💋 •BAB 28•

40.1K 2.8K 132
                                    

CLARISSA ROSE merenung jauh pemandangan menghijau dihadapannya. Betul. Sekarang dia sudah jadi lemah. Dia kehilangan ramai insan di dalam hidupnya selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Mulanya Ruby Rose.

Kemudian Kak Leyla.

Dan Leon.

Leon juga memilih untuk menjauhinya.

Dia sudah hilang ramai insan berharga di sekelilingnya. Tidak cukup hilang adik, dia hilang pula Leyla yang sudah dia anggap seperti kakaknya sendiri.

Kenapa?

Kenapa dunia begitu kejam?

Kenapa dia yang harus lalui semua ni?

Kenapa dia dan kenapa bukan orang lain?

Soalan demi soalan terus menghenyak fikirannya. Menduga emosinya yang semakin tersungkur jatuh.

"Maafkan Ruby..."

"Jaga dia. Lindungi dia..."

"Leon tak nak tengok muka kakak lagi. Pergi."

Clarissa Rose perlahan-lahan jatuh terduduk di atas lantai balkoni. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyentuh lembut kulitnya langsung tidak membantu membawa deritanya pergi. Hanya airmata yang sudi jatuh menemaninya.

Sumpah dia dah tak kuat. Sumpah dia lemah. Dia tidak mahu hadap semua ini sendiri. Dia tak mahu.

"Kenapa aku?" Rintih Clarissa Rose sendiri. Tangan naik mencengkam rambut sendiri.

"Kenapa!" Dia menjerit kuat. Mahu melepaskan segala emosi yang terbuku di hati.

Tapi gagal.

Terus gagal.

Lautan emosi itu terus menghempas dirinya. Menariknya tenggelam ke dasar lautan.

"Kenapa aku..."

Airmata deras turun membasahi pipi.

Apa salah aku?

"KITA kena cerita hal yang sebenarnya pada Leon. Dia tak boleh terus menerus salah sangka macam ni. Clarissa dah tiada siapa-siapa lagi Cleo. Leon je keluarga dia yang tinggal." Ujar Rachella cuba memancing simpati Cleopatra walaupun dia tahu Cleopatra takkan senang berlembut hati.

"Malas aku." Balas Cleopatra pendek.

"Cleo! Mana boleh macam ni. Kita kena tolong dia. Clarissa Rose dah bantu kita keluar dari King tanpa pertumpahan darah. Kau patut bersyukur nyawa kau tak melayang hari tu. So now, we should help her at least." Pujuk Rachella. Ya dia rasa bersyukur sangat kerana Clarissa Rose menarik mereka berdua keluar dari King dengan selamat. Kalau tidak...

Cleopatra masih memeluk tubuhnya. Wajahnya tegang sahaja.

"Aku cakap aku tak nak. Aku malas nak hadap budak tu. Dia percaya sangat cakap si Orchid dengan Lily tu sampai dia buang kakak dia sendiri kan? Bagus sangatlah perangai macam tu. Eh Rachel, kau dengar sini eh. Aku takkan jumpa budak tu lagi. Kau nak pergi? Dipersilakan. Aku. Tak. Nak. Lantaklah dia." Cleo berkata garang. Memaksudkan kata-katanya yang dia tak akan jumpa Leon lagi.

"Come on Cleo..."

"Shut it Rachel! Aku serabutlah. Tolong jangan semakkan lagi kepala otak aku boleh tak?" Cleopatra mendengus kasar sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Rachella yang terpinga-pinga di luar sendiri.

Tak pasal-pasal aku yang kena marah.

Hmmph!

ENRIQUE tenang bersandar di dinding melihat susuk tubuh yang dikenalinya sedang bergelak ketawa dengan lelaki lain.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now