lelaki yang sudah terbaring tidak sedarkan diri itu. Cepat-cepat melangkah keluar dari bilik penjara itu. Lantaklah lelaki itu jadi arwah ke apa ke.

I don't hella care!

Melilau matanya memandang sekeliling. Kosong. Line clear.

Terus dia menuruni anak tangga. Sunyi.

Pantas dia keluar dari rumah besar bak istana itu sebaik sahaja melihat pintu sliding yang berada di hadapan kolam renang itu terbuka luas.

Tiba-tiba ada sesuatu diacu ke kepalanya. Terus mengeras tubuh.

Shit!

"Nice try, Nika."

Enrique mengerling ke sebelahnya. Clarissa Rose tersenyum memandangnya. Tangan gadis itu pula menggenggam erat pistol yang diacu ke kepala Enrique.

Clarissa Rose melangkah perlahan ke hadapan Enrique.

"Back off, Nika." Enrique diam. Tajam matanya memandang wajah gadis itu.

"I said. Back. Off." Clarissa Rose melangkah mendekati Enrique. Pistol di tangan menolak sedikit dahi Enrique sehingga lelaki itu terundur ke belakang.

Bergerak rahang Enrique apabila dia rancangannya gagal. Bukannya dapat keluar dari rumah ini. Malah, dia kembali masuk ke dalam kurungan ini semula.

Damn it!

"Masuk dalam bilik semula. Or else..."

"Or else what? Huh? Kau nak bunuh aku?" Soal Enrique berani. Entah. Dia dapat rasakan yang perempuan itu tidak akan membunuhnya selagi dia tak 'pulangkan' barang yang konon dicurinya itu.

Itupun kalau benarlah benda itu terlalu berharga baginya.

Kalau tak?

Lantak! Dia mati kena tembak sekarang pun dia tak kisah. Daripada hidup terkurung macam ni.

Clarissa Rose diam. Masih tersenyum menentang pandangan tajam mata hazel lelaki itu. Haih.

"Miss!"

Wajah Clarissa Rose berubah tegang dan serius.

"No!" Serentak dengan itu, Clarissa Rose menjauhkan muncung pistolnya dari kepala Enrique.

Membulat mata Enrique apabila pistol itu berada di sebelah telinganya. Bagai tahu akan sasaran gadis itu.

Bang!!!

Enrique terkedu. Telinganya terus ditutup apabila kuat bunyi tembakan itu benar-benar di sebelah telinganya.

"Auch!" Enrique memandang wajah puas Clarissa Rose sebelum memalingkan tubuhnya ke belakang. Lelaki yang dipukulnya tadi sudah terbaring di atas lantai dengan tangan yang memegang bahu. Lantai putih jernih itu mula dicemari cecair merah pekat.

Enrique terkedu. Tertelan liur dia melihat darah merah itu. Berderau darahnya.

First time dia menyaksikan mangsa ditembak di hadapan mata. This is crazy.

Terkebil-kebil dia memandang wajah kosong Clarissa.

Clarissa memberi isyarat mata kepada Cleopatra yang hanya diam berdiri di sebelahnya tadi.

Cleopatra angguk.

"Nimm ihn weg. Und alles erledigen." (Bawa dia pergi. Dan kemas semuanya.) Seorang perempuan dan lelaki yang muncul dari pintu hadapan terus mengangguk mendengar arahan Cleopatra. Pantas mereka mengangkat lelaki yang tercedera itu pergi dari situ.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now